Countdown

30 June 2014

Percutian Di Beberapa 'Hotspot' Menarik, Go Brazil!

ARTIKEL ASAL DARI LAMAN SESAWANG RASMI LIBUR.






Tahun 2014 menyaksikan negara Brazil sebagai tuan rumah acara bola sepak berprestij iaitu Piala Dunia. Jika anda berkunjung ke Brazil, jangan lupa  mengenali beberapa destinasi menarik yang boleh dilawati. Tidak sampai pun tidak mengapa, kami 'bawa' anda ke sana!

WARNA-WARNI KARNIVAL
Rio de Janeiro, merupakan destinasi yang paling banyak dikunjungi di Brazil oleh pelancong asing. Tujuan utama tentunya untuk percutian dan untuk menjalankan perniagaan. Di sinilah anda boleh melihat persembahan samba serta seni pertahankan diri Capoeira yang 'original'.

Memandangkan Brazil terkenal sebagai penganjuran karnival setiap tahun, kemeriahan ini tidak patut ditinggalkan. Perayaan awam seperti acara sarkas, hiburan sepanjang jalan, kereta berhias, kostum mewah dan sebagainya berlangsung sepanjang hari. Setiap orang akan melibatkan diri dengan acara ini. Terdapat tema dan peserta menghabiskan masa berjam-jam melakukan koreografi untuk menjadikan karnival ini lebih bertenaga dan meriah.

KEHIDUPAN LIAR
Sebahagian Brazil masih lagi dilitupi kawasan hutan yang kaya dengan pelbagai tumbuhan dan haiwan. Sungai Amazon misalnya menyimpan 1001 rahsia. Merangkumi lebih dari 6.475.000 km persegi, lembah Amazon merupakan 54% daripada semua hutan yang terdapat di planet ini. Walaupun jarang dihuni oleh manusia, namun dipenuhi dengan kehidupan liar Sungai Amazon.

Terdapat 2.5 juta spesis serangga, masih ada anakonda dan jaguar menghuni kawasan ini. Walaupun menyeramkan, anda pasti terpesona dengan ikan lumba-lumba dan spesis monyet Howler yang hanya terdapat di sini.

PANTAI TERBAIK
Rugi rasanya jika tidak singgah ke pantai terbaik dunia, Boipeba. Iklim yang sempurna, air yang suam dan penduduk tempatan yang mesra menyebabkan anda tidak mahu berganjak. Tiba di sini tidak sekadar untuk berjemur tetapi pasir yang putih dan penuh pohon kelapa menjadikan setiap sudut pantai ini ibarat 'syurga' buat pelancong.

Pantai Copacabana juga destinasi pantai yang membolehkan anda membeli cenderamata. Terdapat ramai penjual dan pasar malam yang menjual kemeja T, jersi, beg kain, rantai kunci dan sebagainya. Harga yang berpatutan seperti magnet peti sejuk pula hanya 5 Reais (RM6) untuk tiga unit malah masih boleh tawar-menawar! Terdapat pantai lain seperti pantai Ipanema dan pantai-pantai lain di Rio de Janeiro.

Ada banyak lagi destinasi menarik yang terdapat di Brazil. Sesekali bercuti dengan alunan reggaeatau techno pasti memberi idea untuk berkunjung ke Brazil!

P/S: Gambar dari sumber Internet

No comments:

Post a Comment