Countdown

5 June 2015

Moscow, St Petersburg & Helsinki

Melanconglah bersama POTO Travel ke destinasi impian anda. Kali ini, POTO menawarkan pakej melancong Bonanza 7, termurah & berkualiti untuk musim luruh yang indah dengan dedaunan berguguran serta kesejukan tiupan angin yang mendamaikan.

Moscow! Dengar namanya sahaja sudah cukup buat diri ini tertarik, apatah lagi berpeluang melancong ke sana. Ia terletak di tebing Sungai Moskva, Daerah Pusat Persekutuan di bahagian barat Persekutuan Rusia. Moscow ini merupakan bandar raya yang terbesar di Eropah serta ibu negara ini dijadikan sebagai pusat politik, kewangan, ekonomi, pendidikan dan pengangkutan yang utama di Rusia.

Apabila berkunjung ke Moscow, tidak sah ke kota Kremlin yang menjadi tempat kegemaran para pelancong. Kremlin ini adalah sebuah benteng yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1990. Kompleks bangunan ini dikelilingi tembok yang terdapat beberapa bangunan iaitu istana, gudang senjata, gereja dan lain-lain lagi. Kremlin juga memiliki taman yang indah di sekitarnya yang dipelihara dengan baik serta dilengkapi penjalan kaki untuk pengunjung.

Lawatan ke St petersburg tidak kurang hebatnya. Anda akan dibawa ke Hermitage Museum & Garden, iaitu sebuah muzium bersejarah yang memaparkan taman yang cantik seluas 12 ekar! Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk melihat keunikan seni bina istana di Petershof & Palace yang telah dibina oleh Peter The Great pada tahun 1710. Istana ini mempunyai bangunan, taman-taman dan struktur yang dikenali sebagai “Versailles Rusia”

Apa yang menarik mengenai pakej Moscow ini, POTO telah menawarkan satu lagi destinasi lawatan, iaitu Helsinki! Anda akan dibawa melawat Porvoo di mana anda disajikan dengan keindahan kota-kota tua dengan bangunan gereja serta rumah-rumah kayu kecil yang berwarna-warni di atas sungai. Hanya sejam sahaja dari Helskinki ke Porvoo dengan menaiki bot atau bas. Porvoo ini terletak Finland, sangat unik di mana ia dipenuhi dengan kedai-kedai dan restoran yang menarik dengan binaan bangunan yang lama. Berasa sangat tenang dan nyaman jika anda meluangkan masa sehari di sini. Anda akan menemukan Sibelius Monument, Lympic Stadium, Temppeliaukio church dan membeli-belah di Esplanade apabila berjalan-jalan di Porvoo.




Dapatkan segera pakej Moscow, St Petersburg & Helsinki untuk menikmati harga promosi “early bird” sebelum 31 Julai ini. Untuk maklumat, hubungi 039200 6640 atau layari laman web rasmi di www.p.o.t.o.travel.com.my






No comments:

Post a Comment