Countdown

4 December 2013

Seketika di Jakarta dan Bandung (Part 1)

Jakarta Bandung
Antara Jakarta dan Bandung, yang manakah menjadi destinasi pilihan hati? Selalu dengar-dengar kata orang bahawa lebih baik memilih Bandung sebagai destinasi pelancongan kerana bandung merupakan salah satu bandar yang popular di Indonesia dan cuaca yang agak dingin. Sesuai untuk melancong serta bersantai di sana. Ada juga berpendapat bahawa Jakarta lebih seronok kerana ibu negara itu dibanjiri dengan pelbagai jenis barangan untuk bershopping serta bangunan bersejarah. Secara jujurnya, saya menyukai kedua-duanya kerana masing-masing mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, baik di Jakarta mahupun di Bandung. 

Sebenarnya, ini merupakan kali kedua saya bercuti di Bandung dan Jakarta. Atas izinnya, saya berpeluang lagi sekali pergi ke Indonesia dengan mengikuti pakej Jakarta Bandung bersama POTO. Niat saya ke sana sememangnya untuk memborong dan membeli-belah sambil melawati tempat bersejarah yang menarik di sana. Mungkin kerana saya dahulu  pergi secara berseorangan, jadi saya tidak banyak tempat saya tahu. Apabila datang bersama travel agency, barulah saya tahu rupanya masih banyak tempat yang tidak dikunjungi.

Taman Mini Indonesia
Hari pertama tiba di Jakarta, saya singgah ke Taman mini Indonesia yang merupakan salah satu rumah suku kaum Masyarakat Indonesia. Dulu saya memang tidak berksempatan berkunjung di sini kerana masa yang terhad. Jika mahu ke sini, pastikan anda datang dengan menaiki kenderaan kerana ia amat memenatkan kalau ingin berjalan kaki memandangkan keluasan di taman ini adalah sebanyak 1.5 kilometer persegi. Terdapat banyak rumah tradisional mengikut suku kaum yang boleh ditemui di 33 daerah Indonesia. Di sinilah tempat untuk kita menyaksikan keunikan rumah suku kaum Jawa, masyarakat kepulauan Sumatera, Sulawesi, Kalimantan, Nusa Tenggara, Bali, Maluku dan Papua. Disebabkan saya pergi bersama agency, maka segala bayaran sudah termasuk di dalam pakej. Harga sebenarnya adalah dalam lingkungan 10,000 rupiah jika kita datang menaiki kereta, bagi yang menunggang motorsikal pula bayaran murah sedikit dalam  6,000 rupiah. 

Saya bersama rombongan lain menghabiskan masa selama setengah hari di sini. Terlalu banyak tempat-tempat di sini, seperti melawat satu Indonesia kerana di situ terdapat muzium, taman bunga, permainan air dan juga replika rumah seperti Sumatera, Bali dan banyak lagi. Memang memerlukan masa yang panjang supaya dapatlah kita jelajah satu Taman Mini ini. Jadi, kami masih tidak sempat untuk pergi kesemua tempat yang ada kerana Taman Mininya memang besar, mungkin perlu datang sekali lagi untuk pergi ke tempat yang belum kunjungi. Antara tempat yang saya sempat lawati ialah Rumah Papua iaitu perkampungan orang asli, rumah orang jawa dan beberapa tempat lagi. Di sini memang memerlukan lebih kurang dua hari untuk mengunjungi ke semua tempat yang ada kerana sangat banyak!

Rumah Papua
Barangan yang terdapat dalam rumah Papua
Istana Anak-anak
Rumah Minangkabau
Gerbang Anjungan Bali
Anjungan Jambi
Rumah adat Baluk di Anjungan Kalimantan Barat
Toko Tiga
Hari kedua kami terus bertolak ke Bandung untuk membeli-belah di Toko Tiga yang terkenal dengan seluar jeans berjenama terutamanya Levis. Bagi peminat jeans, ia adalah tempat yang paling sesuai untuk anda membeli-belah. Pertama kali datang, tempatnya kelihatan seperti kedai biasa jika kita lihat dari luar dan mungkin tidak berapa menarik perhatian anda tetapi sebenarnya kedainya besar apabila kita masuk ke dalam. Di sini ada menyediakan perkhidmatan untuk memotong atau alter seluar anda. Jika kepenatan membeli-belah, boleh duduk beristirehat sebentar di tempat yang disediakan. Memang hebat, siap dengan air terjun lagi! Antara mangsa yang perlu menunggu ialah saya kerana waktu itu saya tidak berkeinginan untuk membeli  memandangkan jeans saya sudah banyak. Lagipun, duit rupiah saya memang sengaja disimpan untuk dibelanja setibanya di Pasar Baru nanti! 

Toko Tiga
Suasana di dalam Toko Tiga
Topi Levis
Tempat menunggu di Toko Tiga
Tangkuban Perahu
Di sinilah tempat yang wajib dilawati jika datang ke Bandung yang terkenal dengan lagenda Sangkuriang dimana cerita yang mengisahkan anak yang menyukai ibunya sendiri. Tangkuban perahu ini ialah gunung berapi berkawah yang masih aktif sehingga sekarang yang terletak di bahagian jawa barat Indonesia, kira-kira 30 km dari bandar utama bandung dengan ketinggian sehingga mencapai kira-kira 6837 kaki atau 2084 meter. Menurut sejarah, ia adalah sisa dari gunung sunda dan gunung purba di Indonesia, Kelihatan seperti perahu yang terbalik jika kita perhatikannya dari jarak yang jauh. Pada waktu siang, suhunya lebih kurang 17 darjah celcius dari aras laut manakala pada waktu malam ianya boleh mencecah sehingga 2 darjah celcius sahaja.

Bau sulfur memang sangat kuat sehingga mencucuk hidung sehingga ada di antara pelancong perlu memakai mask. Oleh kerana gas sulfur itu beracun, kami semua tidak berani untuk datang lebih dekat. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa memang cantik permandangan yang terdapat di sekitar Tangkuban Perahu. Di sepanjang jalan terdapat gerai-gerai kecil di yang menjual cenderamata, patung haiwan dan juga makanan. Memang sedap kalau makan tatkala pada cuaca yang sejuk sehingga mengigit tulang. Sementara berjalan-jalan di  tempat lagenda Sangkuriang, saya didatangi oleh si penjual yang memaksa saya untuk membeli barangan mereka. Ingatkan bila saya mengatur langkah ke van tidaklah dia mengekori saya, tapi sangkaan saya jauh meleset apabila dia mengikuti saya sehingga naik ke van sambil menghulurkan tangannya ke dalam tingkap dan meminta saya beli. Tidak tahan dengan desakan, kami cepat-cepat pergi meninggalkan tempat itu. 

Kawah di Tangkuban Perahu



Pasar Baru
Akhirnya sampai juga ke tempat yang paling dinanti-nantikan! Bagi sesiapa yang ingin mencari telekung, kebaya, tudung, beg tangan dan sebagainya, memang seronok sangat shopping di Pasar Baru. Harganya memang murah dan boleh menjadi rambang mata kerana terlalu banyak kedai di sana. Mana taknya, lebih kurang 8-9 tingkat sehinnga boleh membuatkan anda penat berjalan. Jika ada berkenan di hati, lebih baik terus membelinya kerana kita tidak akan dapat jumpa kembali kedai yang sama selepas itu. Di sini juga anda boleh membuat tempahan seperti baju, langsir, blazer dan lain-lain kerana bukan sahaja boleh disiapkan dalam masa yang singkat, malah kualiti juga memuaskan serta harga yang jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Di bahagian bawah pula ada menjual kerepek, kuih-muih, sagun dan banyak lagi terutamanya makanan kering. Memang duit saya telah banyak habis kerana menjadi satu kerugian yang besar kepada sesiapa yang tidak membeli-belah di sini. Namun, diingatkan supaya sentiasalah menjaga segala barangan berharga anda terutamanya beg dompet  kerana dikhuatiri akan dicuri oleh pencopet (penyeluk saku). Pastikan dompet diletakkan di dalam beg tangan atau beg yang lain dan sentiasa dizip setiap masa. Bukan itu sahaja, seperti biasa anda akan didatangi pelbagai penjual yang memaksa anda untuk membeli barangan mereka sehingga merimaskan. Kepada sesiapa yang tidak tahu, barangkali anda akan ditipu kerana mereka akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Jadi, kenalah pandai tawar-menawar atau jangan dilayan langsung dengan kerenah mereka.

Pasar Baru Bandung
Menjual beg-beg yang murah
Menjual kebaya dan batik wanita
Menjual telekung
Tempat menjual doorgift dan goodies
Menjual snek dan makanan ringan
bersambung...

Mingguan Wanita (Nov/Dis 2013) - Artikel Pelancongan POTO

Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan