Pages

11 May 2015

Mencari Makanan Halal Ketika Melancong ke Luar Negara? Jangan gusar!

Risau? Tidak yakin? Bagaimana hendak makan jika melancong ke negara bukan Islam?

Tidak perlu khuatir kerana Allah menjaga kita dengan larangan-larangan  namun tidak menyeksa kita berlapar ketika mengembara.

Biasanya kita lihat atau dengar-dengar bahawa jika melancong ke negara lain pastinya akan membawa bekalan dari Malaysia.

Kita diberi pelbagai pilihan makanan untuk dinikmati jika tidak bawa atau terlupa membawa bekalan/habis.

Kita masih boleh memilih untuk makan roti, telur, sayur-sayuran, susu & pastinya nasi. Makanan vegetarian boleh dimakan selagi ianya tidak bercampur dengan alkohol.






Tidak perlu menyekat diri untuk makan jika tidak menjumpai logo Halal JAKIM pada paket makanan di luar negara. Insha Allah, ianya halal untuk dimakan asalkan terdapat logo Halal tidak kira di dalam bentuk huruf yang macam mana sekali pun. Terdapat negara yang status halalnya dijaga begitu ketat oleh kerana standard integriti yang tinggi bagi sesebuah negara itu seperti Australia dan Singapura.

PALING PENTING:

Bacalah Bismillahillazi layadhurru ma'asmihi syai-un fil ardhi wala fissama-i wahuwassami'ul Alim setiap kali sebelum makan, Insha Allah kita akan dilindungi daripada sebarang mudarat yang berpunca dari makanan.

Rujukan artikel daripada: Nota Perempuan Backpacker

No comments:

Post a Comment