Countdown

22 August 2013

Viva Italia! Fantastika Florence (Bahagian 2)


The videos may not reflect the actual itinerary of the trip organized by POTO Travel & Tours.

Dari Piazza della Signoria, saya bergerak ke Jambatan Ponte Vecchio. Jambatan ini adalah jambatan yang paling kerap diambil gambar di dunia. Dibina merentangi Sungai Arno, ianya dikenali kerana rekabentuk 3 separa bulatan yang terdapat pada bawah jambatan itu. Struktur yang ada sekarang merupakan binaan kali kedua setelah ianya musnah dalam satu kejadian banjir yang dashyat pada tahun 1333.

Selain keindahan strukturnya, jambatan ini menjadi tumpuan para pelancong kerana ianya dikelilingi kedai-kedai barangan kemas buatan tangan. Barangan kemas yang dijual di kawasan ini agak mahal tetapi amat berkualiti tinggi dan rekaannya sangat unik.

Pada malam hari, lampu-lampu yang dipasang di sepanjang jambatan ini menjadikan pemandangan di sana begitu menggamit perasaan. Refleksi lampu-lampu pada air sungai yang mengalir kelihatan sangat cantik. Ramai yang berkata, kunjungan ke Itali tidak akan lengkap sekiranya tidak bergambar di Jambatan Ponte Vecchio ini. Memang tidak syak lagi!

Ketika di Florence, saya juga bertandang ke sebuah muzium bernama Dante’s House. Muzium ini mengambil nama sempena Durante degli Alighieri, seorang penglipurlara dan penyair yang terkenal di Florence pada abad ke 13.  Muzium ini pada suatu ketika dahulu merupakan rumah kediaman beliau. Mahakarya Dante yang bertajuk la Divina Commedia telah dianggap sebagai hasil kesusasteraan teragung yang dihasilkan di Eropah semasa Zaman Pertengahan, dan merupakan asas kepada bahasa Itali moden.

Hari ini, bangunan ini adalah tanda peringatan dan penghargaan masyarakat Itali kepada Dante. Ianya telah dibuka semula kepada orang ramai pada 1 Jun, 1994 selepas kerja-kerja membaik pulih. Muzium ini disusun kepada tiga tingkat mengikut tiga peringkat yang paling penting dalam hidup Dante.

Dante’s House menawarkan koleksi dokumen yang berkaitan dengan ikonografi Dante sepanjang hayatnya, yang ditonjolkan melalui beberapa karya seni ‘salinan semula’ oleh artis-artis terkenal seperti Giotto, Beato Angelico, Andrea del Castagno, Ghirlandaio, Luca Signorelli, Raphael dan Michelangelo.

Selain Dante’s House, Florence mempunyai puluhan lagi muzium dan galeri seni yang menjadi tumpuan kunjungan berjuta-juta pelawat setiap tahun. 10 daripada 15 muzium terhebat di Itali terletak di Florence. Kesemua muzium dan galeri seni ini mempamerkan pelbagai karya agung daripada zaman Renaissance yang ‘diawet’ rapi. Antara muzium dan galeri yang terdapat di sini ialah Uffizi Gallery, Academia Gallery, Palazzo Davanzati, Piazza Republica dan banyak lagi.  Kepada pencinta sejarah dan seni visual, Florence sememangnya “syurga” bagi anda.

2 hari di Florence terasa begitu singkat namun perjalanan saya perlu diteruskan ke daerah lain. Kenangan seketika di Florence bagaikan dalam mimpi. Bandar ini seindah khabar-khabar yang saya dengar sebelum ini, amat menakjubkan. Sekiranya anda ke Itali, jangan lepaskan peluang untuk melawat Florence. Bandar ini pasti akan memukau anda!

POTO Travel & Tours bakal menganjurkan satu lawatan istimewa ke Itali selama 12 hari 9 malam pada 16 November dan 9 & 20 November 2013. Tempat-tempat pelancongan yang dinyatakan di atas akan dilawati dan diterokai.

Pakej lawatan yang berharga RM 8,599 untuk setiap orang dewasa ini telah pun dilancarkan dan sedia menerima tempahan orang ramai. Harga diskaun istimewa akan diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak. Kepada yang berminat, sila layari laman sesawang rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau telefon di 03-9200 6640 untuk keterangan lanjut.

Klik untuk besarkan
Jambatan Ponte Vecchio
Jambatan Ponte Vecchio
Antara bahan pameran di Dante's House
Dante's House
Uffizi Gallery

No comments:

Post a Comment