Pages

11 May 2015

BONANZA 7 - SIRI 1


Nikmati syurga alam semulajadi di Switzerland. Destinasi lawatan menarik seperti Zurich, Interlaken, Lugano, Zermatt, Gstaad, Montreux, Lausanne, Geneva. Pakej ini adalah pakej baru yang ditawarkan setelah lawatan tinjau dilakukan sendiri oleh POTO Travel. Aturcara telah disusun rapi serta bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Sesuai dengan jolokan ‘Get Natural’ yang amat terkenal dengan keindahan elemen alam semulajadinya, iaitu gunung-ganang, tasik serta pohonan alpine di tanah tinggi. Lawatan ke masjid tempatan pula pastinya memberikan elemen Islamik dalam perjalanan ini. Temui komuniti Islam di Zurich, Lausanne dan juga Geneva. Sukakan “shopping”? Rasai keseronokan membeli-belah secara eksklusif di perkampungan mewah Gstaad, Bahnhofstrasse dan Fox Town Factory Outlet. Jangan lepaskan peluang menaiki kereta api ekspress paling perlahan di dunia dari Andermatt ke Zermatt untuk menikmati keindahan semula jadi Pergunungan Alps serta mengembara ke puncak ‘Top of Europe’ di Jungfraujoch di mana terletaknya stesen kereta api yang tertinggi di dunia!

Kenali bumi Turkmenistan selama 6 hari 5 malam serta kunjungi tempat menarik seperti Ashgabat, Nissa Fortress, Gokdepe dan Mary. Pakej baru ini akan membawa anda mengenali negara bekas jajahan Soviet yang sedang pesat membangun. Ashgabat, ibu negara Turkmenistan ini telah dinobatkan sebagai ‘Kota Batu Marmar Putih Dunia’ oleh Guiness World of Records’. Selami kecantikan seni bina Istana Ruhyyet, Wedding Palace, Modern “Yyldz Hotel dan Arch of Neutrality yang dibina menggunakan batu marmar sebagai bahan asas. Terokai sejarah tapak peninggalan Nisa Fortress yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO. Bukan itu sahaja, anda dibawa ke kota purba Merv yang merupakan bandar terbesar di dunia pada abad ke-12 serta menziarahi Masjid yang pertama di bina di Asia Tengah iaitu Beni Makhan Mosque. Berpeluang menunaikan ibadah di masjid terbesar  Asia Tengah, Ruhy Mosque of Saparmyrat Hajy  serta menunggang  kuda kelahiran Turkmenistan yang terdiri daripada lebih 253 jenis kuda!

Jelajahi Benua Eropah Barat: Frankfurt, Lucerne,Paris dan Amsterdam yang juga merupakan antara pakej baru yang ditawarkan. Masa yang cukup untuk berseronok dan menikmati suasana di setiap tempat lawatan. Lawatan ini dikendalikan oleh pemandu yg berpengalaman serta dibantu Tour coordinator muslim yang beroperasi 24 jam dan akan membantu mengemaskini penyusunan pemandu pelancong dan lain-lain dari masa ke semasa. Nikmati keunikan senibina lama di Amsterdam dengan menaiki Canal Cruise & juga pemandangan kota Paris dari pelbagai sudut yang berbeza dengan menaiki Seine Cruise! Lihatlah sendiri keunikan budaya dan pemandangan indah kawasan pedalaman German di Titisee dengan melalui Black Forest.  Aturcara lawatan tambahan adalah menaiki kereta kabel di Gunung Titlis, Switzerland.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej Bonanza percutian musim luruh, sila layari laman sesawang rasmi POTO Travel & Tours di www.pototravel.com.my atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 – 9200 6640. Tempahan pakej percutian atau sebarang pertanyaan juga boleh dilakukan melalui cawangan-cawangan POTO Travel & Tours yang terdekat! Jom ikut kami melancong!

No comments:

Post a Comment