Pages

11 May 2015

BONANZA 7 - SIRI 2


Hayati keindahan Balkan selama 14 hari bermula dari Greece ke Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia dan berakhir di Croatia. Aturcara perjalanan ini merangkumi hampir separuh semenanjung Balkan! Saksikan keunikan senibina serta peninggalan sejarah di sana. Selain itu, anda disajikan dengan pantai yang menawan, tasik yang membiru serta gunung yang menghijau. Amat mengasyikkan! Nikmati pemandangan yang indah di Dubrovnik, iaitu sebuah tapak warisan UNESCO. Anda akan dibawa untuk makan tengahari di lokasi menarik tepi sungai dan air terjun di Buna River Spring, Blagaj. Melihat dan menghayati kesan tinggalan perang di Bosnia serta melawat ke beberapa Masjid bersejarah seperti di Mosque of Ehthem Bey, Karadjoz Bey Mosque dan juga Gazi Husref Bey Mosque.

Pakej paling popular dan terlaris, tidak lain tidak bukan, pakej Turki! Lawatan ini merangkumi Istanbul, Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia, Ankara, Bolu. Pakej ini menawarkan hotel bertaraf 4 bintang serta lokasi yang terpilih. Berpeluang untuk menginap selama 2 malam di Taksim Gonen Hotel, Istanbul yang berada di lokasi tumpuan beli-belah. Kemudahan perkhidmatan angkat beg di hotel secara percuma serta dibekalkan air mineral setiap hari. Kami memililh pemandu pelancong  yang berprofessional serta ketua kumpulan yang terlatih dan pemandu bas yang berpengalaman. Bas lawatan yang digunakan pula adalah tidak melebihi usia 2 tahun yang dilengkapi kemudahan wifi. Terdapat pilihan lawatan tambahan yang sememangnya dinanti-nantikan, iaitu menaiki belon udara panas sambil menyaksikan keindahan Cappadocia!


Untuk maklumat lanjut mengenai pakej Bonanza percutian musim luruh, sila layari laman sesawang rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 – 9200 6640. Tempahan pakej percutian atau sebarang pertanyaan juga boleh dilakukan melalui cawangan-cawangan POTO Travel & Tours yang terdekat! Jom ikut kami melancong!

No comments:

Post a Comment