Countdown

23 July 2015

MENGAPA ORANG JEPUN SENTIASA LANGSING DAN SIHAT

Adakah anda tahu bahawa orang Jepun mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia? Ia bukan kebetulan bahawa dengan kesihatan yang baik, berat badan yang ideal ini juga sangat mudah dicapai. Jepun mempunyai kadar obesiti sebanyak 3% berbanding di Amerika Syarikat dengan jurang yang sangat besar iaitu 35%. Kajian telah membuktikan bahawa menjadi langsing bukan genetik, dan ia bergantung kepada pelbagai faktor lain. Menurut kaji selidik kesihatan yang berbeza seseorang boleh mendapat tubuh badan yang langsing mengikut DNA, tetapi terdapat cara lain yang rahsianya terletak pada tabiat pemakanan mereka, dan faktor-faktor lain bergantung pada kegiatan seharian mereka.
1
Jadi, apa yang orang Jepun lakukan untuk kekal sihat dan langsing?
1. Kuantiti makanan adalah lebih kecil
2
Rahsia pertama ialah kebiasaannya orang Jepun tidak terlebih makan, mereka percaya kepada kualiti bukan kuantiti. Mereka makan hanya sebahagian kecil daripada pelbagai jenis dalam satu set makanan. Sehinggakan makanan yang disediakan di sekolah di Jepun hanya terdiri daripada sedikit mangkuk nasi, sup miso, tauhu, dan sayur-sayuran. Berdasarkan Moriyama, dari zaman kanak-kanak lagi mereka diajar untuk makan perlahan-lahan dan menikmati setiap cubitan makanan. Selain itu, makanan yang dihidangkan di atas pinggan sekurang-kurangnya harus satu pertiga saiz pinggan mangkuk Amerika. Mengapa kita mendapati masalah obesiti di Amerika Syarikat, kerana mereka mengutamakan makan terlalu banyak kuantiti bukannya kualiti. Itulah sebabnya berat badan adalah satu perkara yang dititikberatkan oleh orang Amerika Syarikat.
2. Tekanan Dari Rakan Sebaya
3
Kedua, terdapat sejumlah besar tekanan dari rakan sebaya pada wanita di Jepun untuk kekal langsing. Jepun mempunyai struktur masyarakat yang berasaskan bagaimana seseorang itu sesuai dengan norma-norma masyarakat. Mereka perlu melakukan yang terbaik untuk membolehkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat, berbanding dengan masyarakat Barat. Oleh itu, terdapat sejumlah besar tekanan dari rakan sebaya yang perlu mereka ambil berat dan patuhi. Khususnya, tekanan pada wanita di Jepun berbanding lelaki untuk kekal kurus dan langsing.
3. Makan Masakan Di Rumah
4
Orang Jepun suka menikmati makanan yang dimasak di rumah setiap hari. Kebiasaannya mereka tidak makan makanan yang sudah siap diproses atau makanan segera. Mereka akan memasak makanan mereka sendiri. Mereka makan makanan yang ringkas seperti ikan, beras dan sayur-sayuran, sup dan buah-buahan. Jepun menggunakan hampir 10 peratus daripada ikan di dunia, walaupun mereka terdiri daripada kira-kira 2 peratus daripada penduduk dunia. Itu adalah 150 pound seorang setiap tahun, berbanding purata dunia sebanyak 35 pound. Tambahan pula dos harian ini mengandungi asid lemak omega-3 seterusnya menjelaskan mengapa mereka mempunyai jangka hayat yang panjang dan sihat. Kebanyakan orang biasanya kembali ke berat badan ideal mereka apabila mereka mula memasak makanan mereka sendiri dengan makanan tempatan yang segar tidak kira diet jenis apa sekalipun.
4. Melakukan Senaman Ringan Setiap Hari
5
Biasanya orang yang tinggal di Jepun, terutama kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, secara tidak langsung akan melakukan banyak senaman ringan kerana memiliki kereta dianggap mewah di Jepun. Selain itu, kereta tidak sesuai sama sekali digunakan kecuali untuk perjalanan jauh. Jadi untuk berulang-alik ke tempat kerja, sama ada mereka perlu berjalan kaki, berbasikal atau menaiki kereta api. Walaupun menaiki kereta api, mereka terpaksa berdiri kerana kekurangan ruang yang disediakan. Terdapat perkaitan antara jumlah masa yang anda gunakan untuk duduk setiap hari dengan jangka hayat kehidupan. Disebabkan orang Jepun berdiri dan berjalan lebih banyak, mereka hidup lebih lama daripada orang lain. Gaya hidup ini juga adalah salah satu sebab mengapa orang Jepun sentiasa kekal langsing dan sihat.
5. Mengamalkan Pemakanan Yang Sihat Dan Segar
6
Antara rahsia mereka kekal langsing dan cergas kerana mereka sentiasa mengamalkan pemakanan makanan yang sihat yang mengandungi kurang lemak dan lebih banyak protein. Diet mereka mengandungi ikan, soya, beras, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai banyak protein, mineral tetapi kandungan yang sangat rendah lemak. Mereka selalu makan bukan sahaja makanan yang sihat tetapi yang dimasak segar yang penuh dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan. Perkara sebaliknya berlaku di Amerika, yang makanan mereka sama sekali tidak sama dengan orang Jepun.
6. Tradisi Turun Temurun
7
Pada masa lalu semua masyarakat Jepun akan menurunkan tradisi mereka dari generasi ke generasi. Mereka tahu apa amalan yang terbaik untuk kekal sihat, langsing, mengeratkan hubungan sesama mereka dan melindungi diri mereka sendiri. Pada hari ini masyarakat kurang mempunyai pengetahuan. Mereka lebih cenderung untuk membeli makanan segera, memandu untuk berulang alik ke tempat kerja dan duduk di pejabat sepanjang hari. Berlainan dari Jepun mereka akan sentiasa memastikan generasi mereka mengikut amalan tradisi mereka untuk kekal sihat dan langsing.
Sememangnya tiada cara cepat untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan sihat seperti orang Jepun. Untuk mendapatkannya gaya hidup perlu diubah terlebih dahulu. Kurangkan makanan yang berlemak dan lebih banyak protein, melakukan senaman ringan setiap hari seperti berjalan, dan memasak di rumah daripada mengambil makanan segera antara faktor utama untuk kekal hidup sihat dan langsing.
KREDIT: http://www.melancongkejepun.com/blog/118-mengapa-orang-jepun-sentiasa-langsing-dan-sihat

No comments:

Post a Comment