Countdown

15 May 2012

BERNAMA: MAS Laksana Peraturan Baru Bagasi Kabin

Dalam persediaan untuk menyertai Oneworld Alliance, Malaysian Airline System (MAS) hari ini mengumumkan peraturan baru bagasi kabin syarikat itu yang akan dilaksanakan untuk semua penerbangan mulai esok (16 Mei 2012).


Malaysia Airlines System (MAS) akan menyertai Oneworld Alliance

Menurut kenyataan MAS, penumpang kelas Ekonomi dibenarkan membawa satu bagasi tangan manakala untuk penumpang kelas Bisnes dan kelas Pertama dibenarkan membawa dua bagasi tangan. Setiap bagasi tangan tidak boleh melebihi 36sm panjang, 23sm lebar dan 56sm tinggi dengan berat maksimum 7 kg. Semua bagasi kabin mesti mematuhi undang-undang tempatan serta langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh lapangan terbang. Kadar biasa akan dikenakan ke atas bagasi yang melebihi ketetapan itu.

Selain itu, setiap penumpang dibenarkan membawa beg tangan kecil, tongkat dan salah satu daripada barangan berikut: notebook/komputer riba, beg bimbit, beg kamera atau beg binokular.

Mereka yang membawa bayi, boleh membawa satu beg mengandungi makanan bayi dan lampin tidak melebihi 5kg, kot dan kereta sorong bayi boleh lipat.

Oneworld Alliance ialah rangkaian syarikat penerbangan yang terbang ke 950 destinasi di 150 negara. Menerusi gabungan lebih 2,600 pesawat yang melakukan 10,000 penerbangan sehari, Oneworld mengangkut 358 juta penumpang setahun.

Syarikat penerbangan itu dijadual menyertai Oneworld Alliance menjelang akhir tahun.


Admin: Laporan dipetik BERNAMA.



No comments:

Post a Comment