Jepun menawarkan seribu satu pengalaman percutian yang menyeronokkan. Daripada tingkah laku sopan masyarakatnya hingggalah keindahan landskap empat musim, ia merupakan antara destinasi yang wajib anda kunjungi pada tahun ini.

INTIP: 5 Pulau Mesti Pergi Di Sabah
Keindahan suasana tentu sahaja menjadi sebab utama kenapa pulau-pulau di perairan Sabah ini harus dimasukkan ke dalam senarai destinasi percutian 2015. Lankayan, Manukan, Kapalai, Mataking dan Mabul.

AGENDA: Penginapan Sesuai Untuk Pengembara Muslim Di Sydney
Impian untuk menjejakkan kaki di Sydney, New South Wales, Australia akhirnya menjadi kenyataan. 10 hari berada di bumi Kangaroo ini meninggalkan kenangan terindah dan coretan travel log yang tidak akan dilupakan buat penulis. Percutian kali ini, penulis memilih untuk menginap di Rydges Central Sydney.

LOKASI SELERA: Sajian Melayu Semi Fast Food, Dapur Penyet
Dapur Penyet bukan lagi asing buat penggemar-penggemar makanan. Restoran ini telah beroperasi sejak tiga tahun yang lalu. Sebanyak empat buah cawangan telah dibuka di sekitar Lembah Klang setakat ini.

STAIL LIBUR: Obermain Germany Buat Business Traveller
Mereka yang sering mengembara bagi tujuan perniagaan pasti mendambakan kasut yang selesa dan mudah untuk digayakan bagi tujuan formal, kasual mahupun ketika bersantai. Jom kita tinjau koleksi terbaharu tahun 2015 Obermain Germany yang direka khusus buat keperluan yang anda idamkan.

Antara kandungan lain adalah Pakej Bajet Perak, Keterujaan Inap Di Homestay Anna & The King, Tarikan Taiwan, Beli Belah Pada Harga Termurah, 5 Tip Mudah Memilih Hotel Terbaik dan banyak lagi. Semuanya boleh diperoleh menerusi majalah Libur edisi Januari 2015
!