Melanconglah bersama POTO
Travel ke destinasi impian anda. Kali ini, POTO menawarkan pakej melancong
Bonanza 7, termurah & berkualiti untuk musim luruh yang indah dengan
dedaunan berguguran serta kesejukan tiupan angin yang mendamaikan.
Moscow! Dengar namanya sahaja sudah
cukup buat diri ini tertarik, apatah lagi berpeluang melancong ke sana. Ia terletak
di tebing Sungai Moskva, Daerah Pusat Persekutuan di bahagian barat Persekutuan
Rusia. Moscow ini merupakan bandar raya yang terbesar di Eropah serta ibu
negara ini dijadikan sebagai pusat politik, kewangan, ekonomi, pendidikan dan
pengangkutan yang utama di Rusia.
Apabila berkunjung ke Moscow, tidak sah
ke kota Kremlin yang
menjadi tempat kegemaran para pelancong. Kremlin ini adalah sebuah benteng yang
telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1990. Kompleks
bangunan ini dikelilingi tembok yang terdapat beberapa bangunan iaitu istana,
gudang senjata, gereja dan lain-lain lagi. Kremlin juga memiliki taman yang
indah di sekitarnya yang dipelihara dengan baik serta dilengkapi penjalan kaki
untuk pengunjung.
Lawatan ke St petersburg tidak kurang
hebatnya. Anda akan dibawa ke Hermitage Museum & Garden, iaitu sebuah
muzium bersejarah yang memaparkan taman yang cantik seluas 12 ekar! Selain itu,
jangan lepaskan peluang untuk melihat keunikan seni bina istana di Petershof
& Palace yang telah dibina oleh Peter The Great pada tahun 1710. Istana ini
mempunyai bangunan, taman-taman dan struktur yang dikenali sebagai “Versailles
Rusia”
Apa yang menarik mengenai
pakej Moscow ini, POTO telah menawarkan satu lagi destinasi lawatan, iaitu
Helsinki! Anda akan dibawa melawat Porvoo di mana anda disajikan dengan
keindahan kota-kota tua dengan bangunan gereja serta rumah-rumah kayu kecil
yang berwarna-warni di atas sungai. Hanya sejam sahaja dari Helskinki ke Porvoo
dengan menaiki bot atau bas. Porvoo ini terletak Finland, sangat unik di mana
ia dipenuhi dengan kedai-kedai dan restoran yang menarik dengan binaan bangunan
yang lama. Berasa sangat tenang dan nyaman jika anda meluangkan masa sehari di
sini. Anda akan menemukan Sibelius Monument, Lympic Stadium, Temppeliaukio
church dan membeli-belah di Esplanade apabila berjalan-jalan di Porvoo.
Dapatkan segera pakej Moscow, St Petersburg
& Helsinki untuk menikmati harga promosi “early bird” sebelum 31 Julai ini.
Untuk maklumat, hubungi 039200 6640 atau layari laman web rasmi di www.p.o.t.o.travel.com.my
No comments:
Post a Comment