Countdown

29 May 2015

Persediaan Sebelum Melancong

Barangkali ramai sudah mengetahui apakah persediaan awal jika ingin bercuti ke luar negara. Namun, masih lagi tidak  tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan agar sesuatu perjalanan itu berjalan dengan lancar. Jom kita semak di bawah!

1. Passport
Paling penting kalau hendak ke mana-mana pun. Passport anda hendaklah dalam keadaan sah tempoh 6 bulan dari tarikh anda pulang semula ke Malaysia. Jika sudah tamat tempoh, segeralah ke imegresen untuk memperbaharui passport anda.

2. Menabung
Mempunyai banyak wang yang mencukupi amat penting di sampaing budget untuk travel plan masing-masing. Kalau bercuti bersama keluarga tentulah budgetnya lebih berbanding cuti jenis backpackers. Ini terpulang pada 'Percutian Ideal' masing-masing. Asingkan duit unutuk bercuti ke dalam tabung khas. 

3. Survey / Cari maklumat
Ini juga salah satu kaedah mengurangkan kos perbelanjaan bercuti. Cuba survey ;
*Destinasi
*Harga tiket pengangkutan
*Tiket theme park/event yang dituju
Pada hari minggu, kebanyakan pusat pelancongan akan sesak (peak hour) dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan lebih mahal berbanding hari biasa. 

Kebiasaannya di Europe, ada tempat-tempat yang ditutup ketika musim salji / winter. 

4. Pakej Promosi
Untuk promosi pelancongan, cuba lihat promosi oleh Negara yang kebetulan mengadakan tahun melawat Negara/Tempat tersebut. Contohnya Tahun Melawat Malaysia 2014 banyak diadakan acara menarik yang disampingnya terdapat promosi pakej pelancongan yang menarik.

5. Agensi Pelancongan
Ada juga pelancong yang suka membuat travel plan sendiri namun bagi memudahkan/menyenangkan rancangan percutian, ada yang memilih untuk menggunakan agensi pelancongan lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali ke destinasi. Ini bagi mengelakkan diri daripada ditipu atau membuang masa  untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi percutian berkumpulan, ini menjimatkan kos perjalanan apabila berkongsi kos contohnya bas/van. 

6. Tarikh Sesuai
Memastikan tarikh yang dipilih sesuai dan tidak bertindan dengan aktiviti-aktiviti lain. Sebaiknya tarikh tersebut tiga bulan awal selain menyiapkan tugasan yang patut sebelum bercuti.

7. Tempahan Awal
Tempahan awal tiket perjalanan bagi mengelakkan tiket kehabisan. Biasanya harga tempahan saat-saat akhir adalah mahal berikutan permintaan yang tinggi. Namun jika nasib baik, anda juga mungkin dapat harga yang lebih murah dari harga biasa. Bagi tempahan hotel contohnya pada saat akhir, terdapat website yang menawarkan harga murah. Bagi mereka, lebih baik ada yang menginap daripada tiada langsung. Tapi ini adalah risiko yang mungkin berbaloi.

8. Wang Tunai
Wang tunai penting terutama berbelanja di luar Negara. Bagi yang menggunakan kredit kad, perlu teliti caj yang dikenakan. Pastikan kad debit/kredit anda diaktifkan untuk penggunaan luar Negara.

9. Checklist
Menyediakan checklist untuk barang-barang yang perlu dibawa untuk mengelakkan barang tertinggal terutamanya Dokumen Penting!

10. Dokumen
Dokumen penting perlulah disediakan lebih awal -passport, cek kembara, kad pengenalan, surat doctor (untuk yang mengandung dan yang tidak sihat), tiket kapal terbang.

11. Peta
Ini adalah option, cuma ia sangat membantu. peta destinasi memudahkan anda merancang jenis pengangkutan ke tempat-tempat menarik. 

12. Pengangkutan
Bagi yang memilih menggunakan travel agent, masalah pengangkutan mungkin kurang mengganggu percutian. Namun, bagi yang merancang percutian sendiri, mestilah menyelidikan pilihan pengangkutan yang murah dan menyenangkan. Contohnya semasa saya merancang perjalanan dari airport di Paris ke hotel, menggunakan bas adalah lebih lama berbanding keretapi dan lebih mahal. 

13. Rancang
Bagi menjimatkan perbelanjaan, tenaga dan masa, itinerary perlulah disediakan. Ini mengelakkan daripada sesat dan memanfaatkan masa yang terhad. Di anjurkan untuk mengunjungi tempat menarik yang berhampiran dahulu. Daripada perancangan, perkara tersebut boleh diatur ;
1. Jenis pengangkutan lokasi pilihan
2. Bayaran tambang
3. Tempat makan bila berhenti rehat
4. Fasiliti terdekat untuk uruskan anak-anak 

14. Kongsi Barang
Berkongsi barang boleh dijadikan option bagi yang travel berkumpulan. 

15. Kurangkan Pakaian
Pakaian yang dibawa jangan terlalu banyak. Bagi backpackers, kurang berat beg memudahkan perjananan. Pakaian yang dibawa hendaklah sesuai dengan destinasi yang dituju.  Membawa beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor untuk diasingkan dari yang bersih selain mengasingkan pakaian basah dari yang kering. 

16. Beg Pakaian
Beg pakaian mestilah yang sesuai dibawa dan sesuai dengan perancangan. Maksud saya, jika merancang untuk tidak membayar caj bagasi / 'luggage fee', berat beg dan isi kandungan hendaklah kurang dari had yang ditetapkan. 

Untuk keselamatan, beg digantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon. Beg juga hendaklah dikunci dengan mangga atau 'padlock' untuk mengelakkan dibuka orang yang tidak bertanggung jawab.

Saya biasanya mengikat riben atau tali yang unik yang sama untuk setiap beg bagi memudahkan kita mengenalpasti beg dan mengelakkan kekeliruan semasa mengambil beg setiba di airport. 

17. Makanan
Pastikan tempat makanan yang dipilih bersih dan halal (bagi yang muslim). Melancong ke luar negara mungkin sukar mendapatkan makanan halal. Jadi, boleh bawa makanan segera seperti mee maggi, makanan dalam tin, biskut, air minuman dan lain-lain. Hendaklah di ingat terdapat makanan yang tidak dibenarkan dibawa melalui airport. 

18. Cenderahati / Shopping



Dapatkan maklumat dimana kawasan yang murah menjual cenderahati. Membeli cenderahati berlebihan antara sebab beg berat, jadi pilih-pilih lah cenderahati yang sesuai. Biasanya orang akan membeli 'fridge magnet', keychain, dan produk unik yang melambangkan tempat tersebut.

19. Kamus
Membawa buku kamus sudah tidak praktikal sekarang dengan adanya teknologi. Install Smartphone anda dengan aplikasi kamus atau aplikasi bahasa negara ditujui memudahkan.

20. Dana Kecemasan
Terdapat saranan untuk memperuntukkan 20 peratus dari anggaran perbelanjaan untuk dana kecemasan. Boleh digunakan jika berlakunya insiden yang tidak dijangka seperti sakit, kerosakan kenderaan, dan menampung perbelanjaan yang tidak terfikir dalam perancangan. 

21. Keselamatan
Perkara utama yang perlu diambil perhatian ketika merancang percutian ialah keselamatan. Pencuri / penyeluk saku sentiasa ada dimana-mana di destinasi dunia ini. Malah ada yang digelar profesional. Jangan mudah ditipu ketika berada di luar negara. Pelbagai jenis 'scam' terdapat di luar sana. Lokasi penginapan juga perlu diambil kira. 


Semoga percutian anda sesuatu yang bakal dikenang sepanjang hayat..

Artikel asal: KLIK

No comments:

Post a Comment