Pages

30 June 2015

Disney Bans Selfie Sticks at Theme Parks Over Safety Concerns [ENGLISH]

Soon, selfie sticks will no longer be allowed at Walt Disney theme parks

Walt Disney Co will ban selfie sticks starting next week at its theme parks around the world, the company said on Friday, joining a growing list of attractions that restrict the camera accessories for safety reasons.
Beginning Tuesday, the company will not allow selfie sticks – extension rods used for taking self-portraits with smartphones – at Walt Disney World in Orlando, Florida, or Disneyland in Anaheim, California. The ban will begin on Wednesday at parks in Hong Kong and Paris.
"We strive to provide a great experience for the entire family, and unfortunately selfie sticks have become a growing safety concern for both our guests and cast," Disney spokeswoman Kim Prunty said in a statement.
Disney tried allowing selfie sticks in the park but not on rides, according to Prunty. But violators were forcing park staff to stop rides for extended periods of time, including on Wednesday when a roller coaster was shut down at Disneyland, frustrating other guests.
Starting next week, security personnel will ask Disney guests who arrive with selfie sticks at the parks to stow them at a storage facility or return the sticks to their hotels or cars, the company said.
Major museums worldwide, including those in the Smithsonian Institution in Washington, have banned the sticks. Other major tourist destinations such as the Palace of Versailles outside of Paris and the Colosseum in Rome as well as music festivals such as Coachella and Lollapalooza have also prohibited them.
SeaWorld Entertainment Inc allows selfie sticks in the company's parks but not on rides or over animal habitats, spokeswoman Becca Bides said. – Reuters, June 27, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/travel/article/disney-bans-selfie-sticks-at-theme-parks-over-safety-concerns#sthash.1xoCgusy.h0MNrHS2.dpuf

20 June 2015

Keindahan Musim Luruh


PEMANDANGAN indah musim luruh sudah tentu mengasyikkan setiap mata yang melihat bukti kebesaran yang maha esa. Malah ia turut menenangkan hati dan sanubari setiap insan yang berpeluang mengembara ke negara-negara yang beriklim peralihan dari musim panas ke musim sejuk itu.

Dengan hawa sederhana dan waktu siang yang pendek, musim luruh merupakan musim di mana kebanyakkan tumbuhan dituai dan pokok-pokok menggugurkan daun-daun pelbagai warna.

Musim tersebut yang bermula sekitar Mac di bahagian Selatan dan September di Utara dengan suhu di antara 15 ke 30 darjah Celsius begitu sesuai untuk pengembara memulakan perjalanan ke destinasi pilihan.

Pada waktu itu, beberapa negara terkenal dengan pemandangan 'daun luruh' turut menawarkan pelbagai pakej pelancongan istimewa buat mereka yang ingin merasai pengalaman menikmati keindahan musim tersebut.

Antara negara yang menawarkan percutian musim luruh ialah Turki yang terkenal dengan kehalusan seni dan proses pembuatan barangan seperti ukiran kayu, karpet dan alat muzik.

Jika berpeluang menjelajah ke Istanbul, anda boleh menikmati pemandangan yang sungguh indah di sepanjang perjalanan selain mengunjungi beberapa tempat menarik peninggalan awal penduduk Islam di negara tersebut.

Turki merupakan satu-satunya bandaraya di dunia yang mengabungkan dua benua iaitu Eropah dan Asia.

Ia turut dikenali melalui sejarah keunikan senibina hasil karya arkitek terkenal seperti Mehmet Alga dan Ibnu Sina.

Antaranya ialah Blue Mosque atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru. Selain itu, tidak ketinggalan Hippodrome yang pernah digunakan gladiator dahulu kala.

Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat tarian Mevlana terkenal iaitu Wherling Derwish yang merupakan satu tarian di mana penarinya mampu berputar untuk satu jangka masa yang panjang.

Istana Topkapi yang menyimpan pelbagai khazanah Islam dan barangan peninggalan Rasulullah S.A.W seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki baginda dan sebagainya juga merupakan antara destinasi pilihan pelancong.

Pengunjung juga boleh melawat ke St. Sophia, sebuah bangunan yang pernah dijadikan gereja, masjid dan kini ia dijadikan muzium selain melawat ke Bazar Grand Covered, bazar tertutup terbesar di dunia yang memiliki lebih 4,000 buah kedai.

Kalau berkunjung ke Uzbekistan pula, pengunjung boleh merasai kelazatan makanan tradisi masyarakat tempatan yang dipengaruhi oleh gaya masakan ala Rusia seperti Plov, Lipioshka, Manty, Samsa, Strogan, Shorpa, Shashlyk dan Pirmeni. Ia di tambah dengan keenakkan minuman kebangsaan seperti Shampanski yang merupakan wine tempatan dan sejenis yogurt istimewa diberi nama Kefir sambil menikmati pemandangan musim luruh.

Antara tempat-tempat terkenal di ibu kota Bukhara ialah seperti di Poi Kalyan Ensemble Minaret, Masjid Madrasah Mini Arab, Madrasah Emir Alim Khan, Taqi, Madrasah Kukeldash, Nadir Divanbegi, Magok I Attari dan Lyab I Hauz.

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat keagungan seni bina di Ark Fortress, Komplek Bolo Hauz, Ulug Beg, Madrasah Abdul Aziz, Muzium Chor Minor, Ismael Samani, Chashma Ayub dan pusat beli belah terkenal Gold Market yang turut menyajikan landskap indah musim luruh di kawasan tersebut.

Manakala di kawasan luar bandar pula, terdapat tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti di Bakhauddin Nakhsbandi Ensemble, Masjid Abdul Faiz Khan dan Masjid Muzaffar Khan.

Buat mereka yang berminat dengan kesenian boleh mengunjungi ke sekitar bandar Tashkent yang menyediakan pelbagai barangan seni antaranya di Komplek Zangi Ota, Muzium Sejarah Uzbekistan, Muzium Kesenian Applied, Tashkent Metro dan juga Broadway yang merupakan kawasan pejalan kaki termasyur dipenuhi dengan artis tempatan yang mempamerkan hasil seni, cenderahati, gerai makanan tempatan dan monumen moden.

Di Korea Selatan pula, pasti kita teringat dengan filem 'winter sonata' yang begitu sinonim dengan musim luruh selain perayaan Chuseok atau dikenali dengan nama lain sebagai Hangawi. Perayaan tersebut disambut meriah oleh masyarakat setempat selama tiga hari dengan berkongsi juadah makanan tradisi.

Sepanjang musim luruh di negara tersebut, pengunjung boleh menyaksikan suasana mesra daripada penduduk tempatan sambil mengunjungi tempat-tempat menarik seperti ke Pulau Nami, Everland yang merupakan taman tema tercantik di Korea Selatan dan pasar terkenal Namdaemun yang popular dengan kerongsang untuk wanita.

Selain itu, Istana Kyongbok yang dibina pada 1394, tahun ketiga Dinasti Chusun juga menyaksikan pelbagai keunikan musim luruh.

Di China, negara tersebut juga menawarkan pakej menarik buat mereka yang ingin menikmati keindahan musim luruh di sana.

Pengunjung boleh meluangkan masa dengan melawat ke Tiananmen Square dan Forbidden City yang terkenal dengan keunikan reka bentuk zaman dahulu kala.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melawat beberapa kawasan manarik untuk menikmati musim luruh seperti di Summer Palace, Fresh Water Pearl Center dan Sunny Gold Street selain mengunjungi salah satu daripada tujuh keajaiban dunia, Tembok Besar China yang merupakan mercu tanda buat negara itu.

Manakala di sebelah Eropah pula, pelbagai festival diadakan untuk merai kedatangan musim luruh dengan meriahnya di sekitar bandar-bandar utama seperti di Frankfurt, German dan juga kota metropolitan terkenal dengan suasana romantik dan khayalan, Paris.

Pengunjung boleh melihat sendiri keindahan suasana musim luruh di Schaffhausen untuk menyaksikan air terjun terbesar di Eropah iaitu The Rhinefalls melalui Black Forest sambil menghayati pemandangan yang indah.

Selain itu, pengunjung boleh melawat ke Gunung Titlis dengan ketinggian 3,020 meter yang mempunyai salji sepanjang tahun dengan menaiki kereta kabel. Di sini anda dapat menyaksikan panorama yang cukup menarik selain berpeluang bermain luncur salji.

Di Paris pula, anda boleh menyaksikan panorama menarik dari Menara Eiffel, Arc de Triomphe, Opera, Madeleine, Lauvre, Champs-Elysees ataupun Cathedral of Notre Dame yang dibuat daripada gelas kaca selain menyusuri Sungai Seine dengan bot di mana anda dapat melihat bangunan yang merupakan peninggalan sejarah Napoleoun Bonarparte berusia 2,000 tahun.

Juga jangan ketinggalan untuk melawat Amsterdam kerana bandaraya itu juga menarik untuk dikunjungi lebih-lebih lagi pada musim luruh.

Dengan menyusuri sungai menaiki Canal Cruise yang merupakan pengangkutan air terkenal di Kota Amsterdam, anda berpeluang menikmati pemandangan menarik sambil menghayati keunikan bangunan dan kesan peninggalan sejarah.

Bagi keterangan lanjut sila hubungi 03 - 9200 6640 atau layari laman web www.pototravel.com.my bagi mendapatkan potongan harga terendah promosi musim luruh ke destinasi pilihan.



Perkara Perlu Elak di Luar Negara



????????????????????????????????


Setiap negara ada pantang larangnya sendiri tidak kira datang dari budaya masing-masing atau mungkin undang-undang setempat. Jika anda ada perancangan untuk bercuti atau merantau ke luar negara, sebaiknya anda ambil tahu tentang perkara ini terlebih dahulu kerana setiap negara ada cara dan tatatertibnya sendiri.

EH! kongsikan perkara yang perlu anda elak dari melakukannya ketika berada di negara jiran kerana ia boleh mengundang kepada masalah lain.

Jangan memberikan upah di Jepun
Servis di restoran dan hotel pastinya menerima segala jenis upah jika pelanggan memberikannya, namun tidak di negara Jepun kerana mereka menganggap itu sebagai menjatuhkan maruah mereka.

Jangan senyum dengan orang yang tidak dikenali di Rusia
Penduduk Rusia menganggap perkara itu sebagai isyarat intim dan menunjukkan pertalian mesra ke pada orang lain. Jika anda tidak mengenali mereka dan sebaliknya, mereka akan menganggap anda tidak ikhlas.

Jangan guna tangan kiri di India
Tangan kiri dianggap sebagai tangan kotor menurut budaya masyarakat India. Jadi pastikan anda menggunakan tangan kanan untuk menyambut seseorang, menukar duit atau mengambil sesuatu.

03A47351

Jangan makan sehingga licin di China
Ia dianggap seperti staff di restoran tersebut tidak menyediakan anda dengan makanan yang cukup. Tinggalkan sedikit baki makanan di atas pinggan dan tidak salah untuk sendawa setelah makan kerana ia sebagai satu pujian kepada chef.

Jangan gunakan hon di Norway
Ia hanya digunakan ketika berlaku kecemasan kerana jika hon digunakan tanpa sebab kecemasan ia boleh menyebabkan pemandu lain menjadi panik.

Jangan lupa mengucapkan salam di France
Bonjour madame, monsieur” perlu menjadi satu ayat yang perlu anda lontarkan setiap kali berjumpa dengan seseorang di France. Jika tidak, ia secara tidak langsung menunjukkan yang anda meletakkan individu tersebut di tahap yang lebih bawah dari anda.

Jangan berbual, berkomunikasi, atau bercakap sambil tangan di letakkan di dalam poket di Jerman
Ia dianggap biadap di Jerman. Ia juga merupakan adat untuk memastikan tangan di atas meja ketika makan daripada meletakkannya di atas riba.

Kredit kepada: http://www.eh.com.my/artikel/gaya-hidup/perkara-perlu-elak-di-luar-negara/


Kelebihan Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
kredit kepada: http://hafizamri.com/kelebihan-bulan-ramadhan/

17 June 2015

PAKEJ GOLF (Ground sahaja, tidak termasuk tiket penerbangan)

Salah satu sukan yang dianggap sesuai untuk golongan veteren ini ialah sukan golf. Sukan golf bukan sahaja sejenis permainan yang agak mudah dikendalikan tetapi juga berupaya meningkatkan stamina seseorang.

Sukan golf mempunyai keistimewaan tersendiri dan hanya diketahui oleh mereka yang membabitkan diri dalam sukan ini sahaja. Sukan golf bukanlah sejenis sukan yang lasak yang memerlukan tenaga yang agak kuat berbanding sukan-sukan lain.

Tanggapan sesetengah masyarakat yang beranggapan sukan golf merupakan salah satu sukan yang tidak memenatkan dan hanya sesuai untuk golongan veteran sahaja.

Ramai yang beranggapan sedemikian tetapi sebenarnya sukan golf juga boleh mencergaskan mental dan fizikal seseorang itu melalui pukulan serta perjalanan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Sukan tersebut juga dapat mengajar diri kita untuk menjadi lebih penyabar dan berdisplin.

DIkatakan bahawa karakter seseorang pemain boleh dilihat sama ada mereka seorang pemarah atau tidak sabar ketika sedang bermain.

Kini POTO Travel mengadakan pakej Golf untuk peminat tegar aktiviti golf! Anda boleh merasai pengalaman yang berlainan di tempat golf yang lain. Tentu lebih teruja dan seronok bukan?

Untuk info boleh hubungi bahagian FIT di talian 039200 6640 atau klik di sini: http://pototravel.com.my/fitr.php?g=15#fit



Ramadhan Datang Lagi!


POTO Travel & Tours ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada bulan yang mulia ini. Semoga amalan bertambah baik, kesihatan yang baik serta rezeki yang bertambah, Insha Allah.. Ramadhan mengajar serta melatih kita untuk terus bersabar dan berdisiplin dalam menjadi seorang hamba Allah yang taat kepadanya. Jangan kita sia-siakan peluang yang ada kerana tidak semua orang berpeluang untuk bertemu pada Ramadhan.

Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang esok hari, pejabat kami akan beroperasi pada Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi - 5 petang (1-15 Ramadhan), 9pagi - 430 petang (16-29 Ramadhan) & Sabtu jam 9 pagi - 5 petang. 

Kami akan mengadakan aktiviti seperti tadarus al-quran dan juga tazkirah dari jam 1 - 2 petang pada setiap hari. Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat selain dari waktu itu.

Pejabat akan ditutup pada hari Ahad dan cuti am.

Huhungi 039200 6640 untuk info lanjut. Terima kasih.

10 June 2015

Turki - Eropah & Asia!

PEMANDANGAN indah musim luruh sudah tentu mengasyikkan setiap mata yang melihatnya. Malah ia turut menenangkan hati setiap insan yang berpeluang mengembara ke negara-negara yang beriklim peralihan dari musim panas ke musim sejuk itu.
Dengan hawa sederhana dan waktu siang yang pendek, musim luruh merupakan musim di mana kebanyakkan tumbuhan dituai dan pokok-pokok menggugurkan daun-daun pelbagai warna.
Video yang sangat bersahaja, namun input yang menarik.
Dikongsikan oleh Tour Leader POTO Travel, En Ritz Zainal
Perlepasan kumpulan ke Turki pada 2 - 10 September 2014 yang lalu.

Kini POTO Travel & Tours menawarkan percutian musim luruh ke Turki yang terkenal dengan kehalusan seni dan proses pembuatan barangan seperti ukiran kayu, karpet dan alat muzik!

Berpeluang menjelajah ke Istanbul untuk menikmati pemandangan yang sungguh indah di sepanjang perjalanan selain mengunjungi beberapa tempat menarik peninggalan awal penduduk Islam di negara tersebut.

Turki merupakan satu-satunya bandaraya di dunia yang mengabungkan dua benua iaitu Eropah dan Asia!
Jom ke Turki !
Maklumat lanjut boleh hubungi 039200 6640 dan dapatkan harga istimewa "early bird" sebelum 31 Julai 2015 ini.

5 June 2015

Moscow, St Petersburg & Helsinki

Melanconglah bersama POTO Travel ke destinasi impian anda. Kali ini, POTO menawarkan pakej melancong Bonanza 7, termurah & berkualiti untuk musim luruh yang indah dengan dedaunan berguguran serta kesejukan tiupan angin yang mendamaikan.

Moscow! Dengar namanya sahaja sudah cukup buat diri ini tertarik, apatah lagi berpeluang melancong ke sana. Ia terletak di tebing Sungai Moskva, Daerah Pusat Persekutuan di bahagian barat Persekutuan Rusia. Moscow ini merupakan bandar raya yang terbesar di Eropah serta ibu negara ini dijadikan sebagai pusat politik, kewangan, ekonomi, pendidikan dan pengangkutan yang utama di Rusia.

Apabila berkunjung ke Moscow, tidak sah ke kota Kremlin yang menjadi tempat kegemaran para pelancong. Kremlin ini adalah sebuah benteng yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1990. Kompleks bangunan ini dikelilingi tembok yang terdapat beberapa bangunan iaitu istana, gudang senjata, gereja dan lain-lain lagi. Kremlin juga memiliki taman yang indah di sekitarnya yang dipelihara dengan baik serta dilengkapi penjalan kaki untuk pengunjung.

Lawatan ke St petersburg tidak kurang hebatnya. Anda akan dibawa ke Hermitage Museum & Garden, iaitu sebuah muzium bersejarah yang memaparkan taman yang cantik seluas 12 ekar! Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk melihat keunikan seni bina istana di Petershof & Palace yang telah dibina oleh Peter The Great pada tahun 1710. Istana ini mempunyai bangunan, taman-taman dan struktur yang dikenali sebagai “Versailles Rusia”

Apa yang menarik mengenai pakej Moscow ini, POTO telah menawarkan satu lagi destinasi lawatan, iaitu Helsinki! Anda akan dibawa melawat Porvoo di mana anda disajikan dengan keindahan kota-kota tua dengan bangunan gereja serta rumah-rumah kayu kecil yang berwarna-warni di atas sungai. Hanya sejam sahaja dari Helskinki ke Porvoo dengan menaiki bot atau bas. Porvoo ini terletak Finland, sangat unik di mana ia dipenuhi dengan kedai-kedai dan restoran yang menarik dengan binaan bangunan yang lama. Berasa sangat tenang dan nyaman jika anda meluangkan masa sehari di sini. Anda akan menemukan Sibelius Monument, Lympic Stadium, Temppeliaukio church dan membeli-belah di Esplanade apabila berjalan-jalan di Porvoo.




Dapatkan segera pakej Moscow, St Petersburg & Helsinki untuk menikmati harga promosi “early bird” sebelum 31 Julai ini. Untuk maklumat, hubungi 039200 6640 atau layari laman web rasmi di www.p.o.t.o.travel.com.my






4 June 2015

SWITZERLAND!

BONANZA 7 - PERLEPASAN SEPTEMBER/OKTOBER 2015
PROMOSI ISTIMEWA 'EARLY BIRD'
PAKEJ BARU Switzerland - Syurga alam semulajadi.
Kecantikan alam semulajadinya yang tiada tolok bandingannya ini menawarkan keindahan yang berbeza pada setiap musim. Gunung-ganang yang tersergam indah, tasik tebentang luas, pohonan alphine yang menghiasi tanah tinggi serta air terjun yang mengalir bebas pasti menjadi jamuan mata anda sepanjang jalan!
Walaupun destinasi ini merupakan pelopor kepada pelancongan musim sejuk sehingga mendapat jolokan "The Original Winter since 1864", musim luruh tidak kurang hebatnya!
Musim luruh adalah waktu yang terbaik untuk mendaki Swiss Alps kerana pemandangan di puncak gunung yang sungguh mengasyikkan. Suhu akan mula turun dan udara menjadi semakin sejuk.
Tarikh perlepasan pada 13 Oktober dengan harga RM 10,755 selama 10 hari 7 malam.
Tempah segera untuk dapatkan harga istimewa "early bird"! Sah sehingga 31 Julai 2015 sahaja.
Hubungi 039200 6640 untuk info lanjut atau klik di sini:http://pototravel.com.my/details.php?i=465




1 June 2015

‪#‎gotravel‬ bersama POTO Travel & Tours di Bernama Radio24 - Scandinavia


‪#‎gotravel‬ bersama POTO Travel & Tours di Bernama Radio24
FM 93.9 (Lembah Klang)
FM 107.5 (Johor)

TELUSURI SEJARAH VIKING DI SKANDINAVIA 11H 8M (HB)
BONANZA 7 (EARLY BIRD sebelum 31 JULAI 2015)
13 September 2015, (20 Oktober : Surcaj RM 250)
RM 9,549
Kategori :
Alam Semulajadi (N), Bandar (Ci), Beli-belah (S)
Destinasi :
Hamburg, Malmo, Copenhagen, Gothernburg, Oslo, Stockholm
Copenhagen, sangat indah jika dilawati pada musim luruh. Suhunya boleh mencapai antara 7 sehingga 15 darjah celcius. Pastikan untuk membawa baju sejuk bersama. Bagi yang melancong secara bersendirian, musim luruh adalah musim patut dilawati kerana penginapan adalah lebih murah berbanding musim panas.
Tempah segera untuk dapatkan harga istimewa "early bird"! Sah sehingga 31 Julai 2015 sahaja.
Hubungi 039200 6640 untuk info lanjut atau klik di sini:http://pototravel.com.my/details.php?i=474