Countdown

4 February 2014

Pemenang Kedua Peraduan Saya Berjaya: JEANNETTE JEFFREY

Berjaya Melancong ke 7 Negara Bersendirian

Bagaimana dengan tahun 2013 anda? Tahun lepas merupakan tahun yang bermakna kepada saya kerana saya telah berjaya melawat 7 negara, berseorangan.

Di Shanghai, saya telah ke Kampung Gongyu di wilayah Xianju dan telah menikmati keindahan air terjun Holy Dragon yang tidak ada taranya.

Biarpun ibu saya berbangsa Cina,saya tidak fasih menggunakannya. Namun ketika berada di Taiwan, saya telah berpeluang untuk mempraktikkan bahasa Cina saya untuk menggunakan pengangkutan awam.

Di Hong Kong pula, saya telah mencuba ‘Tauhu Busuk’ dan belut goreng. Selain itu, saya juga telah mendaki bukit di Sai Kung dan Pulau Lantau.

Ketika melewati Sungai Chao Phraya pula, saya telah bertemu dengan ramai penduduk setempat yang rela membantu saya seperti Aom yang menunjukkan saya gerai untuk menikmati belalang goreng!

Saya juga berkesempatan untuk melawat Qatar dan ‘mendaki’ pusat beli-belah di Dubai pada tahun yang lepas.

Perancis juga merupakan destinasi yang telah saya lewati .Saya berbangga kerana telah berjaya melihat Mona Lisa, Paris Saint-Germain dan juga merasa macarons Laduree di Champs Elysees. 

Saya telah menaiki kereta api ke destinasi terakhir saya, Munich, dan melawat muzium Holocaust, muzium Yahudi dan juga tinggalan tembok Berlin di Berlin.   

Tahun 2013 sememangnya merupakan antara tahun kejayaan peribadi saya.






No comments:

Post a Comment