Countdown

5 March 2014

Pemenang Hadiah Pertama Peraduan Kasih Abadi : Zuraidah Bt. Mohamed Karim

Pihak POTO Travel & Tours ingin mengucapkan Tahniah kepada Zuraidah Bt. Mohamed Karim kerana telah memenangi hadiah pertama untuk Peraduan Kasih Abadi yang dianjurkan oleh kami pada bulan lalu.

Berikut adalah cerita indah menyentuh kalbu yang telah Zuraidah kongsikan dengan kami:


"Inilah wajah comel yang merupakan gambar pertama yang telah menarik perhatian aku untuk lebih mengenalinya secara dekat. Tidak disangka dengan kehadiran si comel ini telah membuatkan kehidupan aku lebih bermakna dan banyak menyedarkan aku supaya menjadi seorang manusia yang lebih bersyukur kepada Tuhan. Dia yang aku beri nama Nur Zaara Thalia adalah seorang anak buangan. Zaara diberikan kepada aku dan suami ketika usianya genap setahun. Jika tidak,entah apa yang akan terjadi kepadanya, samada hidup atau mati. Dikala anak-anak lain sedang merasa kasih sayang dipangkuan ibu, Zaara sangat dahagakan kasih sayang keluarga terutama belaian manja dari seorang wanita yang bergelar ibu.
Dia datang membawa sinar kebahagiaan dalam hidupku. Di saat aku rindu untuk mendakap kasih seorang anak, dia hadir dengan wajah dan senyuman manis persis wajah suamiku. Dengan kehadirannya juga membuatkan aku mula berhijrah berusaha menjadi wanita muslimah solehah di dunia dan akhirat. Aku mula berubah dan tinggalkan segala kejahatan yang pernah aku lakukan dulu kerana aku ingin menjadi wanita contoh yang terbaik untuk Zaara. Kini, setelah 4 tahun disisiku, hanya kaulah satu-satunya anak kesayanganku. Mungkin ada hikmahnya Tuhan belum mengurniakan aku zuriat sendiri, itu kerana Zaara masih belum puas untuk bermanja denganku. Anakku Zaara, hanya kaulah permata hati Ammi dan Abba."

Nukilan,
Zuraidah Bt. Mohamed Karim

No comments:

Post a Comment