29 August 2012

Pakej Harga Istimewa Legoland Malaysia + Universal Studios Singapore

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, POTO Travel menawarkan pakej harga istimewa ke Legoland Malaysia + Universal Studios Singapore bagi percutian anda seisi keluarga. Pakej halfboard 3 hari 2 malam ini ditawarkan pada harga RM699 seorang dewasa/warga emas dengan diskaun sebanyak RM290 dari harga sebenar RM989 dan akan berlepas pada 15 September ini sehingga 17 September.

Ikon The Merlion di Marina Bay versi Legoland Malaysia

Pakej ini yang akan bertolak dari MaTic Jalan Ampang KL merangkumi penginapan 2 malam di Citrus Hotel JB (3*) beserta sarapan pagi sahaja, pengangkutan bas persiaran sepanjang lawatan, perkhidmatan pemandu pelancong di Singapura, membeli-belah di Johor Premium Outlet, lawatan ke sekitar kotaraya Singapura (Marina Bay, The Merlion, Singapore Flyer, Orchard Road dll), tiket masuk ke Legoland Malaysia, Universal Studios Singapore dan The Maritime Experiential Museum.

Istana Far Far Away sedia menanti anda
Jadilah antara orang terawal yang berhibur bersama keluarga di Legoland Malaysia yang akan dibuka secara rasmi pada 15 September ini dan kongsi pengalaman anda dengan kami. Maklumat aturcara beserta harga pakej istimewa ini boleh dilihat di sini. Tempat adalah terhad, tempahlah sekarang!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Legoland Malaysia
Sekiranya ingin mendapatkan tiket masuk sahaja boleh klike sini; Legoland Malaysia atau Universal Studios Singapore atau layari laman web pototravel.com.my untuk maklumat pakej-pakej harga istimewa perlepasan September dan Oktober yang lain.

Sumber gambar dari Legoland Malaysia.

3 comments:

  1. nak tanya...ada tak pakej yang tido 1 mlm di singapore..means..1 hari di uss dan 1 hari lawatn tmpat menarik di Singapore...boleh bg quotation utk 4v orang..

    ReplyDelete
  2. saya tinggal di kota tinggi johor. kalau nk join harga mcmana ?

    ReplyDelete
  3. boleh layari http://pototravel.com.my, hehehe

    ReplyDelete