ARTIKEL ASAL DARI LAMAN SESAWANG RASMI LIBUR
Apabila merancang percutian bersama keluarga, destinasi
percutian merupakan faktor terpenting yang perlu diambil kira.
Bersesuaian dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, rasanya bercuti dalam
negara adalah idea yang paling tepat. Seperti merancang percutian ke
Legoland Malaysia Resort, perjalanan ke sini menjanjikan banyak
pengalaman menarik. Sama ada menaiki pesawat tambang rendah Air Asia
atau memandu sendiri ke Johor, anda pasti teruja. Legoland juga kini
menawarkan satu lagi tarikan baru untuk seisi keluarga, Lego Legends of
Chima Miniland.
Tema Unik Destinasi Lego
Pasti ramai yang sudah mendengar tentang Legoland sejak beberapa tahun
yang lalu. Ini tidak menghairankan kerana Legoland Malaysia Resort yang
berada di negara kita ini merupakan antara taman tema terbesar dunia
meliputi 50 kali keluasan padang bola, berserta 15,000 model Lego yang
dibina menggunakan 60 juta unit blok Lego. Untuk menambah keseronokan
taman tema, permainan seperti Roller coaster, permainan air dan
pertunjukan turut disediakan buat pengunjung. Memang terasa kelainan,
seolah-olah kita hidup dalam dunia ‘Lego’.
'Legends of Chima Miniland' Tarikan Baru
Kini dengan pembukaan Legends of Chima Miniland, ia boleh menjadi
tarikan baru buat pengunjung yang pernah ke sini dan juga alasan yang
baik untuk kita melihat Lego dengan konsep cerita fantasi ‘The Chima’.
Idea kreatif Legoland turut dikembangkan dengan tayangan filem animasi
pendek Chima dalam bentuk 4D dan menawarkan keriangan lain buat
kanak-kanak seperti air terjun, bebola CHI yang mampu bertukar warna,
terowong istimewa dan melihat secara dekat karakter kesukaan mereka yang
dibina sepenuhnya menggunakan Lego.
Penginapan Penuh Aksi di Hotel Legoland
Jika seharian tidak cukup untuk anda ‘bergaul’ dengan orang-orang Lego,
anda boleh sahaja memilih untuk menginap di Hotel Legoland yang sungguh
unik. Mereka menggunakan tiga konsep dekorasi utama iaitu 'Pirates,
Kingdom dan Adventure' sebagai tema hiasan bilik. Bayangkan diri anda
tidur dalam suasana ‘lanun’, memang mengujakan!
Menurut Pengurus Besar Legoland, Mark Gerymn itu semua hanya sebahagian
daripada apa yang ditawarkan di Legoland. Banyak lagi tarikan serta
aktiviti yang boleh dibuat disini serta ada yang mengikut musim seperti
sambutan Haloween, tambahan masa sepanjang bulan Ramadan, percutian
ekstravaganza sempena Krismas dan tahun baru serta pelbagai lagi.
Kelainan dan keseronokan menjadi keutamaan untuk diberikan kepada
pengunjung. Bagi kami, ia destinasi yang mesti menjadi pilihan buat
mereka yang mengunjungi Malaysia dan destinasi wajib singgah oleh warga
negara ini sendiri, paling tidak sekali. – Web Libur.
Hello mate great blog poost
ReplyDelete