Countdown

18 November 2015

8 Fakta Menarik Tentang Aurora Borealis Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Adakah anda masih lagi tertanya-tanya, apakah itu Aurora Borealis? Dimana boleh melihat Aurora ini? Apa yang menarik mengenai Aurora Borealis?

Disini admin kongsikan kepada anda semua mengenai 8 fakta menarik mengenai Aurora Borealis dari The Voket.

ARTIKEL ASAL: The Vocket

Nota Editor: Perkongsian tentang Aurora Borealis  ini telah paparkan di Facebook Azmira Amran, seorang pelajar University of Oulu, Finland dalam jurusan International Master Programme in Education and Globalisation. Ikuti perkongsian menarik beliau di bawah.

1. Juga dikenali dengan nama Northern Lights. Berlaku di kawasan berdekatan Kutub Utara. Di Kutub Selatan, ia dikenali sebagai Aurora Australis. (Ingat tak eksperimen batang magnet dan serbuk besi masa zaman sekolah dahulu? Serbuk besi akan menghasilkan corak yang kuat di bahagian kutub magnet. Begitulah juga medan magnet bumi).
2. Berlaku apabila partikel yang terhasil dari ‘solar wind‘ matahari bertembung dengan medan magnetik bumi. Lebih kuat dan laju partikel yang datang dari ‘solar wind’ ini, lebih kuat Aurora akan kelihatan di medan magnetik bumi.
3. Finland adalah salah satu negara yang berada dalam lingkungan kutub utara. Negara-negara utara lain adalah Norway, Sweden, Canada, Iceland, Greenland






4. Lebih kerap terjadi semasa musim sejuk.
Nota: musim sejuk di Oulu bermula lebih kurang pada bulan 10/11 dan berakhir pada bulan 4/5. Pada musim sejuk, matahari jarang kelihatan. Keadaan gelap ini membolehkan aurora dilihat dengan jelas.
5. Planet-planet lain juga mengalami aurora di medan magnet planet mereka.
6. Aurora boleh dilihat dari kapal terbang yang berada dalam kawasan aurora.
7. Mengambil gambar dan video aurora adalah sangat mencabar kerana persekitaran yang gelap gelita. Kamera perlu disetkan dengan shutter speed yang lebih perlahan, aperture yang besar dan ISO yang lebih tinggi.
8. Pada pendapat saya, Aurora Borealis kelihatan seperti langsir laser yang ditiup angin. Menonton aurora pula memerlukan keazaman yang tinggi kerana suhu di luar amat rendah. Tapi nasib baik semalam suhu cuma -4°.





Semasa di Lapland tahun lepas, saya menonton aurora dalam suhu -20°. Tapi sempat juga berpiknik, bawa air teh dalam termos dan sandwich digulung dalam aluminium foil. Walaubagaimanapun, kaki sudah kebas walaupun memakai boots berketahanan -20°. Jadi, ya, memerlukan keazaman yang tinggi.

11 makanan wajib makan semasa melancong ke Turki

Turki adalah salah sebuah negara Islam. Bagi pelancong yang pertama kali melancong ke sana, makanan halal bukanlah menjadi satu halangan kepada anda.
Menariknya mengenai makanan Turki ini, setiap hidangan pasti wajib dimakan dengan sup dan juga roti, disamping itu anda juga boleh memilih untuk dimakan bersama daging atau ayam.
Disini ada berberapa hidangan makanan Turki yang perlu dicuba sewaktu berkunjung ke sana, apa yang pasti anda akan sangat merindui makanan mereka setelah kembali ke tanah air.



Istanbul dibahagikan kepada dua iaitu sebelah Europe dan Asia. Makanan dua belah ni tak sama. Saya lagi suka makanan belah Asia sebab bagi saya, lagi sedap tapi hubby saya pulak cakap, makanan di Turki semua sedap. Tambahan pula, isu cari makanan halal hampir tak ada.


KUMPIR (HIGHLY RECOMMENDED)

Kami makan Kumpir banyak kali jugak lah. Seingat saya,  dua kali di restoren nama Simit. Kumpir ialah kentang bakar yang besar, ditengahnya diletak pelbagai jenis bahan seperti buah zaitun, keju, sosej, mayonis, salad dan lain-lain. Bunyi macam tak sedap, tapi rasanya cukup sedap.

MANTAR DOLMASI

Dalam English, stuffed mushroom. Dua kali makan ni dan dua-dua sedap. Mushroom dibakar dengan keju, dan ada sos. Terbaiklah, jangan lupa makan Mantar Dolmasi jika anda ke Turki ya. Serius tak menyesal.

DONER


Datang Turki wajib makan kebab. Ia bukan kebab macam di Malaysia tapi mostly daging dan beberapa jenis side dish seperti salad dan lain-lain.

ISKENDER (HIGHLY RECOMMENDED)

Daging dihiris nipis-nipis makan dengan yogurt dan roti. Sungguh sedap, saya pernah makan Iskender di Bhosporus Restaurant di Pavilion. Mungkin anda juga boleh cuba

IKAN TROUT BAKAR

Ikan trout bakar ni saya makan selepas trekking di Ihlara Valley di Cappadocia. Ikan segar yang dibakar dan dimakan dengan sayuran. Ikan ni sedap sebab segar je kot. Tapi kan, ikan apa-apa pun sedap kalau segar.

BALIK EKMEK

Balik (Ikan), Ekmek (Sandwich). Balik Ekmek boleh didapati di kedai-kedai sekitar Galata Bridge. Sedap juga, perah jus lemon atas ikan tu.

PIDE

Pide ni Pizza Turki. Roti macam pizza biasa tapi sedikit crunchy, dan toppingnya pun kita boleh pilih ikut kehendak atau berdasarkan menu. Ada banyak tempat yang jual makanan ni. Anytime boleh makan sebab ia agak famous di Turki.

ISLAMA KOFTE (HIGHLY RECOMMENDED)

Islama Kofte ini ialah makanan popular berasal dari Adapazari, Sakarya. Kofte tu maksudnya meat ball. Di makan dengan roti dan tomato bakar. Sedap jugak yang ni.

LOKUM

Lokum ni kueh tradisi Turki. Jika anda terbang dengan Turkish Airlines, memang mereka akan hidangkan Lokum sebaik je pesawat take off.

PISTACHIO AISKRIM

Entah kenapa, rajin dan gigih betul saya cari kedai aiskrim untuk rasa aiskrim pistachio. Lain kedai, lain rasanya. Sedap eh. Rasa pistachio yang sungguh kaw.

HAMSI (HIGHLY RECOMMENDED)


Yang ni saya sangat-sangat nak rekemen. Setakat ni, inilah ikan goreng celup tepung paling sedap pernah saya makan. Masuk mulut sekor-sekor, rasa macam keropok lekor tapi ianya ikan sebenar. Anda boleh dapat di mana-mana restoren ikan. Senang je nak jumpa restoren ikan atau seafoods ni, cari restoren yang tulis Balek, contohnya Istanbul Balek Restaurant. Balek tu maksudnya ikan.
Lepas baca ni, tak ada rasa lapar ke? Atau, tak ada rasa nak pergi melancong ke Turki? Hihi
ARTIKEL ASAL: Travelog.my