Semua orang suka
melancong, tetapi berapa ramaikah yang suka melancong solo atau bersendirian? Berjalan
berseorangan di kota yang sibuk memberikan pelbagai perasaan berlainan. Bersiar-siar tanpa berteman di tepi pantai
sambil melihat keindahan alam sangat mengasyikkan. Hilang sejenak segala
pemasalahan yang melanda.
Namun, mengapakah masih di antara kita terutamanya
golongan wanita ini begitu takut untuk melancong bersendirian? Tahukah anda,
melancong secara solo ini dapat memeberikan lebih banyak pengalaman yang
berbeza yang penuh dengan cabaran serta keseronokan yang tidak terhingga!
Selain itu, ia juga dapat memberikan banyak manfaat lagi-lagi kepada mereka yang ingin meluangkan masa untuk diri sendiri dan mendapatkan istirehat yang cukup.
Selain itu, ia juga dapat memberikan banyak manfaat lagi-lagi kepada mereka yang ingin meluangkan masa untuk diri sendiri dan mendapatkan istirehat yang cukup.
Di sini, terdapat beberapa alasan dan sebab
mengapakah anda perlu mencuba untuk mengembara atau melancong secara
bersendirian. Jom kita lihat di bawah!
Bertemu
dengan orang baru
Jika melancong secara berteman atau dengan pasangan, anda tidak cenderung untuk mendapatkan teman baru kerana anda hanya akan tertumpu bersama kelompok anda sendiri setiap masa. Jika anda bercuti seorang diri, anda akan lebih banyak masa untuk berinteraksi dan melakukan aktiviti-aktiviti bersama orang baru. Insha-Allah, keakraban akan terjalin dan mungkin persahabatan ini akan terus kekal sehingga pulang ke tanah air. Sebab itulah melancong secara solo amat berbeza jika dibandingkan dengan percutian bersama teman dan pasangan. Masa inilah peluang untuk mendapatkan rakan baru! Bukankah itu bagus untuk anda juga?
Rasa bebas
Ketika bercuti, anda berpeluang bertukar pendapat dan fikiran mengenai destinasi-destinasi yang menarik untuk dilawati. Anda juga bebas melakukan apa-apa perancangan yang terlintas di minda, tidak perlu terikat dengan pemasalahan dalam kumpulan. Ini adalah baik untuk memperluaskan lagi rancangan percutian anda dengan melawati ke tempat yang menarik!
Mengurangkan rasa takut
Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan apabila perasaan takut dan cemas ini menghantui diri anda saat akan melakukan percutian secara bersendirian. Pelbagai persoalan akan singgah di minda seperti bagaimana kalau ditimpa masalah atau terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku selama anda melancong nanti. Ya, kita tidak akan terlepas dari berfikiran begitu, Oleh itu, kita perlu mempelajari lebih mendalam akan sesuatu destinasi yang ingin dituju. Perbanyakkan bacaan dan kajian agar ia dapat memudahkan kita di kemudian hari. Jika sudah berada di tempat orang, jangan berasa segan-silu untuk bertanyakan tempat, keadaan di sekitar penginapan dan lain-lain dengan orang lain, moga mereka juga dapat membantu untuk melengkapkan perjalanan anda! Ingat, sentiasalah menghormati budaya tempatan di sana apabila sudah berada di destinasi.
Manjakan diri
Dengan melancong secara solo juga dapat memanjakan diri dari kehidupan harian yang sibuk dan stres dengan pelbagai tekanan atau bebanan kerja. Secara tidak langsung, ia dapat memberikan ruang untuk anda merehatkan diri dan minda. Pelbagai tempat yang boleh dikunjungi misalnya berjalan-jalan di pantai sambil menikmati suasana, melakukan senaman yoga dan banyak lagi mengikuti citarasa dan keselesaan masing-masing.
Cabaran
Ya, anda akan menghadapi pelbagai cabaran yang kadang-kala anda sendiri tidak dapat menduganya. Jangan pernah merasa takut atau menyesal untuk melancong secara solo kerana sebenarnya ia menguji anda bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah yang datang. Siapa tahu, dengan cara ini dapat meningkatkan taraf keyakinan dan pengetahuan di dalam sesuatu perkara ketika anda ingin melancong lagi suatu hari nanti.
Masa untuk diri sendiri
Berikan ruang untuk anda beristirehat tanpa dibebani pelbagai masalah yang berkaitan dengan tempat kerja anda yang membuatkan anda sentiasa stres dan penat! Cuba tinggalkan segala yang berkaitan dengan kerja anda seperti telefon atau tablet untuk berhubung sementara waktu. Dengan cara itu, fikiran anda akan bebas sengan e-mel tugasan di pejabat. Namun, jangan pula lupa untuk menghubungi keluarga mengenai keadaan anda selama bercuti!
terbaik....95% percutian saya adalah solo
ReplyDeleteKlu ikut islam, jln sorang2 ni hanya sesuai utk kaum adam jer...
ReplyDelete