Countdown

2 May 2012

Ikut Kami Melancong: Eropah-London (Bahagian 2)

Sebut sahaja Amsterdam, pastinya gambaran bunga tulip, kincir angin, canal cruise dan bangunan Stadhuys di Melaka terus menerobos ruang fikiran. Benar, ini adalah kerana Amsterdam merupakan ibu kota negara Belanda/Holland/Netherlands yang pernah menjajah kota Melaka pada tahun 1611 lebih seratus tahun lamanya dan hampir seantero Indonesia dahulu.

Pastikan anda bergambar di blok perkataan "I amsterdam"

Bila bercerita tentang bunga tulip, anda seharusnya tidak melepaskan peluang melawat Keukenhof Gardens yang terletak di antara Amsterdam dan The Hague. Taman tulip ini yang digezetkan oleh CNN antara destinasi pelancongan yang paling ramai pelawat. Biarpun taman ini seakan hanya bernyawa pada musim bunga sahaja (kira-kira 2 bulan) ketika Keukenhof Tulip Festival diadakan, namun sambutan yang diberikan oleh mereka yang meyukai keindahan bunga tulip amat menggalakkan.

Keindahan bunga tulip di Keukenhof Gardens
Kota Amsterdam terutamanya kawasan Dam Rak (bermaksud dataran) agak skeptikal bagi sesetengah pihak dek kerana kewujudan satu kawasan yang dipanggil Red Light District. Namun seharusnya diketahui bahawa Dam Rak menawarkan lebih daripada itu. Kawasan ini menyaksikan beberapa peristiwa sejarah yang penting seperti ditakluk Napoleon bersama bala tenteranya pada tahun 1808. Di sekitar kawasan ini boleh dilihat pelbagai gerai dan kedai yang menjual bermacam jenis cenderamata untuk kita bawa pulang ke Malaysia. Selain kewujudan bangunan-bangunan yang berusia ratusan tahun, para penggiat seni juga semestinya perlu ke Van Gogh Museum yang menmpatkan hasil-hasil karya lukisan artis terulung yang bertandatangan VVG ini. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di kota Amsterdam ialah Artis Royal Zoo, Madame Tussauds, Amsterdam Museum, Torture Museum dan Tulip Museum.

Suasana Dam Square ketika musim sejuk
Bersiar di sekitar Dam Rak, pelawat pastinya akan terpegun melihat sebuah istana yang lebih senang digelar Royal Palace of Amsterdam. Istana ini pada awalnya siap dibina pada tahun 1665 sebagai sebuah dewan bandar namun dijadikan istana oleh Louis Napoleon ketika dia menaiki takhta sebagai King Louis I of Holland pada tanggal 1806 selepas Belanda ditakluk tentera abangnya Napoleon. Istana ini dibuka kepada umum untuk lawatan walaupun masih digunakan sehingga kini oleh Queen Beatrix, raja permaisuri negara Belanda.

Royal Palace di Amsterdam
Tidak sah ke kota yang diiktiraf Kota Warisan Dunia UNESCO ini sekiranya pelawat melepaskan peluang merasai pengalaman menaiki bot mengelilingi terusan yang melingkari seluruh kota ini, lebih senang dikenali sebagai "canal cruise". Di sepanjang lawatan ini, pelawat boleh menyaksikan binaan berusia ratusan tahun antaranya Centraal Station; stesen keretapi di kota ini yang dibina pada tahun 1889, Oude Kerk; sebuah gereja lama bercirikan Gothic yang dibina pada tahun 1306 dan Anne Frank House; rumah yang dibina pada tahun 1635 ini pernah menjadi tempat persembunyian ahli keluarga Frank (berbangsa Yahudi) selama 2 tahun dari dibunuh tentera Nazi dan hari ini rumah ini didedikasi menjadi sebuah muzium.

Canal Cruise di kota Amsterdam
Keistimewaan mengikuti pakej yang ditawarkan POTO Travel adalah anda akan dibawa melawat ke kawasan luar bandar Amsterdam; Zaanse-Schans dan Volendam. Sukar untuk melafazkan perkataan saat pertama kali melihat kincir angin di Zaanse-Schans ini. Pelbagai jenis kincir angin dapat dilihat di sini mengikut kegunaan seperti Mustard Mill, Saw Mill, Paint Mill, Oil Mill, Water Mill dan Grinding Mill. Selain pemandangan kincir angin, Zaanse-Schans juga terkenal dengan pembuatan kasut kayu, keju dan cokelat. Jangan lupa membawa pulang cenderamata berupa kasut kayu kepada ahli keluarga di Malaysia.

Kincir angin yang masih beroperasi untuk mengangkut air
Kasut kayu yang dikenali sebagai 'clog'
 Lawatan ke Volendam juga sesuatu yang istimewa kerana bandar ini yang menempatkan sekitar 22,000 orang merupakan sebuah pelabuhan penting sekitar kurun ke-13. Bandar di tepi laut ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan dan fakta yang anda perlu tahu bahawa antara ikon ternama yang pernah menghabiskan masa di sini ialah pelukis terkenal Pablo Picasso dan Renoir. Pelbagai jenis cenderamata boleh dibeli di sini pada kadar harga yang berpatutan.

Pemandangan bandar nelayan di Volendam
Tahukah anda cokelat terbaik datangnya dari Belgium? Kenyataan ini mungkin subjektif tetapi anda boleh rasakan sendiri ketika berkunjung ke kota Brussels, ibu negara Belgium. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di tengah-tengah kota ini, semerbak harum bau cokelat dari pelbagai kedai akan menusuk hidung anda. Selain itu, tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal di sini kerana terdapat pelbagai restoran makanan Muslim di sini.

Salah satu kedai menjual cokelat di Brussels
Brussels yang pada asalnya merupakan kota di dalam kubu pertahanan sekitar kurun ke-10 juga terkenal dengan beberapa monumen/simbol; antaranya Atomium. Binaan sempena World Fair 1958 di Brussels ini berketinggian 102m dan direka oleh Andre Waterkeyn. Idea asalnya adalah membina Menara Eiffel versi terbalik. Menariknya binaan ini masih kukuh di tempatnya dan saban tahun menerima tetamu biarpun hanya dijangka bertahan selama 6 bulan!

Atomium ini mempunyai 9 bulatan
Berhampiran sini terletaknya Brussels Park dan Royal Palace of Brussels; istana rasmi kediaman Raja Belgium namun menariknya baginda memilih hanya menggunakannya ketika urusan rasmi kerajaan bagi menjimatkan wang negara. Istana ini siap dibina pada kurun ke-12 telah melalui beberapa fasa perubahan sehinggalah siap sepenuhnya pada tahun 1934.

Royal Palace of Brussels
Tarikan utama ke kota Brussels sebenarnya adalah sebuah dataran yang dipanggil Grand Place. Dataran ini yang telah digezetkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dikelilingi oleh beberapa bangunan penting binaan zaman Gothic antaranya Guild Hall, Town Hall dan juga Broodhuis. Sejarah Grand Place bermula seawal abad ke-11 sebagai tapak pasar dek kerana lokasinya yang berdekatan dengan kota pertahanan dan pelabuhan. Bangunan yang pasti menjadi tarikan utama di sini ialah Town Hall yang dibina pada tahun 1402 dan siap sepenuhnya pada tahun 1420. Bangunan rekaan Gothic ini mempunyai menara setinggi 96m di mana di atasnya terletak patung Dewa Panah Michael membunuh naga.

Pemandangan di Grand Place
Admin: Bersambung bahagian 3.. Kotaraya London pula..


1 comment:

  1. đồng tâm
    game mu
    cho thuê nhà trọ
    cho thuê phòng trọ
    nhac san cuc manh
    số điện thoại tư vấn pháp luật miễn phí
    văn phòng luật
    tổng đài tư vấn pháp luật
    dịch vụ thành lập công ty trọn gói

    Bởi vì nói cho cùng thì hắn vẫn là Thái tử, mà thần tử dù sao cũng chỉ là thần tử mà thôi!

    Nhưng sự xuất hiện của Sở Dương đã hoàn mỹ đền bù vào cái khuyết điểm này! Mặc dù Sở Dương tuyệt sẽ không cúi đầu xưng thần với hắn, nhưng chính ở điểm này mới khiến cho Sở Dương – một gã giang hồ áo vải hoàn toàn không liên quan chút nào tới chốn quan trường… mới hoàn toàn chính là nhân tuyển thích hợp nhất để điều hành Bổ Thiên Các!

    Nếu bất cứ kẻ nào trong hai ban văn võ đại thần nắm giữ trong tay thứ vũ khí sắc bén như Bổ Thiên Các này thì Thiết Bổ Thiên đều cực kỳ không yên tâm! Mà chính hắn tuy thành lập nên Bổ Thiên Các đã khá lâu nhưng lại không thể đem toàn bộ tinh lực đi quản lý và phát triển nó lớn mạnh được.

    Cho nên vừa rồi khi Thiết Bổ Thiên đáp ứng Sở Dương thì cũng có nguyên nhân này ở bên trong nữa.

    Hoặc là trong đó cũng còn có nguyên nhân nào khác thì không ai biết được nữa rồi.

    ReplyDelete