Hayati keindahan Balkan selama 14 hari bermula dari Greece ke Macedonia, Albania,
Montenegro, Bosnia dan berakhir di Croatia. Aturcara perjalanan ini
merangkumi hampir separuh semenanjung Balkan! Saksikan keunikan senibina serta
peninggalan sejarah di sana. Selain itu, anda disajikan dengan pantai yang
menawan, tasik yang membiru serta gunung yang menghijau. Amat mengasyikkan! Nikmati
pemandangan yang indah di Dubrovnik, iaitu sebuah tapak warisan UNESCO. Anda
akan dibawa untuk makan tengahari di lokasi menarik tepi sungai dan air terjun
di Buna River Spring, Blagaj. Melihat dan menghayati kesan tinggalan perang di
Bosnia serta melawat ke beberapa Masjid bersejarah seperti di Mosque of Ehthem Bey, Karadjoz Bey Mosque
dan juga Gazi Husref Bey Mosque.
Pakej paling popular dan terlaris, tidak lain tidak bukan, pakej Turki! Lawatan ini merangkumi Istanbul,
Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia, Ankara, Bolu.
Pakej ini menawarkan hotel bertaraf 4 bintang serta lokasi yang
terpilih. Berpeluang untuk menginap
selama 2 malam di Taksim Gonen Hotel, Istanbul yang berada di lokasi tumpuan
beli-belah. Kemudahan perkhidmatan angkat beg di hotel secara percuma serta
dibekalkan air mineral setiap hari. Kami memililh pemandu pelancong yang berprofessional serta ketua kumpulan
yang terlatih dan pemandu bas yang berpengalaman. Bas lawatan yang digunakan
pula adalah tidak melebihi usia 2 tahun yang dilengkapi kemudahan wifi.
Terdapat pilihan lawatan tambahan yang sememangnya dinanti-nantikan, iaitu menaiki
belon udara panas sambil menyaksikan keindahan Cappadocia!
Untuk maklumat
lanjut mengenai pakej Bonanza percutian musim luruh, sila layari laman sesawang
rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau hubungi Khidmat
Pelanggan di 03 – 9200 6640. Tempahan pakej percutian atau sebarang pertanyaan
juga boleh dilakukan melalui cawangan-cawangan POTO Travel & Tours yang
terdekat! Jom ikut kami melancong!
No comments:
Post a Comment