Pada
pertengahan bulan November yang lalu, saya amat bertuah kerana berpeluang untuk
terbang ke kota Hong Kong bersempena dengan lawatan istimewa POTO Travel &
Tours bersama-sama dengan Utusan Malaysia.
Lawatan
ke Hong Kong ini amat saya tunggu-tunggu kerana saya pasti kota metropolitan
ini bakal menjanjikan seribu satu cerita menarik untuk saya berkongsi dengan
para pembaca.
Hong
Kong merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling sesuai untuk seisi
keluarga. Banyak tarikan pelancongan hebat ada di sini. Tidak kira usia,
jantina mahupun minat, Hong Kong ada sesuatu untuk semua.
Bagi
para pelancong dari Malaysia, Hong Kong sering menjadi pilihan kerana jaraknya
yang tidak begitu jauh daripada tanahair. Kebanyakan penerbangan hanya
mengambil masa kira-kira empat jam sahaja. Tambahan pula, kadar tukaran
matawangnya yang tidak terlalu tinggi membuatkan ia begitu cocok sebagai
destinasi ‘makan angin’ mampu-pergi untuk semua.
Walaupun
ini merupakan kali kedua saya melancong ke Hong Kong, namun rasanya seperti
kali yang sulung. Saya berasa sangat teruja. Mungkin kerana kali ini, saya tahu
saya bakal menjejakkan kaki ke taman tema ulung di sini, Hong Kong Disneyland!
Istana Cinderella di HK Disneyland |
Tarikan baru di Disneyland
Sejak
pintunya dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 2005, Hong Kong
Disneyland tidak putus-putus menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke
tempat “paling gembira di dunia” ini.
Walaupun
saiznya agak kecil jika dibandingkan dengan Disneyland yang asal di California
U.S.A., namun ianya tidak bermakna “cawangan” di Hong Kong ini kurang daya
penariknya.
Pemandangan menarik di HK Disneyland |
Saya
meluangkan satu hari suntuk bagi meneroka keseluruhan alam fantasi ciptaan
manusia ini. Hong Kong Disneyland terdiri daripada empat kawasan bertema
klasik, iaitu Main Street U.S.A., Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland.
Menjelang
tahun 2014, Hong Kong Disneyland bakal merangkumi sejumlah tujuh kawasan
bertema utama selepas penambahan Grizzly Trail, Mystic Point dan Toy Story Land
baru-baru ini.
Setelah
8 tahun dibuka, kini Hong Kong Disneyland muncul dengan penambahan satu lagi
daya tarikan yang terbaru iaitu taman tema Mystic Point. Ini merupakan tarikan
kegemaran saya di sini.
Mystic Manor di HK Disneyland |
Mystic
Point berkonsepkan sebuah kawasan estet pada tahun 1896 dengan sebuah rumah
agam besar kepunyaan Lord Henry Mystic. Lelaki kaya ini gemar mengembara ke
serata dunia dan membawa pulang barang-barang antik yang pelik dan menakutkan.
Anda
berpeluang untuk masuk ke dalam rumah agam beliau yang juga dikenali sebagai
Mystic Manor. Dengan menaiki kereta
kabel kecil, anda akan dibawa ke seluruh kawasan rumah tersebut untuk
menyelongkar segala misteri di sebalik barangan antik yang terdapat di
dalamnya. Jangan melatah pula nanti jika terserempak dengan patung-patung yang
bergerak!
Di
sekitar kawasan Mystic Manor tidak kurang menariknya juga. Diberi nama Garden
of Wonders dan Mystic Point Freight Depot. Kedua-dua tempat ini menyediakan
pelbagai skulptur dengan ilusi 3D, tempat yang syiok untuk berseronok sambil
bergambar sakan!
Pelawat bergambar dengan karakter-karakter di HK Disneyland |
Persembahan musikal "Festival of Lion King" |
Bertemu dengan karakter klasik Disney
Perarakan
tengahari di Hong Kong Disneyland merupakan acara utama di sini yang tidak
boleh para pengunjung tinggalkan. Perarakan penuh warna-warni ini dipanggil Flights of Fantasy.
Sejam
sebelum perarakan bermula, bibir-bibir jalan yang menjadi laluan rasmi acara
ini sudah pun mula dipenuhi dengan para pelancong yang mahu memastikan viewing spot yang cantik.
Perarakan
ini amat istimewa kerana inilah masanya anda berpeluang untuk bertemu dengan
karakter-karakter klasik Disney kegemaran anda seperti Mickey dan Minney Mouse,
Donald Duck, Goofy, Cinderella, Winnie the Pooh dan sebagainya.
Hai, Mickey Mouse! |
Belon istimewa yang dijual di HK Disneyland |
Selain
melihat maskot-maskot yang comel riang berdansa, perarakan ini juga diserikan lagi
dengan pertunjukan akrobatik, persembahan tarian dan pancaragam yang begitu
hebat.
Pastikan
anda membawa kamera anda kerana acara perarakan ini adalah masa yang paling
sesuai untuk anda mengambil gambar-gambar yang menarik sebagai kenangan
terindah.
Perarakan
yang mengambil masa 30 minit ini berlangsung setiap hari di kawasan Main Street
U.S.A.
Snow White yang rupawan! |
Penari di perarakan Flights of Fantasy |
Persembahan akrobatik semasa perarakan Flights of Fantasy |
Seorang penari di perarakan Flights of Fantasy |
Restoran berstatus Halal kini dibuka di
Hong Kong Disneyland
Setelah
letih seharian berjalan-jalan di sekitar taman tema ini, perut pun menjadi
lapar. Alhamdulillah, kepada pengunjung beragama Islam, hal mendapatkan makanan
halal tidak perlu menjadi kerisauan.
Terletak
di kawasan Adventureland, Tahitian Terrace merupakan restoran di dalam kawasan
Disneyland ini yang telah mendapat status halal oleh Jabatan Agama Islam Hong
Kong.
Tahitian Terrace |
Restoran yang berkonsepkan taman dalam rimba |
Restoran
yang berkonsepkan taman dalam rimba ini menjual pelbagai makanan selera Asia
seperti laksa kari, nasi beriyani, nasi ayam, nasi lemak dan sebagainya.
Hong
Kong Disneyland juga dipenuhi dengan gerai-gerai kecil yang menjual minuman
sejuk, bertih jagung perisa karamel, gula-gula kapas dan snek yang lain.
Nasi beriyani yang halal. Yummy! |
[Bersambung]
No comments:
Post a Comment