Countdown

20 June 2012

Rilisan Berita: Pakej Melancong Bonanza! POTO Travel

Anda Tidak Percaya? Percayalah. Melancong dengan harga yang murah giler, ke pelbagai destinasi menarik dunia dengan perkhidmatan yang berkualiti bertemakan musim luruh yang indah.

Anda tidak percaya? Percayalah!
Kuala Lumpur, Mei 22, 2012: Itulah "tagline" POTO Travel dalam Melancarkan Pakej Melancong Bonanza POTO 2012. Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki oleh Bumiputera dan telah beroperasi selama hampir 10 tahun, POTO Travel yakin bahawa inilah cara terbaik untuk menghargai para pelanggan yang selama ini begitu setia menyokongnya.  

Pakej Melancong Bonanza adalah tawaran pakej melancong dengan harga jualan yang murah dan berkualiti. Ianya bertemakan 'Melancong di Musim Luruh yang Indah' dengan pilihan tempat lawatan yang pelbagai dan menarik di serata dunia. Penempahan bermula dari 22 Mei dan berakhir pada 7 September 2012. Manakala penerbangan pertama akan bermula pada 7 September ke destinasi Negara China dan berakhir pada 26 Oktober 2012. Antara tempat-tempat lawatan yang diterokai adalah seperti Turki, Eropah Timur dan Barat, Spain, Portugal,China, Indonesia, Korea, India, Vietnam dan Carlifornia, USA. Rata-rata, cuaca suhunya sekitar 12C hingga 25C di musim luruh yang nyaman. Sesetengah bahagian ada yang daun-daunnya telah bertukar warna seperti pokok cherry dan maple. Menyaksikan keindahan pertukaran musim yang indah adalah sesuatu yang amat menyegarkan. Itulah keindahan alam ciptaan yang Maha Pencipta.

Dari segi harga pula, ini yang dikatakan "Anda Tidak Percaya?" Harga memang murah dan amat berbaloi; sebagai contoh harga asal pakej Eropah Timur selama 13 hari 10 malam adalah RM9,588 dan untuk Pakej Melancong Bonanza, harganya turun sebanyak RM2,089 kepada RM7,499. Harga pakej yang paling murah bermula daripada RM1050 ke Singapura selama 3 hari 2 Malam, RM2,292 ke Beijing selama 7hari 6 malam. Anggaran penjimatan bagi satu-satu pakej itu bermula dari RM2,200 dan serendah RM130 mengikut destinasi pilihan. POTO Travel telah membuat usahasama perniagaan bersama pihak penerbangan dan pihak pengurusan darat di luar negara untuk mendapatkan harga murah ini. Antara yang terlibat adalah syarikat penerbangan Etihad Airways, Qatar Airways, Oman Airways, Vietnam Airways, Garuda Indonesia, Vietnam Airlines. Berkat usahasama perniagaan yang sepadu, POTO Travel dapat menawarkan sebanyak 1,430 tempat duduk yang akan berlepas ke 27 destinasi terpilih. Setiap destinasi, tempat duduk adalah terhad, oleh itu, penempahan adalah berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat.

Dari sudut promosi, POTO Travel telah membeli iklan di TV, Radio, Akhbar dan majalah popular tempatan. Bagi tinjauan ini, sejumlah pelaburan yang tinggi telah diperuntukkan. POTO Travel juga telah bekerjasama dengan pihak-pihak NTO (National Tourism Office) dan pihak media tempatan bagi mewar-warkan promosi Jualan Bonanza ini. Dengan kerjasama tersebut, anda berpeluang melancong bersama juruhebah Radio RTM kesukaan anda dengan pilihan 8 rangkaian radio RTM seluruh negara, melancong bersama krew majalah kesukaan anda terbitan Utusan Karya, Karangkraf dan beberapa majalah seta akhbar lain seperti Am Leisure dan 1Suara.

Secara jujurnya, harga yang ditawarkan sesuai dengan semua golongan masyarakat termasuk warga emas dan kanak-kanak. Malah bagi warga emas, bertemakan slogan 'Anda Disayangi, Anda Dihormati', POTO Travel juga menawarkan harga yang lebih istemewa, lebih murah dari harga dewasa lain.

Pakej Menancong Bonanza, walaupun harganya murah, POTO Travel menjaminkan kualiti perkhidmatan yang terbaik. Ini kerana, semua pakej bonanza menggunakan perkhidmatan penerbangan ynag berprestij yang menggutamakan servis, serta rakan pengurusan darat yang mengendalikan semua urusan darat di luar negara, telah memahami akan budaya dan kehendak pelanggan POTO Travel. Ia juga mempunyai pilihan hotel yang berkualiti dan berkedudukan strategik, restoran-restoran yang HALAL, bersih dan bertaraf 4 hingga 5 bintang.

POTO Travel yakin Pakej Melancong Bonanza akan menjadi rebutan setiap kaki melancong termasuklah pelanggan tetap POTO Travel. Malah, tempahan sudah banyak diterima sebelum majlis pelancaran yang dijadualkan pada 22 Mei ini. InsyaAllah, rancang awal, daftar awal, maka anda tidak akan terlepas peluang melancong sempena Jualan Bonanza ini.

Untuk maklumat lanjut dan membuat penempahan pakej, sila telefon POTO Travel ditalian 03-92006640 (Ibupejabat), 03-88888640 (Cawangan Putrajaya), 07-9326640 (Cawangan Segamat) atau layari laman web www.pototravel.com.my.

Kredit gambar: En. Dino Alham

No comments:

Post a Comment