Countdown

13 July 2011

UMLAND Company Outing @ Swiss Garden Resort, Kuantan





Pada 1 hingga 3 Julai yang lepas, bertempat di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan, Pahang telah diadakan UMLAND Company Outing bagi meraikan para pekerja mereka yang selama ini telah bekerja keras menjayakan setiap projek yang mereka perolehi. Seramai 220 orang telah mengikuti acara ini dari hari pertama sehingga hari yang terakhir. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memenuhi waktu yang ada sepanjang tiga hari mereka di sana.



Pada hari pertama mereka telah berkumpul jam 7.30 pagi di perkarangan pejabat mereka di Kuala Lumpur dan Bangi, bagi cawangan Johor Bahru pula telah berkumpul seawal jam 6 pagi untuk menaiki bas yang disediakan untuk bertolak ke Swiss Garden. 
Setibanya di Swiss Garden pada jam 12 tengah hari, mereka disambut mesra oleh para pekerja Swiss Garden. Jam 12.30 tengah hari mereka telah dijamu dengan pelbagai jenis hidangan makan, setelah selesi makan tengah hari, para peserta dibenarkan untuk daftar masuk ke bilik masing-masing untuk berehat seketika sebelum diadakan pertandingan Bola Tampar Pantai dan Bola Sepak Pantai bagi mereka yang mengambil bahagian.


Kaunter untuk Check-in


Aktiviti "Volley Ball"

Setelah selesai acara pertandingan tersebut, para peserta dibenarkan balik ke bilik masing-masing bagi mempersiapkan diri bagi acara sebelah malam pula, iaitu makan malam (BBQ) di Beach area yang bertemakan “Hawaiian Night”. Pada makan malam tersebut juga diadakan Pertandingan Karaoke bagi mereka menunjukan kebolehan masing-masing dalam menyampaikan pelbagai jenis musik, malam tersebut juga turut diadakan pertandingan pakaian terbaik, mereka cukup sporting kerana snaggup berhias dan berpakaian ala-ala Hawaiian girl dan Hawaiian boy.
Bergambar sebelum makan malam


Salah seorang peserta yang menyanyi pada malam tersebut


Pemenang Best Dress Hawaiian Night


Pemenang Karaoke 
Hari berikutnya (hari kedua), pada jam 8.30, para peserta telah berkumpul di lobi resort untuk bertolak ke Teluk Cempedak bagi melakukan aktiviti “Amazing Race UMLAND”. Mereka diberikan 1 jam 30 minit untuk menyempurnakan semua tugas yang diberikan.

Mencari mock-up telur yang ditanam dalam pasir


Membeli barang yang diperlukan







Malam kedua ini merupakan acara besar-besaran bagi semua peserta UMLAND, iaitu Makan Malam Gala 2011 di Hibiscus Ballroom, di Swiss Garden, yang bertemakan “Red & Black, Rock & Glam”. Kesemua peserta berpakaian sebaik mungkin untuk menepati tema pada malam tersebut. Perlbagai persembahan yang menarik diadakan termasuklah dari artis jemputan, Faizal Ismail (FBI) dan AG dari Hot Fm bagi memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut.







Artis jemputan : FBI & AG



Bergambar bersama peminat sebelum acara dimulakan


Peserta yang megambil bahagian untuk persembahan pada malam tersebut

Best Dress Male

Best Dress Female






Pada hari ketiga (hari terakhir), 
para peserta berkesempatan untuk melawat dan membeli 
cenderamata dari Kuantan di Natural Batik Village
sebelum mereka bertolak balik ke tempat masing-masing pada jam 1.30 petang.



Membeli keropok lekor sebelum pulang

Gambar kenangan dihadapan resort sebelum pulang 


Kami dari warga POTO Travel & Tours 
mengucapkan terima kasih kepada UMLAND 
kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengurus segala
 persediaan dan persiapan bagi acara tahunan mereka ini.
 Diharap kita akan bekerjasama lagi di masa yang akan datang.



1 comment:

  1. đồng tâm
    game mu
    cho thuê nhà trọ
    cho thuê phòng trọ
    nhac san cuc manh
    số điện thoại tư vấn pháp luật miễn phí
    văn phòng luật
    tổng đài tư vấn pháp luật
    dịch vụ thành lập công ty trọn gói

    Tại phương diện học thức này thì Sở Dương còn xa mới bì nổi với Thiết Bổ Thiên nên hắn chỉ có thể rửa tai mà lắng nghe… thời gian dần trôi qua thì hắn cũng dần dần say sưa nghe tới mê mẩn, đối với mùi thơm trong xe cũng đã không hề để ý nữa rồi.

    Xe ngựa dừng lại.

    Hai người xuống xe ngựa, tiến vào một biệt thự lớn.

    "Chỗ này chính là tổng bộ của Bổ Thiên Các." Thiết Bổ Thiên vừa đi vừa quay qua thấp giọng nói. Sở Dương ồ một tiếng, trong lòng có chút kinh ngạc.

    Dù là ai đi nữa thì khi vừa nghe đến ba chữ "Bổ Thiên Các" cũng đều cho rằng đó hẳn phải là một ngôi lầu các, không ngờ rằng thật ra nó lại chỉ là một tòa nhà một tầng bình thường mà thôi.

    Thì ra địa phương treo tấm biển Bổ Thiên Các ở bên hồ nhỏ mà Thiết Bổ Thiên lần đầu tiên bàn chuyện cùng mình chẳng qua chỉ để che dấu tai mắt người đời thôi? Bất quá, Sở Dương vẫn cảm thấy cái chỗ đó mới càng phù hợp với ba chữ "Bổ Thiên Các" kia hơn.
    Mà chỗ này lại có chút quá mức tầm thường rồi.

    ReplyDelete