Alhamdulillah,
dengan planning beserta kajian yang
saya buat dalam masa tiga bulan untuk pemilihan ke destinasi luar negara,
akhirnya saya telah memutuskan percutian untuk kali ini ke South Island, New
Zealand! Berpenat lelah dengan pelbagai research
yang dilakukan untuk mengetahui destinasi mana yang menarik di bumi Kiwi ini,
agar perjalanan ke sana nanti akan menjadi lebih bermakna. Iyalah, walaupun
saya pergi bersama agensi pelancongan, namun perlu juga kita sebagai pelanggan
untuk mengambil inisiatif sendiri untuk mengetahui tempat-tempat yang menarik
untuk dilawati.
Perjalanan
bermula sekitar beberapa bulan yang lalu, meninggalkan negara tercinta
sementara waktu untuk menjelajah ke bumi New Zealand. Menurut pembacaan saya, New Zealand adalah
sebuah negara kedua terbesar di dunia. Terbahagi kepada dua, iaitu Pulau Utara
dan Pulau Selatan. Dikatakan masyarakat Maori menamakan New Zealand sebagai
Aotearoa yang membawa maksud ‘Tanah berawan putih yang panjang’. Kepulauan Niue dan Cook, yang berkerajaan sendiri tetapi merupakan negara bersekutu
ini juga disenaraikan dibawah kerajaan New Zealand.
Perjalanan dari Christchurch
hingga ke Queenstown membuahkan kenangan yang sangat manis. Christchurch merupakan sebuah bandar yang terletak di pesisir timur Pulau Selatan di New Zealand dan merupakan bandar terbesar di pulau itu. Ia juga merupakan kawsan urban
kedua terbesar di New Zealand selepas Auckland.
Bandar
Christchurch diambil namanya dari kolese katedral Christ Church di Universiti
Oxford di mana ianya ialah Otautahi dalam Bahasa Maori. Namanya telah
diberikan oleh Pertubuhan Canterbury, John Robert Godley dan mendapat
persetujuan pada 27 Mac 1848 ketika mesyuarat pertama ditubuhkan.
Untuk pengetahuan, bandaraya Christchurch sangat terkenal
sebagau sebuah bandar yang membekalkan air minuman yang bersih serta
berkualiti, tulen dan jernih. Ia merupakan pembekal air yang terbaik di dunia
kerana air yang dibekalkan itu disalurkan dengan menggunakan saluran paip awam
yang sesuai untuk kegunaan domestik dan tujuan minuman. Airnya ditapis secara
semulajadi dan tidak perlu dirawat terlebih dahulu dengan menggunakan system bekalan
air. Sumber air yang diperolehi ini datangnya dari air sungai di kaki bukit
Pergunungan Alps selatan.
Bandar Christchurch |
Christchurch City Mall |
Tiba
di Christchurch, saya bersama yang lain disajikan dengan pemandangan indah Canterburry Plains, iaitu pertanian perdagangan. Ia adalah
kawasan jalinan sungai dan pastoral yang terletak di antara Selatan Alps dan
Lautan Pasifik. Apa itu pastoral? Saya mencarinya di dalam dewan Bahasa dan
pustaka. Maknanya ialah ladang ternakan secara
tradisi yang berasal dari Eropah yang berasaskan pastura. Sistem perladangan
ini menunjukkan keadaan dan kaedah penternakan tradisi seperti dalam kampung
yang tidak menggunakan banyak jentera. Sistem ini juga mempunyai kaitan dengan
sistem perladangan integrasi kerana penternakan haiwan dengan tanaman wujud di
dalam satu ladang. Sistem sebegini masih diamalkan dengan meluas di Eropah
Timur dan di Afrika. Aktiviti utama di sini setelah tiba ialah posing dan menangkap gambar! Terasa
damai bila duduk sambil menikmati suasana dan keindahan di kawasan ini. Wah,
macam tak nak berganjak dah! Walhal, ini baru lawatan pertama, masih ada banyak
lagi lawatan-lawatan yang bersusun untuk dikunjungi.
Masa
untuk berada di sini sudahpun berakhir, maka kami perlu ke tempat seterusnya,
iaitu Tasik Pukaki, tasik yang
paling besar di antara ketiga-tiga tasik yang terdapat di Southern Island iaitu
Lake Tekapo dan Ohau. Dikatakan terjadinya tasik ini juga sama seperti Tasik
Tekapo, iaitu daripada pengaliran glasier yang mencair dan batu-batu halus. Tasik
ini meliputi kawasan seluas 178km persegi dengan ketinggian 518-532 meter di
atas paras laut. Ia berhampiran dengan Aoraki/Mount Cook. Semasa tiba di
destinasi, saya teruja! Begitu jernihnya air tasik ini, kebiru-biruan! Sudah
tentu airnya tidak dicemari dengan bendasing-bendasing kotor. Kemudian, kami
dibawa pula ke Tasik Tekapo. Ketika kaki saya menjejaki Tasik Tekapo, saya
terpaku. Subhanallah, begitu indah ciptaan yang Maha Esa. Tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata begitu cantiknya pemandangan di sini. Saya
difahamkan bahawa Tasik Tekapo ini merupakan tasik kedua besar daripada tiga
tasik utama yang terletak di Selatan New Zealand. Kawasan ini mempunyai
keluasan kira-kira 83km persegi dengan ketinggian sehingga 700 meter di aras
paras laut. Tekapo adalah berasal dari perkataan Maori, iaitu Taka (sleeping mat) dan Po (night).
Perjalanan menghala ke Tasik Pukaki |
Tasik Tekapo yang indah dari jauh! |
Kawasan
tasik ini dihiasi dengan sejenis bunga Lupins yang tumbuh di sini, iaitu
tumbuhan eksotik yang boleh membesar sehingga 1.5 meter! Lupines Russell menghasilkan bunga berwarna-warni . Bunga yang seperti
kacang dan datang dalam pelbagai warna seperti biru, ungu, oren, kuning, merah
jambu, putih atau campuran dua warna. Ya, tasik ini memang terkenal dengan
warna biru turqois yang unik, hasil dari pancaran matarhari di bawah batu tanah
yang halus dan glasier yang mencair. Cantik seperti di dalam lukisan!
Tasik ini juga sangat
popular dan menjadi kegemaran destinasi pelancongan di mana terdapat beberapa
hotel resort yang terletak di sepanjang persisiran tasik ini. Rasa bertuah
memandangkan ketika itu cahaya matahari memancar dan memang berpeluang melihat
keindahan biru turqois. Jika tiba ketika cuaca mendung, maka tasik itu akan
kelihatan berwarna keruh. Kami mengambil masa yang agak lama singgah di sini,
rasa sayang pula hendak meninggalkannya. Oleh kerana terdapat beberapa tempat
lagi yang perlu disinggah, maka dengan berat hati kami meneruskan perjalanan
Mount Cook. Sebelum memulakan pengembaraan di sana kami berhenti sebentar di sekitar Church of the Good
Shepherd.
Gereja tua ini telah dibangunkan pada tahun 1935 dan merupakan destinasi utama
yang wajib disinggahi di Tasik Tekapo. Bangunan yang cantik ini cukup fotogenik
apabila diambil gambarnya dari pelbagai jenis sudut. Patutlah gereja ini
mendapat jolokan sebagai gereja yang paling popular dan digemari di seluruh New
Zealand. Oh ya, jika teringin melihat kerdipan bintang, bolehlah ke sini ketika
waktu malam, itupun kalau berani. Gelak saya di dalam hati.
Tasik Tekapo juga. Nampak tak Church of the Good Shepherd yang jauh nun di sana? |
Setelah selesai, kami ke Mount Cook yang merupakan sebuah gunung
yang tertinggi di New Zealand. Mempunyai ketinggian kira-kira 3.724 meter, ia
merupakan destinasi yang popular bagi pendaki tegar! Perjalanan ke Mt Cook
dari Tasik Tekapo ini memakan masa lebih kurang 1 jam lebih. Pada awal
rancangan ialah membuat aktiviti walking
yang berdekatan Mt.Cook Valley itu. Kawasan lain yang menarik untuk
dilawati ialah Mount Cook Village, Edmund Hillary Alpine Centre, Tasman Valley
dan Tasman Glacier lake. Oleh kerana matahari mula semakin condong, maka kami
hanya melakukan aktiviti biasa mengambil gambar setiap destinasi yang
berdekatan di situ. Perjalanan mesti diteruskan, iaitu ke Queenstown pula!
Edmund Hillary Alpine Centre |
Tasman Glacier lake
Bersambung...
|
Subhanallah
ReplyDeleteindahnya ciptaan Allah.. rasa nak duduk sana lama-lama huhuhu
ReplyDeletewww.wanpulautioman.com
MasyaAllah Indahnya pemandangan... klu x keberatan blh x encik emailkan kpd sy website atau no tel travel agen yg encik ambil tempohari?
ReplyDeletemimiehazira@gmail.com
Thanks for your sharing. Sangat membantu utk planning ke NZ
ReplyDeletesaya dah p semua tempat ni tahun 2014 subhanaallah cantik .......................
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya dah p semua tempat ni tahun 2014 subhanaallah cantik .......................
ReplyDeleteMaaf.. Kenyataan di perenggan kedua :
ReplyDelete"Menurut pembacaan saya, New Zealand adalah sebuah negara kedua terbesar di dunia"
Saya rasa ada kekhilafan fakta di sini.
Mashaallah...
ReplyDeletesememangnya new zealand memang indah dan orang nya amat bersopan dan peramah...allahamdulliah telah tiba di bumi new zealand selama 3 minggu menjelajah dengan motorhome...allahamdullilah
ReplyDelete