Hari ini, pelancong yang beragama Islam tidak perlu lagi merasa runsing untuk mencari penginapan ketika bercuti kerana terdapat satu enjin pencarian yang pertama untuk pelancong Islam telah dilancarkan. Di saat sedang bercuti pun anda masih boleh melakukan ibadah tanpa banyak alasan!
 
LagiSatu.com diciptakan oleh rakyat Malaysia yang mahu menyenangkan pelancong beragama Islam bercuti tanpa sempadan. Konsep yang dibawa bukan setakat penginapan yang hanya mengutamakan arah kiblat tetapi bilik solat yang mempunyai sejadah, Al-Quran, restoren halal, mempunyai waktu buka puasa dan sahur, masjid, layanan spa yang asing  dan keperluan yang diperlukan oleh pelancong Islam.
 
Pendekatan yang unik ini bertujuan membantu pelancong Islam mencari sesuatu yang halal berdasarkan kemampuan mereka dari segi harga. Apabila anda menggunakan LagiSatu.com, perjalanan anda lebih teratur dan akan menemukan hotel terbaik dengan satu klik. Tambahan pula, laman LagiSatu.com ini bekerjasama dengan laman-laman enjin pencarian lain yang terkenal seperti Expedia, Hotels.com, Venere.com, Agoda, Booking.com dan banyak lagi.
 
Jadi, sudah bersedia untuk bercuti-cuti dengan tanpa perlu memikirkan masalah mencari penginapan, makanan dan layanan yang halal? LagiSatu ada jawapannya!