Bershopping
sakan di kota Hong Kong
Sekiranya
bertandang ke Hong Kong, tidak sah kunjungan anda jika tidak ke Ladies Market.
Di sinilah salah satu tempat terbaik untuk membeli-belah di kota metropolitan
ini.
Saya
berkesempatan untuk berjalan-jalan di pasar malam ini pada hari pertama saya
berada di sana. Wow, saya suka akan limpahan cahaya lampu-lampu neon yang
terdapat di sekitar kawasan pasar ini. Begitu happening!
Ladies Market |
Ladies
Market ini kelihatan sama seperti Petaling Street di Kuala Lumpur. Terdapat
beratus-ratus gerai menjual pelbagai jenis cenderahati seperti pakaian, jam
tangan, beg tangan, key chain, lukisan, fabrik
dan macam-macam lagi.
Para
pelancong digalakkan untuk berhati-hati ketika membeli-belah di Ladies Market.
Oleh kerana tempat ini sering dikerumuni oleh ratusan orang pada setiap masa,
risiko berlakunya kecurian adalah agak tinggi. Jadi, jangan terlalu leka
membeli-belah sehingga terlupa pula tentang keselamatan diri dan barangan
peribadi anda.
Hasil lukisan tangan yang dijual di Ladies Market |
Tambah
lagi, anda perlu tahu untuk tawar-menawar sekiranya ingin membeli sesuatu di
Ladies Market ini. Para peniaga di sini sering kali meletakkan harga yang
terlalu tinggi, jadi anda jangan begitu lekas membayar. Pastikan anda meminta
diskaun agar harga yang dibayar adalah berpatutan.
Satu
pantang besar yang tidak boleh anda lakukan di sini adalah tidak membeli barang
selepas anda melakukan proses tawar-menawar. Sekiranya anda telah memulakan
proses tawar-menawar, anda perlu membeli barangan tersebut. Para peniaga di
sini akan “naik angin” sekiranya anda membuang masa mereka sedemikian. Ada
kalanya para pelancong ditengking teruk oleh peniaga kerana tidak membeli
sesuatu barangan selepas peniaga bersetuju memberikan harga yang terbaik.
Begitulah
cara berniaga di sini, jadi kita sebagai pengunjung luar perlu akur dengan
rentak mereka. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing kita kenalah mengembek!
Ladies Market menjadi tumpuan para pelancong asing |
Macam-macam ada dijual di Ladies Market |
Melihat panorama Hong Kong dari atas bukit
Tempat
yang paling strategik untuk menikmati panorama indah kota Hong Kong adalah di
Victoria Peak.
Dengan
ketinggian 552 meter, tempat ini merupakan kemuncak tertinggi di pulau Hong
Kong. Untuk ke sini, para pelancong boleh menaiki teksi, bas ataupun dengan
keretapi tram.
Victoria Peak |
Look-out Point ataupun pusat cerap di
Victoria Peak ini sentiasa sesak dengan kunjungan orang ramai. Namun begitu,
penat lelah anda pasti berbaloi apabila anda melihat permandangan kota Hong
Kong daripada tempat ini. Saujana mata memandang.
Tempat
ini juga amat sesuai untuk anda bergambar sakan dengan ahli keluarga ataupun
teman-teman. Tiada tempat lain yang seperti ini di Hong Kong.
Para pelancong sedang sibuk bergambar di Victoria Peak |
Selain
menikmati panorama yang indah, anda juga boleh membeli-belah di Victoria Peak.
Terdapat sebuah pusat membeli-belah di sini yang dilengkapi dengan banyak
kedai-kedai menarik termasuklah Hard Rock Café.
Di
dalam pusat membeli-belah ini terdapat juga sebuah tarikan yang baru iaitu
Madame Tussauds Hong Kong. Anda boleh bergambar dengan patung-patung lilin personaliti
ternama dunia seperti Lady Gaga, Brad Pitt, Angelina Jolie, Micheal Jackson, Shah
Rukh Khan, Jackie Chan, Bruce Lee dan sebagainya.
Dengan
bayaran masuk kira-kira HKD200 seorang, anda pasti dapat bergembira menemui
selebriti kegemaran anda!
Untuk
menghilangkan rasa lapar dan dahaga, terdapat juga café-café seperti Starbucks dan
Pacific Coffee di kawasan Victoria Peak ini. Sambil anda duduk-duduk, anda
boleh menikmati keindahan permandangan Hong Kong dari altitud yang tinggi.
Pemandangan kota Hong Kong yang begitu indah dari puncak Victoria Peak |
Kenangan yang terindah
Hong
Kong sememangnya destinasi yang perfect
untuk keriangan seisi keluarga yang maksima. Macam-macam tarikan terhebat ada
di kota ini. Sesuai untuk semua peringkat usia dan citarasa.
Bagi
saya, kenangan terindah adalah ketika berada di Hong Kong Disneyland.
Seolah-olah seperti sehari tersesat di alam fantasi yang begitu menyeronokkan.
Taman tema ini sememangnya terbina bukan untuk kanak-kanak sahaja, bahkan untuk
orang dewasa juga.
Kota Hong Kong pada awal pagi... |
Walaupun
3 hari di Hong Kong terasa begitu singkat sekali, tetapi saya berasa amat puas.
Banyak pengalaman yang sempat saya kutip dan beribu-ribu gambar berjaya saya
rakamkan sebagai tanda kenang-kenangan.
Sememangnya
saya perlukan masa yang lebih untuk meronda-ronda ke seluruh bandar Hong Kong.
Terlalu banyak lagi tempat yang ingin saya lawati di sini namun masa tidak
mengizinkan saya untuk berbuat demikian. In Sha Allah mungkin di masa yang akan
datang.
Baca catatan perjalanan saya ke Shenzhen pada artikel yang akan datang.
Baca catatan perjalanan saya ke Shenzhen pada artikel yang akan datang.
Victoria Peak memang tempat menarik, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Prasarana yang disediakan di puncak ini dan dari puncak ini juga kita dapat melihat Kota Raya Hong Kong yang tersegam indah dengan bangunan-bangunan pencakar langit bagaikan pucuk buluh madu yang tumbuh amat menarik sekali.
ReplyDelete