Countdown

4 February 2014

Pemenang Ketiga Peraduan Saya Berjaya: HARLINA BINTI SADAN

2013; tahun nan indah. Menerima watikah pengesahan kenaikan pangkat adalah antara kemuncak dalam kerjaya. Melengkapinya, SAYA BERJAYA! merealisasikan impian indah yang telah sekian lama bersembunyi dalam “bakul impian” (wishbucket). SAYA BERJAYA! dan ini adalah ‘Cendera Cinta’ untuk diri sendiri. Sejak dulu punya dulu punya dulu, naskhah-naskhah buku serta artikel berkenaan‘nya’ saya baca dan cuba hadamkan susur sirahnya. Bukan setakat itu, apa juga gambar yang berkaitannya, saya renung dan belek!

“Sesungguhnya, Constantinople akan ditakluki oleh kalian. Maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang menaklukinya.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad).

Işte geldim, TÜRKİYE'deyim!
TÜRKİYE, here I come!
TÜRKİYE, aku datang!
Ya, SAYA BERJAYA! menjejaki Türkiye.

Kota Istanbul! Kota dua benua yang sarat dengan sejarah peradaban dan ketamadunan; juga kegemilangan Empayar Uthmaniyyah ketika pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh. Masjid Biru, Aya Sophia, Selat Bosphorus serta merdu mu’azzin melaungkan azan bergema ke segenap kota; pengembaraan merentasi pula ke Bursa, Pamukkale, Konya, Kapadokya, Bolu hingga ke Ankara; makanannya yang autentik, Türkish aiskrim yang enak dan penjualnya yang sangat ‘tricky’, keayuan gadis-gadisnya; semuanya menggamit hati merindui bumi Türkiye.

Alhamdulillah wa syukurillah.
Teşekkür ederiz, POTO ..!
Terima kasih, POTO Travel & Tours Sdn. Bhd. ..!
Impian menjadi realiti.
SAYA BERJAYA ..!


No comments:

Post a Comment