Teratak
Malaya, Janda Baik, Pahang. Tempat yang telah menjadi titik perhimpunan kesemua
kakitangan syarikat syarikat yang bernaung di bawah POTO Leisure Group dari 18
hingga 20 Januari 2013 yang lalu.
Seramai 89
orang telah mengikuti program PLG 2013 kali ini. Antara syarikat yang terlibat
adalah INZ Padu, INZ BIO, Shine Academy, Design@POTO dan POTO Travel &
Tours Sdn Bhd. Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di sana. Tujuan program ini
diadakan bagi merapatkan lagi ukhwah yang terjalin antara sesama kami.
|
Kumpulan El Fuego |
|
Kumpulan Kisses |
|
Kumpulan Mambang Kuning |
|
Kumpulan Yallah POTO |
|
Kumpulan Hijau Rangers |
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi memeriahkan lagi program ini antaranya
ialah bola sepak sawah, galah panjang, trekking ke air terjun, POTO-Race, bulatan muafakat dan pelbagai lagi...
|
Kumpulan Mambang Kuning sedang menggunting helaian kertas untuk dijadikan satu bulatan yang besar |
|
Kumpulan El Fuego begitu bersemangat untuk memenangi pertandingan Bulatan Muafakat |
|
Beberapa peserta lelaki dari kumpulan Hijau Rangers dan Kumpulan El Fuego sedang bermain bola sawah |
|
Ujian Mumia Sejoli ketika acara POTO-Race |
Antara aktiviti
yang ditunggu tunggu oleh semua peserta adalah Malam Kreatif PLG. Pada Malam
Kreatif ini, peserta diminta melakonkan semula watak watak dalam filem dan
kumpulan Yallah POTO telah menarik perhatian juri dan memenangi pertandingan
tersebut.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif POTO Leisure Group, Tuan Hj. Ab Rahman Mohd Ali. Menariknya kali ini juara keseluruhan berkumpulan dikongsi oleh 2 kumpulan; Kisses dan El Fuego. Tepat jam 3 petang, kami semua
meninggalkan Teratak Malaya dan pulang ke Kuala Lumpur.
Antara kenangan manis yang dapat diabadikan sepanjang PLG 2013...
Program PLG 2013 pada kali ini adalah yang paling terbaik! Semoga kita semua akan berjumpa lagi di masa akan datang. Tunggu……….!!!
No comments:
Post a Comment