Countdown

23 July 2012

Santai POTO: Tazkirah Ramadhan @ POTO

Bulan Ramadhan menjelma lagi dan bersama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya kita dipanjangkan umur untuk merasai nikmat berpuasa dan terus diberi peluang untuk memohon keampunan daripada yang maha esa dalam bulan penuh kerahmatan dan keampunan ini.

Sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, POTO Travel akan melangsungkan pelbagai program mengisi kerohanian kakitangannya dengan majlis tazkirah oleh ustaz-ustaz dan lebai-lebai di dalam POTO sendiri dan juga diadakan majlis tadarus Al-Quran secara berkumpulan dengan tujuan bersama-sama memperbaiki bacaan dan sebutan dalam membaca Al-Quran selain bertujuan untuk mengkhatamkan Al-Quran.



Program dimulakan dengan sesi tazkirah oleh CEO POTO Leisure Group, Tuan Haji Ab Rahman Mohd Ali yang bertajuk "Amanat Khas" di mana beliau banyak menyentuh soal adab dalam segenap aspek kehidupan terutamanya dengan ahli keluarga dan pelanggan. Banyak ilmu dan manfaat yang dapat dikongsi menerusi program seperti ini. Program tazkirah ini diadakan 2 kali seminggu.





Akhirnya pihak admin blog POTO Travel ingin megutuskan salam selamat berpuasa dan beribadat kepada para pembaca dengan ucapan "solat terawih pergi masjid sekali, main thunderclap jangan lupa ajak sekaki". Sekian.

1 comment: