Countdown

25 November 2013

Bagaimana Untuk Melancong Lama Dengan Hanya 1 beg?

Melancong menjadikan kita belajar akan sesuatu tempat yang kita lawati samada dari segi sosiobudayanya, adat-adat dan persekitarannya di sesuatu tempat. Pelancong seharusnya menggunakan kesempatan untuk mencari sesuatu yang baik sebagai tujuan supaya dapat dilakukan atau ditiru di tempat sendiri. 

Bagi yang suka melancong atau mengembara, beg sememangnya penting untuk kita bawa pergi bercuti. Mungkin cukup atau memadai dengan hanya satu beg bagi mereka yang bercuti dalam sehari atau dua hari. Tapi bagaimana yang ingin melancong lebih dari seminggu? Pastinya kita memerlukan bagasi yang lebih banyak bukan? Di sini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak tips melancong lama dengan hanya satu beg sahaja.

1.  Susun Rapi Pakaian 

Ramai yang tidak tahu untuk menyusunkan pakaian mereka di dalam beg. Jadi, mereka mempunyai kesukaran untuk memuatkan kesemua baju yang diperlukan. Ini belum ditambah lagi dengan barangan keperluan yang lain. Tips yang pertama ialah dengan melipat dan susun pakaian dengan rapi untuk menjimatkan ruang di dalam beg. Ingat, Semua barang boleh dimuatkan sekiranya ianya disusun dengan cara yang betul dan teratur.


Menggulungkan pakaian juga salah satu cara untuk menjimatkan ruang di dalam beg   

2. Pakaian Yang Mudah Kering

Membawa pakaian yang mudah kering adalah langkah yang bijak jika anda inginkan pelancongan yang lama. Ini kerana anda boleh memakainya berulang kali ketika bercuti. Ada yang sesetengah individu yang mempunyai tabiat untuk membawa pakaian lebih daripada yang diperlukan lagi-lagi wanita. Wanita juga mempunyai kesukaran untuk membawa hanya satu beg kerana banyak lagi barang keperluan lain yang harus dibawa seperti  barangan wanita, tudung, telekung dan lain-lain.  Jadi, pilih pakaian yang betul-betul kamu selesa supaya kamu boleh memakainya lagi bila di sana.

3. Pemilihan Beg Yang Sesuai

Pemilihan beg yang sesuai sangat penting lagi-lagi ke tempat destinasi yang anda ingin dituju. Contohnya jika anda pergi ke camping, mendaki bukit atau cuti yang santai, beg galas atau backpacks adalah beg yang paling sesuai untuk digunakan kerana anda tidak perlu untuk memegangnya sepanjang masa. Anda juga perlu menyusun dengan rapi segala keperluan anda di dalam beg agar ianya muat.

Backpack yang sesuai  untuk camping, mendaki bukit dan apa-apa aktiviti lasak


Anda juga boleh mengasingkan pakaian yang sudah dipakai jika anda memilih beg yang mempunyai komponen yang banyak supaya ia tidak bercampur dengan pakaian yang lain. Hal ini boleh menghindarkan pakaian anda menjadi berbau dan tidak selesa. Di samping itu, anda tidak akan berasa cemas jika tergesa-gesa mencari sesuatu barang kerana anda sudahpun tahu di mana kedudukannya. Beg ini sangat disyorkan kepada mereka yang mempunya banyak barangan-barangan yang kecil agar ianya tidak tercicir di mana-mana.
Beg jenis roda juga mudah dibawa untuk mengurangkan rasa penat dan sesuai untuk mereka yang melancong sambil bekerja

Contoh beg komponen yang sesuai untuk wanita
 




4. Beg Khas Untuk Dokumen Penting

Untuk keselamatan diri anda, adalah lebih baik jika anda mengasingkan dokumen penting seperti passport, beg dompet, telefon bimbit dan lain-lain ke dalam beg yang lain seperti beg silang yang kecil. Ia juga memudahkan anda untuk ke mana-mana sahaja tanpa perlu berasa risau.Buatlah beberapa salinan untuk dokumen yang penting sebagai back up. Jika hilang, anda boleh menggunakannya ketika membuat laporan polis.


Beg silang untuk meletakkan dokumen yang penting

Harap tips di atas dapat membantu anda. Jadikanlah melancong anda itu sebagai satu ibadah. Selamat bercuti!
 

2 comments: