Sekiranya bercuti ke Jakarta dan Bandung, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai destinasi-destinasi yang memarik. Tak kisah lah jikalau anda adalah seorang kaki membeli belah atau pun pencinta alam semula jadi, pakej percutian 4 hari 3 malam Jakarta-Bandung yang POTO Travel tawarkan adalah lengkap dengan semua ini. Sedikit catatan daripada saya yang boleh kita kongsi bersama.
Hari 1: Berkumpul di KLIA & untuk berlepas ke Jakarta. Tiba di Lapangan terbang Soekarno Hatta Airport, Jakarta dan terus ke Bandung melalui Puncak (kawasan pergunungan teh yang dingin dan nyaman).
Selepas dijamu makan tengahari, kami serombongan singgah di Safari Park. Memang seronokkkkk! Bayangkan kami dapat melihat haiwan-haiwan seperti harimau putih, singa, harimau, harimau bintang, badak air, biawak komodo, badak sumbu dan orang utan dari jarak yang begitu dekat.
Apa yang membuatkan Taman Safari di Bandung ini lain dari yang lain adalah haiwan-haiwan ini dibiarkan berkeliaran secara bebas di dalam taman ini, lebih kepada konsep zoo bebas. Keadaan yang sama seperti yang terdapat di Afrika tetapi kini ia hanya di Indonesia. Memang menakjubkan!!
Hari 2: Selepas sarapan pagi, rombongan kami dibawa melawat ke Tangkuban Perahu. Teruja melihat permandangan yang sungguh menakjubkan dan segera istighfar dilafazkan memuji kuasa Ilahi. Jangan lupa bawa jaket atau pakai baju yang tebal sedikit kerana cuaca agak dingin.
Selepas dijamu makan tengahari, kami serombongan singgah di Safari Park. Memang seronokkkkk! Bayangkan kami dapat melihat haiwan-haiwan seperti harimau putih, singa, harimau, harimau bintang, badak air, biawak komodo, badak sumbu dan orang utan dari jarak yang begitu dekat.
Apa yang membuatkan Taman Safari di Bandung ini lain dari yang lain adalah haiwan-haiwan ini dibiarkan berkeliaran secara bebas di dalam taman ini, lebih kepada konsep zoo bebas. Keadaan yang sama seperti yang terdapat di Afrika tetapi kini ia hanya di Indonesia. Memang menakjubkan!!
Tambah best lagi ada jagung bakar dan kuih-kuih tempatan dijual di situ. Dah penat berjalan bolehlah isi perut dulu. Cuaca dingin tambah jagung bakar.. Lalala..
.
Hari 3: Checkout hotel dan terus ke Taman Tema Trans Studio Bandung. Sebuah taman tema 'indoor' kedua terbesar di Indonesia. Pelbagai jenis permainan yang ditawarkan di sini persis Resorts World Genting. Ada roller-coaster, ada papan gelongsor air, ada permainan untuk kanak-kanak dan berbagai lagi. Setelah hampir 6 jam di Trans Studio, kami terus berangkat pulang ke Jakarta.
Hari 4: Jakarta juga adalah syurga membeli belah seperti Bandung. Pusat-pusat membeli belah yang terkenal ialah pusat pemborongan Tanah Abang, pusat tekstil Mayestik, Mangga Dua, Chempaka Mas dan Blok M.
(Maaf tiada gambar kerana terlalu sibuk membeli barang untuk orang di Malaysia)
Kalau ada reaeki dan kesihatan mengizinkan, InsyaAllah pasti datang lagi ke sini!
(Maaf tiada gambar kerana terlalu sibuk membeli barang untuk orang di Malaysia)
Kalau ada reaeki dan kesihatan mengizinkan, InsyaAllah pasti datang lagi ke sini!
No comments:
Post a Comment