Perjalanan
yang memakan masa hampir 7 jam di dalam bas sangat meletihkan. Saya hanya
menjamah sedikit makanan dan minuman memandangkan bas tidak membuat perhentian
berulang kali, Cuma dua kali sahaja. Namun, apabila tiba di destinasi,
kepenatan yang dirasai terus hilang diulit kegembiraan dan rasa teruja yang
tidak terhingga. Secara jujurnya, sangat jarang saya ke sini untuk meluangkan
masa cuti secara persendirian oleh kerana tanggungjawab tugasan yang digalas.
Percutian selama 2 hari ke Johor ini saya ingin gunakan sebaik-baiknya.
Johor,
sememangnya merupakan sebuah negeri yang sedang membangun dan berkembang baju.
Terdapat banyak tempat menarik yang boleh ditemukan di sekitar Johor. Hati saya
tertarik untuk menjenguk ke pusat membeli-belah yang terkenal dengan barangan
berjenama, iaitu Johor Premium Outlet.
Jika ditanya, sudah tentu ramai sudah mengenalinya. Terletak di Indahpura,
lokasinya adalah bersebelahan dengan Lebuhraya Utara Selatan di mana kita boleh
lihat bangunan JPO jika dari arah Kuala Lumpur sebelum tol keluar menyusur
Lapangan Terbang Senai (Senai Airport
exit toll) di sebelah kiri.
Pusat membeli-belah ini mudah diakses dari semua laluan keluar masuk dari Johor
mahupun Singapura.
Apa
sebenarnya yang dimasukkan dengan JPO? Ianya adalah merupakan sebuah pusat
membeli-belah dengan kira-kira 80 rangkaian barangan berjenama seperti Canali, Ralpj Lauren, Gucci, Fossil, Armani,
Burberry, Coach dan banyak lagi di
persekitaran yang unik dan terbuka! Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri
Malaysia kita pada 11 Disember 2011. Pusat membeli-belah ini dimiliki oleh anak
syarikat Simon Genting Berhad, iaitu Genting Simon Sdn Bhd yang meliputi
kawasan seluas kira-kira 45 ekar. Keadaan susur atur butik atau kedai serta
kemudahan yang disediakan dan persekitaran yang luas ini memberikan keselesaan
untuk pengunjung yang hadir untuk membeli-belah. Harga diskaun boleh didapati
sebanyak 25% hingga 65%.
Untuk
peringatan kepada sesiapa yang singgah ke butik seperti Burberry dan Coach ini
tidak menerima kunjungan yang ramai dalam satu masa. Saya terpaksa beratur
dahulu sebelum dibenarkan untuk masuk ke dalam butik Coach. Pelik memang pelik, tetapi itulah hakikatnya dan mungkin
polisi mereka agar masing-masing dapat mencari barang kesukaan secara selesa
dan tidak berpusu-pusu untuk merebut barangan.
Sememangnya
saya gemar akan suasana yang terdapat disekitar JPO ini kerana ia mempunyai
kelainannya tersendiri. Kemudahan mesin ATM Maybank, tempat makan, tandas dan
paling penting, surau! Boleh juga beristirehat di sini jika kepenatan
berjalan-kaki di bangunan ini. Walaupun hanya dua tingkat sahaja, namun saya
rambang mata dan tidak dapat membuat keputusan ke mana yang ingin dituju
terlebih dahulu. Gucci, Carlo Rino,
Fossil, Roxy semua saya ingin pergi dalam satu masa! Orang agak ramai,
memandangkan hari cuti dan juga terdapat para pengunjung dari seberang
Singapura dan Indonesia.
Tempat
ini sangat sesuai bagi mereka yang menghabiskan masa dengan membeli-belah. Jika
hanya ingin mencuci mata sahaja, pasti akan rasa sedikit kecewa kerana hanya
dapat menelan air liur sahaja. Tidak banyak yang saya beli, memandangkan saya
ke sini bukan untuk shopping semata-mata, tapi lebih untuk bersantai di hujung
minggu.
Fasa II telahpun dilancarkan dan dibuka pada November tahun lalu dengan kawasan yang meliputi lebih daripada 1000 ribu kaki persegi yang
menempatkan 40 kedai baru, menjadikan jumlah keseluruhan kedai yang terdapat di
pusat membeli-belah dari 80 kepada 120! Banyak kan?
JPO
memang telah menjadi sebuah destinasi untuk membeli-belah yang mampu menarik
minat jutaan bukan sahaja tempatan, malah Singapura dan seluruh negara. Secara
tidak langsung, JPO akan terus menyumbang kepada pembangungan ekonomi di
kawasan di situ dengan adanya
kedai-kedai baru yang ditubuhkan serta pengalaman membeli-belah yang menarik di
mana ia dapat meningkat taraf pelancongan dan menjad sumber kebanggaan di
kalangan rakyat Johor.
Guess! |
Jenama kegemaran saya, Furla! |
ATM Maybank, untuk pengeluaran wang tunai |
Oh MK! |
Oroton |
Tempat menjamu selera |
Setelah
puas berjalan-jalan di sekitar sambil mengosongkan duit poket yang ada, saya
bercadang untuk bersiar-siar di sekitar Teluk Danga. Kemungkinan ada yang masih
tidak mengetahui dengan kewujudan tempat itu. Mana tidaknya, ini juga merupakan
julung kalinya saya ke sini dan kali pertama mendengar nama tempat ini. Teluk
Danga (atau lebih dikenali sebagai Danga
Bay) adalah merupakan sebuah pusat rekreasi yang terbesar di bandar Johor
Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini juga terletak berdekatan dengan Istana Bukit
Serene iaitu kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru.
Mempunyai
keluasan kira-kira 728 hektar, Teluk Danga ini
bakal menjadi sebuah pusat pertumbuhan
baru masa depan Johor Bahru. Apa yang menjadi tarikan ialah kawasan
persisiran pantai yang kerana terdapat taman permainan seperti taman tema
termasuklah zoo mini! Kawasan ini juga membabitkan tiga sungai iaitu Sungai
Danga, Skudai dan Melayu yang akan didirikan dalam pelbagai projek pembangunan
rumah dan komersial. Dengan pelaburan kira-kira RM 15 billion yang dikeluarkan
oleh Danga Bay Sdn Bhd, sebahagian daripada tanah yang menghadap ke Selat
Tebrau dan Singapura akan dibangunkan. Dikatakan, kemungkinan 10 tahun yang
akan datang, Teluk Danga akan dinaiktaraf berikutan terdapat beberapa projek
mega yang akan dijalankan dan bakal menyaksikan pertumbuhan pesat dalam sektor
hartanah, dan juga ekonomi. Kawasan itu yang termasuk dalam Iskandar Malaysia
bakal menyaksikan pertumbuhan pesat bukan sahaja dalam sektor ekonomi, tetapi
juga dalam hartanah.
Suasana pada waktu malam |
Petting zoo, sesuai untuk kanak-kanak dan seisi keluarga |
bersambung...
Hai anith, nice blog u have here. Would you be so kind to share a simple guide I made for our fellow muslims to find the prayer room. Thanks in advance
ReplyDeletehttp://saudagaralamlain.blogspot.com/2014/06/direktori-surau-johor-premium-outlets.html