ARTIKEL ASAL DI LAMAN SESAWANG RASMI MAJALAH LIBUR.
Tidak perlu pergi jauh untuk melihat air laut bewarna biru
kehijauan. Tidak perlu menempah hotel tepi pantai di luar negara pada
harga mahal. Malaysia memiliki banyak pulau-pulau indah yang
sebahagiannya masih belum diterokai. Jom kita lihat pilihan pulau-pulau
eksotik dalam edisi LIBUR kali ini.
PULAU MABUL
Boleh dikatakan, Pulau Mabul adalah satu lokasi wajib pergi walaupun sekali seumur hidup. Ia merupakan 'syurga' yang membawa anda menyelami kehidupan Bajau Laut sejurus sahaja bertolak dari Jeti Semporna. gah dek kecantikannya, Mabul bukan sahaja telah menjadi terkenal kerana kedudukannya yang berhampiran Sipadan, bahkan menajdi tumpuan para penyelam dari seluruh negara yang tidak melepaskan peluang untuk melihat batu karang terbaik dunia! Pulau Mabul juga menjadi persinggahan buat mereka yang ingin ke Pulau Sipadan tiada resort dibuka di sana. Hnaya 120 orang sahaja yang dibenarkan melawat Pulau Sipadan dalam masa sehari. Ia adalah sebagai satu usaha untuk menjaga dan memelihara kecantikan pulau tersebut.
Lokasi Inapan: Mabul Beach Resort, Scuba Jeff Sipadan, Sipadan Water Village, Seaventures Rig Resort, Mabul Water Bungalow Resort, Siapdan Mabul Resort dan Borneo Divers Mabul Resort.
PULAU SUSU DARA (PERHENTIAN KECIL)
Kebiasaannya, mereka yang menginap di Pulau Perhentian pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bersnorkeling di Pulau Susu Dara. Terletak berhampiran dengan pulau ikonik pelancongan negeri Terengganu, pulau ini terdiri daripada beberapa gugusan pulau kecil iaitu Pulau Susu Dara, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong. Perairan birunya cukup jernih hinggakan anda mampu melihat ke dasar lautan, kelibat ikan-ikan bermain serta keindahan batu karang yang berwarna-warni. Justeru, maka tidak hairanlah jika lokasi ini sering menjadi 'port' tumpuan snorkeling dan selam skuba.
MENARIK BULAN INI
Selain topik Pulau Eksotik yang terdapat di Malaysia, antara kandungan lain adalah Tarikan Pulau Pinang: 3 Produk Pelancongan Terbaru Mesti Pergi!, Xpdc Gunung Chamah & Ulu Sepat: Dari Pengkalan Trojan Ke Kampung Rekom, Catatan Perjalanan: Menyelami Kehidupan Masyarakat Langa, 10 Destinasi Bandar Warna-Warni Terbaik, Kembara Bumi Afrika & Merasai Aura Mendiang Nelson Mandela, Pengalaman Berkunjung Ke Homestay Banguris dan banyak lagi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah Libur keluaran bulan Februari 2014!

No comments:
Post a Comment