Countdown

24 July 2012

Buletin: Ikatan Termeterai Antara Jerai Holidays & POTO Travel

Bertempat di MATTA Fair Perlis Chapter, Dataran Sheikh Ahmad pada 18 Julai 2012 baru-baru ini telah berlangsung satu majlis menandatangani persefahaman kerjasama antara pihak POTO Travel dan Jerai Leisure Holidays.


POTO Travel telah diwakili oleh Group CEO, Hj. Ab Rahman Mohd Ali dan Executive Chairman Jerai Leisure Holidays, En. Aziz Saad. Majlis tandatangani ini turut disaksikan oleh DYTM Raja Muda Perlis yang berkenan untuk menurunkan tandatangan saksi peristiwa bersejarah ini. Turut mengiringi baginda ialah DYTM Raja Puan Muda.



Hasil ikatan kerjasama yang terjalin ini, penduduk negeri Perlis boleh mendapatkan maklumat dan menempah pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan oleh POTO Travel melalui Jerai Leisure Holidays. Mereka boleh dihubungi melalui telefon 04.977 1471/1473 atau email jerai_leisure@yahoo.com atau boleh datang ke pejabat mereka di No 358, Tingkat 1, Taman Mutiara, Jalan Besar Kangar-Alor Setar, 01000 Kangar.


Semoga hubungan kerjasama yang terjalin antara POTO dan Jerai Holidays dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan mencapai objektif persefahaman tersebut.

No comments:

Post a Comment