Nikmati syurga alam
semulajadi di Switzerland. Destinasi lawatan
menarik seperti Zurich,
Interlaken, Lugano, Zermatt, Gstaad, Montreux, Lausanne, Geneva. Pakej ini adalah
pakej baru yang ditawarkan setelah lawatan tinjau dilakukan sendiri oleh POTO
Travel. Aturcara telah disusun rapi serta bersesuaian dengan kehendak
pelanggan. Sesuai dengan jolokan ‘Get
Natural’ yang amat terkenal dengan keindahan elemen alam semulajadinya,
iaitu gunung-ganang, tasik serta pohonan alpine di tanah tinggi. Lawatan ke
masjid tempatan pula pastinya memberikan elemen Islamik dalam perjalanan ini.
Temui komuniti Islam di Zurich, Lausanne dan juga Geneva. Sukakan “shopping”? Rasai keseronokan
membeli-belah secara eksklusif di perkampungan mewah Gstaad, Bahnhofstrasse dan
Fox Town Factory Outlet. Jangan lepaskan peluang menaiki kereta api ekspress
paling perlahan di dunia dari Andermatt ke Zermatt untuk menikmati keindahan
semula jadi Pergunungan Alps serta mengembara ke puncak ‘Top of Europe’ di
Jungfraujoch di mana terletaknya stesen kereta api yang tertinggi di dunia!
Kenali bumi Turkmenistan
selama 6 hari 5 malam serta kunjungi tempat menarik seperti Ashgabat, Nissa
Fortress, Gokdepe dan Mary. Pakej baru ini akan membawa anda mengenali negara
bekas jajahan Soviet yang sedang pesat membangun. Ashgabat, ibu negara
Turkmenistan ini telah dinobatkan sebagai ‘Kota Batu Marmar Putih Dunia’ oleh Guiness
World of Records’. Selami kecantikan seni bina Istana Ruhyyet, Wedding Palace, Modern “Yyldz Hotel dan Arch of Neutrality yang dibina
menggunakan batu marmar sebagai bahan asas. Terokai sejarah tapak peninggalan Nisa Fortress yang telah diiktiraf
sebagai Tapak Warisan UNESCO. Bukan itu sahaja, anda dibawa ke kota purba Merv
yang merupakan bandar terbesar di dunia pada abad ke-12 serta menziarahi Masjid
yang pertama di bina di Asia Tengah iaitu Beni
Makhan Mosque. Berpeluang menunaikan ibadah di masjid terbesar Asia Tengah, Ruhy Mosque of Saparmyrat
Hajy serta menunggang kuda kelahiran Turkmenistan yang terdiri
daripada lebih 253 jenis kuda!
Jelajahi Benua Eropah
Barat: Frankfurt, Lucerne,Paris dan Amsterdam
yang juga merupakan antara pakej baru yang ditawarkan. Masa yang cukup untuk berseronok dan menikmati suasana di setiap tempat
lawatan. Lawatan ini dikendalikan oleh pemandu yg berpengalaman serta dibantu Tour coordinator muslim yang beroperasi
24 jam dan akan membantu mengemaskini penyusunan pemandu pelancong dan
lain-lain dari masa ke semasa. Nikmati keunikan senibina lama di Amsterdam
dengan menaiki Canal Cruise & juga pemandangan kota Paris dari pelbagai
sudut yang berbeza dengan menaiki Seine Cruise! Lihatlah sendiri keunikan
budaya dan pemandangan indah kawasan pedalaman German di Titisee dengan melalui
Black Forest. Aturcara lawatan tambahan adalah menaiki kereta kabel
di Gunung Titlis, Switzerland.
Untuk maklumat
lanjut mengenai pakej Bonanza percutian musim luruh, sila layari laman sesawang
rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau hubungi Khidmat
Pelanggan di 03 – 9200 6640. Tempahan pakej percutian atau sebarang pertanyaan
juga boleh dilakukan melalui cawangan-cawangan POTO Travel & Tours yang
terdekat! Jom ikut kami melancong!
No comments:
Post a Comment