ARTIKEL ASAL DARI LAMAN SESAWANG RASMI LIBUR.
Sesiapa saja pasti menyukai pantai. Maklum sajalah, pantai
merupakan lokasi yang paling indah dan sesuai untuk mendapatkan
ketenangan. Namun, perlu diingat tidak semua pantai yang berair biru dan
berpasir putih selamat untuk disinggah. Kenapa? Lihat lima pantai yang
tidak patut menjadi tempat bermandi-manda!
Pantai Hanakapiai, Hawaii
Pantai ini mungkin kelihatan seperti sebuah tempat riadah yang
menyeronokkan apabila mempunyai pasir yang halus dan laut yang membiru.
Tetapi, siapa sangka ombaknya pernah meragut banyak nyawa. Sesiapa yang
cuba berenang atau tunjuk handal, ia seolah-olah 'mencabar' kekuatan
ombak dan arus pantai Hanakapiai.
Pulau Fraser, Australia
Jika anda memang memasang impian untuk berenang bersama-sama ikan yu
yang buas dan obor-obor yang beracun, bolehlah singgah di perairan yang
mengelilingi Pulau Fraser di sebelah tenggara Queensland ini. Binatang
berbahaya ini bukan saja boleh ditemui di dalam laut tetapi juga di
darat. Terdapat labah-labah beracun dan dingo (binatang seperti anjing
dan serigala) khabarnya sering menyerang manusia apabila berada di
darat.
Praia de Boa Viegem, Brazil
Setiap tahun, pantai di Kota Recife yang terletak di Brazil ini menarik
ramai pelancong untuk berjemur kerana dikatakan selamat dari serangan
ikan yu. Namun, sejak tahun 1992, dikatakan sebanyak 50 ekor serangan
ikan yu berlaku sehingga menyebabkan ramai kematian. Pun begitu, masih
ada yang berani bermandi di pantai ini.
Pantai Pulau Shired, Florida
Pantai yang terletak di Florida, Amerika Syarikat ini merupakan pantai
yang paling tercemar. Sekiranya anda merancang mahu bercuti dan
bermandian di pantai ini, anda akan mengalami kegatalan kulit yang
melampau, meningitis, hepatitis dan masalah perut. Ia bukanlah lokasi
pantai yang sesuai untuk bersiar melainkan jika anda mahu mencari
penyakit.
Pantai Amazon, Amerika Selatan
Jangan sesekali cuba berenang di pantai ini ketika musim panas kerana
anda menjadikan diri anda sebagai umpan kepada ikan pirana yang sentiasa
kelaparan. Pantai ini merupakan habitat haiwan pemangsa yang berbahaya
seperti pirana, anakonda dan belut. Biarpun anda akan merasa geram
melihat ikan pirana yang bergerak secara kumpulan ini, ada baiknya anda
jauhi pantai ini.
Di dunia ini, tidak semua pantai selamat untuk dijadikan lokasi
percutian atau aktiviti beriadah. Selain lima pantai dinyatakan,
terdapat banyak pantai lain yang berbahaya bukan hanya kerana serangan
hidupan liar tetapi kerana faktor buatan manusia sendiri.
Misalnya, pantai yang tercemar akibat perbuatan manusia semestinya
pantai yang boleh mengancam nyawa kita. Ada sesiapa yang mahu mandi
bersama sampah-sarap, sisa toksik dan minyak?
No comments:
Post a Comment