Pernah
melancong ke Turki bersama POTO? Kenapa perlu melancong bersama kami? Secara
jujurnya, kami bukanlah diantara travel agency yang “murah” dari segi kosnya. Kerana kami selesa memegang konsep “never hide anything”. Semua harga kami memang sudah termasuk tiket
penerbangan, cukai lapangan terbang, hotel, tiping, makan dan minum sepanjang
lawatan bagi pakej fullboard, serta tiket lawatan seperti yang tertera di dalam
maklumat perjalanan.
Dalam kata erti yang lain, apabila melancong dengan kami,
anda tidak perlu risau lagi jika perlu
mengeluarkan wang tambahan, hanya perlu menyediakan wang untuk
berbelanja sahaja. Iya, harga pakej kami
ini diaplikasikan ke dalam semua destinasi-destinasi yang kami tawarkan untuk
anda! Hanya insurans sahaja kami tidak masukkan ke dalam pakej dan ia perlu
dibayar asing oleh pelanggan.
Hotel
yang kami sediakan untuk pakej Turki adalah bertaraf 4 bintang yang terpilih di
mana kebanyakkan darinya adalah menggunakan international standard. Kami juga
menitik beratkan lokasi hotel agar ianya strategik dan berdekatan dengan
bandar, seperti hotel yang berdekatan dengan Taksim Square apabila bemalam di
Instanbul selama 2 malam. Ia merupakan pusat bandar Instanbul yang berdekatan
dengan bazaar serta beberapa kawasan yang menarik untuk dilawati. Jarak hotel
dengan bandar ini lebih kurang 5 hingga 10 minit dengan berjalan kaki, maka
para pelanggan mempunyai pilihan untuk singgah di sana sesudahnya selesai
lawatan yang terdapat di dalam pakej pada hari tersebut.
Selain
itu, bas yang digunakan adalah yang terbaik di mana usia bas itu tidak melebihi
dua tahun. Apa yang menariknya, bas ini dilengkapi dengan perhidmatan wifi bagi
memudahkan pelanggan kami sentiasa dapat menghubungi keluarga tersayang sepanjang
masa tidak kira di mana jua berada.
Sepanjang
lawatan, para pelanggan akan dijaga dan dihiburkan oleh Tour Leader dan pemandu
pelancong yang bertaraf professional. Setiap Tour Leader yang diamanahkan oleh
syarikat wajib mengikuti kursus yang dikendalikan manakala pemandu pelancong
atau Tour Guide pula perlu ada lesen yang telah disahkan dan diiktiraf. Tour
leader ini dihantar adalah untuk menjaga kebajikan pelanggan serta memberikan layanan servis
yang terbaik. Oleh kerana itu setiap akhir lawatan, pelanggan akan diberikan
borang penilaian untuk menilai sendiri di mana tahap Tour Leader dan Tour Guide
agar kami akan dapat terus meningkatkan mutu perkhidmatan untuk menjadi yang lebih baik dari semasa ke
semasa.
Di
Turki, pelanggan berpeluang untuk menikmati hidangan makanan ala india yang
istimewa di mana kami percaya tidak ada agensi yang lain yang pernah
melakukannya. Selain itu, terdapat
pilihan lawatan tambahan untuk menaiki Belon udara panas yang terkenal di sana
sambil menyaksikan panorama indah yang terdapat di Cappadocia. Jujurnya, ianya
berlainan dengan mana-mana belon udara panas
yang terdapat di dunia. Bagi yang pertama kali berkunjung ke Turki,
jangan lepaskan peluang dan anda boleh tentukan sendiri betapa indahnya dapat
menyelami kecantikan ciptaan yang maha Esa.
Inilah restoran ala india di Instanbul |
Bukan
itu sahaja, tidak ketinggalan pilihan lawatan tambahan yang lain untuk menaiki Bosphorus Cruise sambil menikmati minuman jus di sana. Cruise ini sangat
terkenal dengan pemandangan dua benua, di mana pelanggan berpeluang untuk
menyaksikan pemandangan indah Asia dan Eropah di sana.
Jambatan Bosphorus yang dilihat dari atas |
Jadi,
tunggu apa lagi? Tempahlah pakej dengan kami sekarang sebelum terlambat! Insha
Allah, kami akan berikan yang terbaik kepada pelanggan yang kami kasihi.
Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi bahagian khidmat pelanggan di o3-9200
6640 atau layari laman sesawang rasmi POTO Travel di www.pototravel.com.my
No comments:
Post a Comment