Kami memulakan hari kedua dengan bersarapan di
Four Season Restoran. Seperti mana yang sedia maklum sebelum ini, hanya terdapat satu restoran sahaja yang mendapat
pengiktirafan Halal dari Jakim iaitu
Spices Restaurant. Walaubagaimanapun, restoran Spices ini tidak dibuka untuk
sarapan pagi. Tapi jangan risau. Terdapat restoran-restoran yang boleh untuk
bersarapan antaranya Restoran Four Season dan juga Marine Buffet yang
bercirikan “Pork Free”. Ingin dimaklumkan bahawa terdapat sebuah restoran yang TIDAK
HALAL iaitu Restoran Ocean Palace. Kami
memulakan sesi sarapan pada jam 9 pagi.
Pada jam 9.30pagi kami memulakan sesi “recce”
kami dengan melawat bilik-bilik yang terdapat di dalam kapal ini. Untuk
pengetahuan semua, terdapat pelbagai jenis kategori bilik yang disediakan
antaranya ialah
1.
Bilik Dalaman
2.
Bilik Bertingkap pemandangan laut
terhalang
3.
Bilik pemandangan laut berpintu
angin
4.
Bilik pemandangan laut bertingkap
Sekiranya inginkan bilik yang lebih mewah,
bolehlah menempah bilik mewah dengan pemandangan laut iaitu Bilik Suite Junior
ataupun bilik Suite Eksekutif
Bilik
pemandangan laut (L shape)
Bilik
mewah pemandangan terhalang
Selain
dari melakukan pemeriksaan terhadap bilik, kami turut melakukan pemeriksaan
terhadap perkhidmatan – perkhidmatan lain antaranya “Golf Cage”, Gelanggang
Bola Keranjang, Gimnasium dan pelbagai lagi. Bagi keluarga yang mempunyai anak
kecil, jangan risau kerana terdapat perkhidmatan “Child Care Centre”. Pusat
jagaan kanak-kanak ini dibuka setiap hari. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan
ada disediakan.
Child
care centre
Gimnasium
Basketball
court
Tanpa kami sedari hampir 3 jam kami
menjalankan tugas pemeriksaan bilik dan
kemudahan di atas kapal. Perut pun berbunyi mohon untuk diisi. Tanpa berlengah,
kami terus menuju ke Spices Restaurant untuk menikmati hidangan makan
tengahari. Pelbagai menu disediakan untuk makan tengahari yang menyelerakan.
Hari ini juga hari yang dinantikan kerana
kami akan keluar dari kapal untuk mengadakan lawatan ke Phuket. Aturcara hari
ini, kapal berlabuh di Pelabuhan Laut Dalam Ao Ma Kham. Tepat jam 12.30
tengahari, kami diminta untuk berkumpul di Stardust Lounge mengikut
pelekat-pelekat pakej lawatan pilihan yang telah dibeli. Pakej lawatan tambahan
yang kami pilih adalah lawatan sekitar Phuket dan juga membeli belah (Shopping
& Sightseeing).
Lebih kurang jam 1 petang, kami bergerak
keluar dari kapal menuju ke Bas yang ditetapkan. Bas yang kami naiki bernombor
19 dan pemandu pelancong kami adalah En. Godi.
Destinasi pertama kami di Phuket adalah
Promthep Cave. Perjalanan dari pelabuhan mengambil masa selama 40 minit. Setibanya
kami di sana, kami dapat melihat pemandangan yang amat menakjubkan. Kami diberi
masa selama 20 minit untuk mengambil gambar sebagai kenangan.
Dah nama pun “Shopping & Sightseeing”,
destinasi kami seterusnya adalah membeli belah di kedai gajus, Gedung barang
perhiasan dan juga Phuket Premium Outlet. Di sana pengunjung dapat membeli baju
dan kraftangan tempatan untuk di bawa pulang sebagai cenderamata untuk keluarga
dan sahabat-handai.
Kedai
menjual Gajus
Destinasi seterusnya sebelum kembali ke kapal
adalah melawat sekitar Pantai Patong. Kami diberi masa selama 2 jam untuk
bersiar-siar di kawasan sekitar. Terdapat banyak kedai makan dan juga tempat
membeli belah. Memandangkan kami tidak sempat untuk makan malam di dalam kapal,
kami telah menikmati makan malam di sebuah kedai makan yang terdapat di medan
selera di Jungceylon Shopping Complex. Terdapat 2 buah kedai makan yang halal. Pelbagai
menu makanan yang dijual dan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Antara menu
hidangan yang dipilih adalah nasi putih tomyam, telur dadar, nasi goreng tomyam
dan pelbagai lagi. Makanannya sangat sedap!
Pemandangan
matahari terbenam di Pantai Patong
Jungceylon
Shopping Complex.
Apabila selesai sahaja menikmati makan malam
yang sangat lazat, kami meneruskan perjalanan kembali ke kapal. Kami telah
dinasihatkan untuk kembali ke kapal selewat-lewatnya 2 jam sebelum kapal bergerak dari pelabuhan
Phuket. Kapal akan mula bergerak pada jam 1 pagi. Walaubagaimanapun, kami
mengambil langkah selamat untuk kembali ke kapal sebelum jam 10 malam.
Sebelum masuk ke dalam kapal, sekali lagi
kami melalui pemeriksaan keselamatan. Hal ini bertujuan untuk memastikan tiada
barang-barang yang dilarang di bawa masuk ke dalam kapal. Antara barang yang
terlarang adalah perkakas tajam, buah-buahan yang berair dan berbau seperti
durian, longan, laici
Setelah selamat masuk ke dalam kapal, kami
meneruskan aktiviti malam ke 2. Seperti biasa, rujukan kami berpandukan kepada
Navigator. Pada jam 10.30 malam terdapat persembahan “Colours of Asia” A crew
show extravaganza di Stardust Lounge.
Persembahan ini dipersembahan oleh staf
cruise sendiri. Terdapat nyanyian dan nyanyian yang mewakili negara-negara di
Asia. Mewakili Negara Malaysia adalah tarian yang ditarikan melatarbelakangkan
lagu Dikir Puteri nyanyian penyanyi Noraniza Idris. Persembahan ini mengambil
masa selama 45 minit.
Selepas itu kami meneruskan aktiviti
menyaksikan persembahan STAR-18 Laugh Out loud. Walaubagaimanapun, persembahan
ini terdapat bayaran tiket masuk. Kami telah menempah tiket tersebut sebelum
keluar lawatan sekitar Phuket. Harga untuk menonton persembahan ini adalah RM
30 seorang. Sepanjang 1 jam tempoh persembahan, kami tidak berhenti ketawa
melihat keletah dan aksi yang dimainkan. Persembahan ini sangat menghiburkan.
Sangat berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.
Selesai sahaja persembahan tersebut, kami
semua kembali ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri.
BERSAMBUNG...