Ayuh bersedia dengan acara Tahun Melawat Malaysia (TMM) dan pastinya anda juga tergolong di kalangan pelancong yang mahu jalan-jalan sekitar Malaysia. Kali ini, kami paparkan beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Januari sehingga Jun ini. Untuk bulan seterusnya, nantikan entri akan datang!
Pelancaran TMM 2014
Tarikh: 4 Januari
Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Percikan bunga api besar yang berwarna-warni dan persembahan rentak muzik kebudayaan menandakan bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2014! Pameran multimedia dan pemetaan 3D, jualan makanan tepi jalan 1Fabulous yang menggoda adalah juadah mesti cuba. Selain itu, terdapat beberapa selebriti popular akan menghiburkan pengunjung dan menjadikan ia benar-benar 'Truly Asia' yang tidak boleh dilupakan.
Festival Layang-layang Sedunia
Tarikh: 19 Feb 2014 - 23 Feb 2014
Lokasi: Bukit Layang-Layang, Taman Bandar Pasir Gudang, Johor
Festival ini di akan diadakan di Pasir Gudang dengan memperlihatkan hampir 30 buah negara untuk menunjukkan reka bentuk layang-layang yang berwarna-warni dan kreatif di samping menunjukkan skil menerbangkan layang-layang.
Le Tour de Langkawi
Tarikh: 27 Feb 2014 - 08 Mac 2014
Lokasi: Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu
Acara berbasikal Asia kini kembali. Perlumbaan ini akan meredah beberapa buah negeri seperti Perlis, Kedah, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta
Tarikh: 27 Mac 2014 - 30 Mac 2014
Lokasi: Monumen Alaf baru, Presint 2, Putrajaya
Saksikan belon udara panas berwarna-warni yang terapung di langit Putrajaya. Bertemakan "1 Dunia, 1 Malaysia, 1 Pesta" acara ini membariskan 23 pengemudi belon panas dari Belgium, Amerika Syarikat, Belanda, Perancis, Switzerland, Malaysia dan Jepun.
Malaysia International Shoe Festival
Tarikh: 27 Mac 2014 - 30 Mac 2014
Lokasi: PWTC
Dari sepasang kasut tumit tinggi yang glamor kepada sandal bergaya, kasut sarung klasik dan but yang menawan, festival ini membawa pengunjung melalui pengalaman yang menarik ke dunia pereka kasut.
Malaysia Water Festival Labuan
Tarikh: 26 April 2014 - 28 April 2014
Lokasi: Labuan International Sea Sport Complex
Sertai aktiviti sukan air seperti perlumbaan jet ski, parasailing, kayak, kapal layar, perlumbaan bot, memancing dan banyak lagi.
Regatta Lepa
Tarikh: 25 Apr 2014 – 27 Apr 2014
Lokasi: Semporna, Sabah
Semporna yang dihuni oleh pelaut Bajau menjadi perhatian dengan dengan acara Regatta Lepa yang unik di mana pertandingan perahu layar tradisional yang paling cantik diadakan. Saksikan sukaneka seperti pertandingan bot tunda, perlumbaan kayak dan perlumbaan perahu.
Sabah Fest - A Cultural Extravaganza
Tarikh: 02 Mei 2014 – 04 Mei 2014
Lokasi: Auditorium, Kompleks JKKN Sabah
Perdengarkan puisi, muzik, lagu dan tarian di ekstravaganza budaya yang terbaik dari Sabah. Saksikan ekspresi semangat penduduk tempatan tentang kepelbagaian tanah yang kaya dengan tradisi di dalam kepercayaan yang unik. Di samping terlibat dalam pembikinan teater, pengunjung juga dapat memerhatikan sendiri penghasilan kraftangan seperti ukiran kayu dan kain tenunan tangan oleh beberapa tukang tempatan yang paling berbakat.
Borneo International Jazz Festival
Tarikh: 09 Mei 2014 – 11 Mei 2014
Lokasi: ParkCity Everly Hotel, Miri, Sarawak
Acara tahunan ini memperlihatkan kumpulan jazz dari seluruh dunia bertumpu memberikan pengalaman muzik jazz terbaik dunia di bandaraya Miri.
Colours of 1Malaysia
Tarikh: 22 Mei 2014 – 24 Mei 2014
Lokasi: Dataran Merdeka
Ekstravaganza budaya terulung di Malaysia kembali untuk menarik minat pengunjung. Nikmati persembahan yang menakjubkan seperti persembahan tradisional, perarakan berwarna-warni dan pameran yang akan mempersembahkan seni dan kraf di negara ini.
Melaka River Fiesta
Tarikh: 24 Mei 2014 – 23 Jun 2014
Lokasi: Melaka
Jangan lupa menikmati keseronokan dengan aktiviti yang dipenuhi dengan program di sepanjang Sungai Melaka. Anda akan terpesona dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur sehingga membuatkan pesta ini menjadi satu kenangan yang tidak mungkin boleh dilupakan.
Pesta Wau Antarabangsa Kelantan
Tarikh: 28 Mei 2014 – 31 Mei 2014
Lokasi: Pantai Geting, Tumpat, Kelantan
Selain melihat keindahan wau bersaiz gergasi menghiasi langit, terdapat beberapa barangan kraf untuk cenderahati. Pengunjung juga boleh menikmati persembahan budaya dan dikir barat sepanjang festival. Hampir 120 penyertaan tempatan dan 47 penyertaan antarabangsa dari 18 buah negara akan menarik perhatian anda.
Penang Durian Fair
Tarikh: 1 Jun 2014 - 31 Julai 2014
Lokasi: Anjung Indah, Balik Pulau & Penang Times Square
Sepanjang acara ini, pengunjung dari seluruh dunia dijemput menikmati rasa sebenar raja buah. Terdapat pelbagai rasa dengan pelbagai harga mengikut selera dan pilihan pengunjung.
1Malaysia International Tourism Night Floral Parade “Magic of the Night”
Tarikh: 12 Jun 2014 – 15 Jun 2014
Lokasi: Putrajaya
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pameran bunga dan kereta berhias yang dihias dan direka indah dalam perarakan dengan bunga-bungaan pelbagai jenis dan warna. Datanglah ke Putrajaya di mana seluruh bandar dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga yang cantik.
KK Jazz Festival
Tarikh: 13 Jun 2014 – 14 Jun 2014
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah
Pengendalian kali kelapan pesta muzik ini menjanjikan pengalaman yang bakal menggegarkan dengan barisan artis tempatan dan antarabangsa. Acara mengumpul dana ini juga akan menyokong pelbagai projek kemasyarakatan di Sabah.
Fraser's Hill International Bird Race
Tarikh: 20 Jun 2014 – 21 Jun 2014
Lokasi: Fraser's Hill, Raub, Pahang
Bukit Fraser terkenal sebagai destinasi memerhati burung bertaraf dunia di rantau ini kerana ia adalah habitat kepada kira-kira 247 spesis burung. Pertandingan memerhati burung ini merupakan peluang terbaik bagi penduduk tempatan dan pelancong untuk melihat pelbagai jenis burung yang berhijrah dan burung gunung yang amat berbeza daripada burung dari hutan pamah. Para pemerhati burung boleh melihat spesis burung dari negara sejauh Utara Siberia dan pulau-pulau utara Jepun. Jadilah sebahagian daripada acara antarabangsa ini!
Rainforest World Music Festival
Tarikh: 20 Jun 2014 – 22 Jun 2014
Lokasi: Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak
Dengarkan bunyi irama muzik etnik yang pelbagai di tengah-tengah hutan hujan yang indah di Sarawak. Ianya merupakan salah satu acara muzik terbesar di Malaysia. Festival Muzik Hutan Hujan Dunia bertujuan untuk meraikan 'muzik kelas dunia' dengan persembahan oleh pemuzik etnik dari seluruh dunia.
Terdapat banyak lagi aktiviti yang diadakan setiap bulan namun acara diatas hanyalah sebahagian. Untuk entri akan datang, nantikan pula acara sepanjang bulan Julai sehingga Disember. Macam menariklah!
No comments:
Post a Comment