Port Stephens
Penjelajahan ke kawasan 'padang pasir' boleh dilakukan buat penggemar adventur yang bertandang di New South Wales Australia untuk menikmati pemandangan 360 darjah. Cara unik untuk mengembara di atas bukit berpasir halus yang bermula di Stockton Beach sambil meninjau lokasi menarik seperti Sygna Shipwreck, laman budaya orang asli serta beberapa peninggalan Perang Dunia yang kedua pastinya suatu pengembaraan yang menyeronokkan.
FOKUS: Great Barrier Reef
Suasana pagi di Cairns amat mendamaikan sewaktu perjalanan penulis dari Palm Cove menuju ke Cairns Reef Fleet Terminal. Suasana di sini tak jauh bezanya dengan suasana tropika di Malaysia, namun udara di Cairns terasa lebih segar yang diadun dengan pemandangan indah 360 darjah. Pandanglah ke mana jua, pasti mata anda akan terpegun dengan panorama yang ada di sini. Setelah 30 minit perjalanan, kami tiba di terminal.
IDEA DESTINASI: Kelantan Keunikannya Tiada Tandingan
Sebut sahaja negeri Kelantan sudah pasti ramai yang membayangkan keunikan elemen budayanya, warisan dan sejarah, permainan tradisional, kraftangan, makanan tradisional, aktiviti masyarakat desa serta lokasi membeli-belah bukan? Bertitik tolak dengan perkara tersebut, Pejabat Tourism Malaysia Kelantan dengan kerjasama Syarikat Penerbangan Firefly menganjurkan program “Kelantan Unique Fam Trip 2014” yang bermula dari 16 Mei hingga 19 Mei 2014.
XPDC: Tawan 3 Puncak Gunung Dalam 2 Hari
Kembara kami di Jawa Timur melibatkan seramai 11 orang yang kebanyakannya pernah menuntut di universiti yang sama 11 tahun dahulu. Kami hanya berbincang tentang keperluan dan persiapan pendakian melalui ‘facebook’. Bermula dengan menetapkan tempat dan tarikh aktiviti, tiket penerbangan dan rangka aktiviti, persiapan awal terlebih dahulu kami utamakan.
PERNAHKAH ANDA KE SINI?: Festival Borneo Jazz
Muzik Jazz dikatakan diminati dan dihayati mereka yang berstatus tinggi dalam masyarakat umumnya kerana alunan iramanya begitu menyenangkan selain bertindak sebagai elemen yang berupaya mendamaikan minda. Memanfaatkan minat golongan peminat muzik jazz, Festival Jazz Borneo merupakan antara acara terpenting dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak.
BELI BELAH: Koleksi Barangan 'Rare' The Gallery
Memiliki barangan berjenama sudah tentu menjadi idaman setiap manusia. Apatah lagi, jika harganya jauh lebih murah dari harga pasaran yang sebenar. Selain berkualiti, barangan berjenama sememangnya tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
Antara topik lain yang ada dimuatkan di dalam majalah Libur edisi Julai 2014 adalaj Tioman Perlumbaan Menjejak Pulau Terindah, Semporna: 6 Tip Agar Percutian Lebih Menyeronokkan, D.I.Y Trip Gerila Kelantan, Kebaikan & Keburukan Membawa Jean Ketika Bercuti dan banyak lagi.
|
No comments:
Post a Comment