Countdown

17 April 2012

Bercuti Bersama Bintang ABPBH2011 & POTO: The Report


Jika sebelum ini pihak POTO Travel & Tours sebagai penaja bersama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) memberi peluang kepada para peminat untuk bercuti bersama Raja Azura dan Que Haidar ke Jakarta-Bandung, Linda Onn, Mawi dan Diana Danielle ke Singapura, Fara Fauzana, Saiful Apek dan Dafi ke Bali dan Shaheizy Sam, Faizal Ismail dan Lisa Surihani ke Langkawi, kini POTO Travel sekali lagi membawa para peminat bercuti bersama 3 bintang ABPBH 2011; Fasha Sandha, Nabil dan Black ke Jakarta-Bandung.


Selain daripada kumpulan peminat dan artis-artis terlibat, rombongan ini yang melancong bermula dari 13 hingga 16 Januari turut disertai oleh wakil-wakil media dan pemenang peraduan anjuran Berita Harian. Sebelum berlepas ke Jakarta lagi para peminat sudah mula bergambar dan bermesra dengan ketiga-tiga selebriti terbabit di KLIA. Sepanjang 4 hari 3 malam di Jakarta-Bandung, rombongan dibawa melawat ke Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu, tugu Monas, Masjid Istiqlal, Taman Safari Puncak, Taman Mini Indonesia Indah selain membeli-belah di Toko Tiga, Rumah Mode, Pasar Baru, Mangga Dua dan Tanah Abang.

"Tempat yang paling menarik perhatian saya adalah berkunjung ke Taman Safari kerana kedudukannya di  atas kawasan yang tinggi dan dingin. Ia juga pengalaman pertama saya memasuki Safari yang dapat mendekati binatang buas secara dekat walaupun hanya di dalam bas" - Black (berita penuh klik sini).
 "Peminat yang ikuti rombongan ini nampaknya memang ramai yang sporting tetapi ada juga yang malu-malu. Saya cuba hiburkan mereka terutama ketika berada di dalam bas dengan buat lawak jenaka. Memang penat juga ikuti rombongan ini sebab jadualnya padat tetapi penat itu hilang kerana saya dan isteri seronok bersama rombongan ini" - Nabil (berita penuh klik sini).
Jadual lawatan yang padat tidak menghalang para peminat untuk terhibur dengan keletah Nabil, Black mahupun Fasha Sandha yang ternyata cukup lucu dan sporting jika diminta bergambar. Fasha Sandha yang pertama kali ke Bandung tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah dan sering kali alah kepada penjual-penjual jalanan di Bandung. Dalam bergembira, tanggungjawab yang paling utama kepada Yang Maha Esa tetap dijaga sepanjang lawatan oleh 2 wakil POTO, Puan Pauziah dan Encik Zubir. Begitu juga dengan hal penginapan dan pengangkutan, mereka sentiasa memastikan yang terbaik lebih-lebih lagi bab makanan.

"Selain pemenang ABPBH2010, peminat-peminat yang turut sama dalam percutian ini hanya dikenakan RM1,550 untuk layanan kelas pertama daripada POTO Travel & Tours selaku rakan penganjur bersama Berita Harian. Bukan hanya merangkumi tiket penerbangan dan penginapan di hotel selesa, kos pengangkutan dari satu lokasi ke lokasi lain dan makanan sepanjang percutian tidak perlu dirisaukan apabila segala-galanya di bawah urusan pengelola" - ohartis.com (berita penuh klik sini).
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Bercuti Bersama Bintang ABPBH ini. Sekalung budi diberikan kepada para peminat yang langsung pelanggan-pelanggan POTO Travel dengan harapan ABPBH lain kali kita jumpa  lagi. 

Sebagai penutup, silalah enjoice video-video lawatan tersebut terutamanya kepada mereka yang ingin dengar-lihat Fasha Sandha mahupun Nabil menyanyi..




Admin: Entry ini agak lambat dimasukkan namun bak pepatah omputih "better late than never" kan.. Peace!



No comments:

Post a Comment