Countdown

17 July 2012

Santai POTO: Malaysia Airlines, Satay dan Raya


Pada 12 Julai 2012 yang lepas, Malaysia Airlines telah dianugerahkan status penerbangan 5* di SKYTRAX World Airline Awards di Farnborough, UK di atas konsistensi dalam penjagaan mutu produk dan servis kepada pelanggan. Status 5* ini meletakkan MAS sebaris dengan syarikat penerbangan unggul yang lain seperti Emirates Airlines, Etihad Airways dan lain-lain.

Dalam majlis anugerah yang berprestij itu juga, MAS telah dianugerahkan dengan World's Best Airline Cabin Crew. Pengiktirafan ini amatlah bermakna buat syarikat penerbangan nasional kita ini di atas servis hospitaliti yang konsisten, seiring dengan moto mereka "MH is Malaysian Hospitality". Tahniah POTO ucapkan kepada semua krew-krew penerbangan MAS di atas penganugerahan ini.

Selain itu, satay.. Ye satay.. Ok saya besarkan sikit SATAY telah dinobatkan sebagai Best Airline Signature Dish pada acara tersebut. Nampaknya lepas ni Malaysia Airlines boleh perkenalkan satar mahupun otak-otak pula sebagai signature dish mereka kepada penumpang.


Malaysia Airlines juga akan menambah 55 penerbangan ke Medan dan bandar-bandar pilihan di Malaysia selain menaik taraf 9 pesawat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini nanti menjadikan sejumlah 10,824 tempat duduk tambahan telah disediakan. Antara laluan yang terlibat ialah KK, Tawau, Labuan, Kuching, Kota Bharu dan Alor Setar.

Boleh hubungi pejabat POTO cawangan Putrajaya 03.88888640 atau email ke ticketing@pototravel.com.my sekiranya anda ingin membuat tempahan tiket penerbangan.

Sumber gambar dari FB Malaysia Airlines dan sila tekan Like tanda sokongan anda.

Berita penuh rujuk sini dan sini.

No comments:

Post a Comment