Pages

20 June 2015

Perkara Perlu Elak di Luar Negara



????????????????????????????????


Setiap negara ada pantang larangnya sendiri tidak kira datang dari budaya masing-masing atau mungkin undang-undang setempat. Jika anda ada perancangan untuk bercuti atau merantau ke luar negara, sebaiknya anda ambil tahu tentang perkara ini terlebih dahulu kerana setiap negara ada cara dan tatatertibnya sendiri.

EH! kongsikan perkara yang perlu anda elak dari melakukannya ketika berada di negara jiran kerana ia boleh mengundang kepada masalah lain.

Jangan memberikan upah di Jepun
Servis di restoran dan hotel pastinya menerima segala jenis upah jika pelanggan memberikannya, namun tidak di negara Jepun kerana mereka menganggap itu sebagai menjatuhkan maruah mereka.

Jangan senyum dengan orang yang tidak dikenali di Rusia
Penduduk Rusia menganggap perkara itu sebagai isyarat intim dan menunjukkan pertalian mesra ke pada orang lain. Jika anda tidak mengenali mereka dan sebaliknya, mereka akan menganggap anda tidak ikhlas.

Jangan guna tangan kiri di India
Tangan kiri dianggap sebagai tangan kotor menurut budaya masyarakat India. Jadi pastikan anda menggunakan tangan kanan untuk menyambut seseorang, menukar duit atau mengambil sesuatu.

03A47351

Jangan makan sehingga licin di China
Ia dianggap seperti staff di restoran tersebut tidak menyediakan anda dengan makanan yang cukup. Tinggalkan sedikit baki makanan di atas pinggan dan tidak salah untuk sendawa setelah makan kerana ia sebagai satu pujian kepada chef.

Jangan gunakan hon di Norway
Ia hanya digunakan ketika berlaku kecemasan kerana jika hon digunakan tanpa sebab kecemasan ia boleh menyebabkan pemandu lain menjadi panik.

Jangan lupa mengucapkan salam di France
Bonjour madame, monsieur” perlu menjadi satu ayat yang perlu anda lontarkan setiap kali berjumpa dengan seseorang di France. Jika tidak, ia secara tidak langsung menunjukkan yang anda meletakkan individu tersebut di tahap yang lebih bawah dari anda.

Jangan berbual, berkomunikasi, atau bercakap sambil tangan di letakkan di dalam poket di Jerman
Ia dianggap biadap di Jerman. Ia juga merupakan adat untuk memastikan tangan di atas meja ketika makan daripada meletakkannya di atas riba.

Kredit kepada: http://www.eh.com.my/artikel/gaya-hidup/perkara-perlu-elak-di-luar-negara/


No comments:

Post a Comment