Countdown

23 December 2015

Perlepasan Tambahan 12 Mac 2016 SPAIN MOROCCO


Memandangkan kedua-dua tarikh perlepasan sedia ada mendapat sambutan yang sangat menggalakkan (2 Feb & 29 Feb 2016), maka pihak kami membuka 1 lagi tarikh penerbangan sebagai memenuhi permintaan ramai. 

Tarikh ini jatuh pada hari cuti sekolah, iaitu 12 Mac 2016!

Harga bagi dewasa adalah RM9130, warga Emas RM8999 & kanak-kanak RM7298

Hubungi bahagian khidmat pelanggan di talian 039200 6640 untuk tempahan atau emel ke info@pototravel.com.my


16 December 2015

PROMOSI EARLY BIRD MUSIM BUNGA

Assalamualaikum!
Promosi "early bird' untuk pakej-pakej destinasi Musim Bunga bagi perlepasan April sehingga Ogos 2016.
Tempah pakej dengan POTO Travel & Tours sebelum 13 Februari 2016. Pertanyaan lanjut hubungi bahagian khidmat pelanggan di talian 039200 6640 atau layari www.pototravel.com.my


14 December 2015

Tips Percutian Bersama Anak Kecil

Cuti sekolah selalu ditunggu-tunggu oleh anak-anak begitu juga ibubapa. Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak berusia bawah 6 tahun, melancong bersama si kecil sememangnya cukup memeningkan. Banyak hal yang perlu diambil perhatian selain menuntut kesabaran yang tinggi. Kerana itu, ramai yang memilih untuk tidak keluar melancong ketika anak-anak masih kecil. Bagaimanapun, jika tahu tips yang betul tatkala bercuti bersama keluarga termasuk anak-anak kecil, ia pasti meninggalkan kenangan terindah dan pengalaman paling bermakna untuk seisi keluarga.

Tips kali ini diharap dapat membantu merealisasikan impian anda untuk bercuti bersama anak-anak dengan lebih aman.

SEBELUM BERANGKAT
Bagi anak-anak yang menyusu dengan susu formula, bawa bersama susu yang secukupnya kerana sukar untuk memastikan tempat percutian pilihan anda ada menjual jenama susu yang sama dengan jenama susu anak anda. Bawa juga bersama air masak yang mencukupi, termos air panas, berus pencuci botol, sabun pencuci botol mini dan botol susu tambahan juga. Jika anak anda menyusu dengan susu ibu, tidak perlu membuat persediaan ini. Cuma anda mungkin perlu membawa bersama nursing cover untuk memudahkan urusan menyusu di tempat awam.

Sediakan keperluan lampin pakai buang secukupnya bersama changing mat bagi memudahkan anda menukar lampin anak di mana jua.

Pastikan pakaian anak anda dibawa dengan cukup sepanjang percutian. Berapa banyak yang perlu dibawa bergantung kepada keperluan. Bawa baju tambahan dan plastik sebagai persediaan jika anak muntah dalam perjalanan. Bawa juga bersama tisu lembap, tisu poket, kasut, topi, tuala mandi, stoking, tuala kecil, bantal kecil dan set mandian (travel pack). Jangan dilupa ubat penghalau nyamuk. Ada yang jenis pelekat organik ditampal pada baju dan ada juga jenis spray mahupun lotion.
Jangan lupa first-aid-kit, bekalan ubat-ubatan yang mencukupi, dan juga termometer untuk memudahkan memantau suhu badan anak. Biasanya masa bercuti inilah si  manja tiba-tiba jatuh sakit. Kadang-kala boleh terkena allergi disebabkan hotel berkarpet, penghawa dingin, penyelenggaraan bilik yang kurang sempurna, atau keadaan tempat percutian yang agak berdebu. Akibatnya, si manja mungkin selsema, batuk atau naik ruam pada kulit. Jadi jangan lupa ubat anak-anak bersesuaian dengan sejarah sakit anak-anak.  Yang penting juga, ambil tahu nama dan alamat klinik terdekat.

Bawa bersama pengendong bayi bagi memudahkan pergerakan anda bersama bayi bagi yang suka menggunakan pengendong bayi (baby carrier). Membawa stroller mungkin kurang praktikal memandangkan saiznya yang besar dan berat.

Tidak dilupakan, bawa bersama makanan untuk bayi anda seperti biskut bayi, buah-buahan, puri, nestum dan sebagainya memandangkan makanan bayi lebih sukar untuk didapati berbanding makanan orang dewasa. Bagi anak-anak yang lebih besar, bawakan bersama makanan dan minuman kegemaran mereka seperti buah-buahan, biskut, roti, snek, air kotak dan sebagainya untuk dimakan dan diminum sekurang-kurangnya semasa dalam perjalanan. Makanan akan membuatkan mereka leka dan perut yang kenyang akan membuatkan mereka kurang meragam.

Sediakan beg khas untuk kelengkapan dan bekalan si kecil yang mudah dicapai. Masukkan keperluan utama seperti nursing cover (jika menyusu dengan susu ibu), minuman/ susu formula yang telah disukat di dalam compartment susu, tuala kecil, tisu, sedikit mainan, buku cerita serta kertas dan alat tulis di dalam beg yang akan dijinjing. Mungkin boleh masukkan 1 helai baju persalinan tambahan, lampin pakai buang, changing mat, plastik dan kain lampin sebagai persediaan kemungkinan anak muntah. Ini bagi memudahkan ibubapa mengambil keperluan si manja sepanjang dalam perjalanan dengan mudah dan cepat sebelum mereka mengamuk.

percutian-bersama-anak-2JIKA PERCUTIAN MENGUNAKAN KAPAL TERBANG
Datang awal ke lapangan terbang untuk daftar masuk dan ke ruangan berlepas untuk mengelakkan kelewatan serta masalah-masalah kecil yang boleh menyebabkan anda tertinggal kapal terbang.


Beritahu anak-anak mengenai prosedur pemeriksaan keselamatan supaya mereka tidak takut untuk melakukannya terutama ketika memasuki pintu pemeriksaan.

Dengan jumlah orang yang ramai di lapangan terbang, ibubapa perlu menggandakan perhatian dan jagaan terhadap anak-anak. Pastikan anak sentiasa berada di sebelah anda dan pegang tangan mereka. Jangan pernah sesekali meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan dari orang dewasa.

JIKA MELANCONG DENGAN KERETA
Percutian menaiki kereta boleh jadi kenangan yang menarik. Bawa bersama bantal dan selimut anak-anak. Bersedialah untuk berhenti dengan kerap di mana-mana lokasi rehat dan rawat.


Bagi mengelakkan anak anda merasa bosan sepanjang perjalanan, bawa bersama kertas, pensil, mainan, CD lagu atau buku kegemaran mereka. Dan yang paling penting, libatkan anak-anak dalam proses percutian tersebut. Ceritakan dan fahamkan si manja dengan perancangan percutian yang telah disusun oleh ibubapa. Dengan membabitkan mereka, ia akan membuatkan mereka tidak sabar untuk sampai ke destinasi.

downloadDI HOTEL
Jika tinggal di hotel, pastikan si manja tidak bermain di dalam bilik mandi yang sememangnya luas dan cantik di bilik hotel. Pastikan lantai bilik air kering bagi mengelakkan anak-anak daripada tergelincir.


Ketika ibubapa sedang berehat, pastikan tingkap tidak dibuka dan pintu juga dikunci rapat.

Kanak-kanak juga sememangnya sangat menyukai aktiviti mandi-manda di kolam renang.  Jika agenda percutian anda melibatkan kolam renang, laut, taman tema air dan tempat-tempat berkaitan dengan air, perkara penting yang perlu ibubapa pastikan ialah jangan sesekali membiarkan mereka bersendirian. Justeru, elakkan mereka berenang tanpa pengawasan dari orang dewasa.

Bercuti bersama anakDI DESTINASI PERCUTIAN
Pastikan jadual sepanjang percutian anda bersama anak-anak lebih santai dan mempunyai banyak masa yang terluang. Jangan buat jadual percutian yang terlalu padat kerana ia akan membuatkan anak-anak keletihan sekali gus membuatkan mereka meragam.


Jika ahli keluarga yang lain mengikuti rombongan anda, pastikan mereka menyimpan maklumat mengenai hotel dan nombor telefon yang akan dihubungi ketika kecemasan. Bercuti bersama orang yang dikenali seperti rakan-rakan atau sanak saudara sebenarnya memberi banyak kelebihan. Mereka boleh juga membantu memantau si manja anda di waktu-waktu yang terdesak.

Berjalan bersama anak kecil memerlukan ibubapa mengikut rentak mereka. Elakkan terus berjalan-jalan sedangkan anak kecil anda sudah keletihan, mengantuk dan kelaparan. Keletihan dan kelaparan akan menyebabkan mereka meragam yang mana kerenah mereka mungkin akan membangkitkan kemarahan dan tekanan pada ibubapa. Rancanglah waktu anda dengan memberi ruang rehat secukupnya kepada si manja anda sebelum memulakan aktiviti. Keletihan yang berlebihan juga boleh mengganggu kesihatan si manja.

Secara kesimpulannya, nikmati percutian anda bersama si manja dengan hati yang terbuka dan sentiasa berlapang dada dengan warna-warni kerenah anak-anak anda. Ikhlas dan sabar melayan keletah anak-anak dan menukarkan segala mood negatif kepada percutian yang positif lagi menyeronokkan. Selamat bercuti!

Si manja ceria, ibu bapa gembira !

SUMBER: EXCEL QHALIF

8 December 2015

Apa Yang Anda Perlu tahu Sebelum Mengembara Atau Melancong ke Turki

Turki sememangnya tidak asing lagi di dalam dunia destinasi pelancongan. Setiap kali, pasti terdapat banyak permintaan untuk melancong ke negara dua benua itu. Malah, ada juga pakej umrah yang menawarkan untuk ke Turki, iaitu Istanbul. Pelbagai tempat sejarah dilawati seperti Blue Mosque, Topkapi Palace dan beberapa tempat menarik yang lain.
Di sini, admin ingin kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum bercuti ke Turki. Jom kita lihat di bawah:

Oh Cappadocia!

Salah satu destinasi yang perlu anda kunjungi jika tidak mahu menyesal. Untuk si pengembara, jangan pernah cuba untuk "skip" trip anda ke sini, kalau tidak, pasti akan menyesal. Jika ingin berjimat, boleh menaiki bas express pada jam 8 malam dari Istanbul. Harga tiket adalah dalam lingkungan 65 Turkish Lira, bersamaan RM 85. Anda akan tiba di sana dalam jam 730 pagi. Tidak perlu mengeluarkan wang untuk menginap di sana.

Pada pagi tu bolehlah berjalan-jalan di sekitar Cappadocia. Melawatlah ke tempat-tempat popular yang disarankan iaitu Open Air Museum, Pasabag sambil menyaksikan matahari terbenam di atas bukit. Keesokan harinya boleh menaiki hot air balloon, atau belon udara panas pada waktu pagi.  Lihatlah sendiri betapa cantiknya pemandangan jika dilihat dari atas. Harga tiket pula bermula dari 75 euro – 150 euro. 
Bagi yang mengikuti POTO Travel, anda akan bermalam selama 2 hari di Cappadocia. Berpeluang menyaksikan persembahan budaya di Cappadocia Night Show dengan harga USD 60 seorang. Selain itu, melawat bandar bawah tanah yang penuh bersejarah, Underground City Of Kaymakli serta Uchisar Village dan Pasabag Valley . Berpeluang membeli permaidani & termbikar buatan tangan di Carpet factory & Pottery di Avanos Village. peminat batu permata, anda berpeluang untuk membelinya di Jewelley Shop, iaitu batu permata yang terkenal di Turki.  Masa anda dapat diluangkan lebih di sini

Tiada Tandas Percuma

Kebanyakan anda akan jumpa tandas yang bebayar, memang tidak jumpa tanda yang free. Harga untuk memasuki tandas pula sebanyak 1 Turkish Lira. Walaupun anda ke masjid, anda tetap perlu membayar jika ingin ke tandas. Namun, tandasnya & tempat mengambil wudhuk terletak di bangunan yang berasingan.

Kalau yang jenis pantang nampak tandas mesti nak singgah, maka perlu sediakan bajet untuk ke tandas. Tandas di sini pula jenis yang duduk dan bidet air, iaitu air yang pancut dari bawah.    

 Peminat Tegar Sos Cili Perlu Membawa Sos Cili Sendiri



Ya, di Turki tiada sos cili, maka bagi sesiapa yang tidak boleh hidup tanpa sos cili jika makan bersama burger ke, kebab ke, bawalah bersama. Botol boleh, dalam pakej kecil pun boleh. Kerana di Turki, , mereka makan kebab, roti ikan dan apa-apa tanpa menggunakan sos. Jika saya, sos cili seperti suatu kemestian jika makan. tak kiralah makanan apapun. Sedapkan?


Burger Ikan!


Cubalah rasa burger ikan ni. Sedap! Rasanya sungguh istimewa kerana ikannya dibakar segar dengan roti yang besar. Nak makan pasti mulut tak muat. Macam biasa, tiada disediakan sos. Maka, kena la guna sos sendiri ya.

Boleh jumpa burger ni ketika dari Istanbul ke Bursa menaiki feri. Di atas tu terdapat kafe yang menjual pelbagai makanan & minuman. Kos makanan adalah sendirian berhad.

Jus oren terbaik

Minuman yang wajib anda rasa, iaitu jus oren yang segar dan pekat. 3 biji oren diperah dengan tangan menggunakan mesin khas. Rasanya memang terbaik.
Jika di Cappadoccia, harga secawan jus oren ini adalah dalam 4 turkish lira. Tapi di Istanbul, harganya berbeza-beza, bermula serendah 2 TL hingga 4 TL, bergantung pada lokasi dan berapa besar cawannya.
Jangan lepaskan peluang untuk minum tau!

Pamukkale

Orang memang lebih mengenali keistimewaan Istanbul dan cappadocia, namun saya ingin kongsikan satu tempat yang wajib anda kunjungi, iaitu Pamukkale. Mempunyai keistimewaanya yang tersendiri sehingga disenaraikan dalam UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

Pamukkale, merupakan bahasa Turki, di mana “Pamuk” adalah kapas dan “Kale” pula bererti benteng yang membawa maksud Cotton Castle atau istana kapas. Ia juga digelar sebagai istana putih. Ia adalah sebuah kolam air panas semula jadi yang terletak di Denizli di barat daya Turki.

Bolehlah berendam kaki di kolam teres putih dengan air hangat yang juga dipanggil sebagai Travertines. baca selanjutnya di sini mengenai Pamukkale !
Sumber kredit: Sayabackpacker

Pakej percutian Individu - 2 Pun boleh pergi (Hong Kong Free & Easy)


Pakej 'ground arrangement' bersama POTO Travel & Tours ke Hong Kong ("free & easy") dengan harga serendah RM928 sahaja selama 4 Hari 3 Malam!

Maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi bahagian FIT di talian 039200 6640 dan bertanya dengan pegawai kami iaitu Puan Aida / Cik Yamin / Cik Dayana / Cik Zalikha, atau emel ke fit@pototravel.com.my


#gotravelbypoto Turki Barat & Antalya


SETIAP SELASA, 10.15 PAGI (TEMUBUAL LANGSUNG 10.30 PAGI) & JUMAAT, 4.45 PETANG

Pakej baru, pakej premium yang hebat ke TURKI BARAT & ANTALYA selama 10 hari 8 malam!
Berpeluang melawat ke tempat menarik seperti Antalya, Pamukkale, Kusadasi, Izmir, Assos, Edirne & Istanbul

Keistimewaan pakej adalah:

1) 2 malam di Taksim Gonen Hotel, Istanbul yang berada di lokasi tumpuan beli-belah seperti Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

2) Hotel bertaraf 4 bintang yang terpilih dengan lokasi yang terpilih.

3) Bas lawatan yang tidak melebihi usia 2 tahun yang dilengkapi kemudahan wifi.

4) Tour Guide professional kelas A yang terpilih, Tour Leader yang terlatih serta pemandu bas yang berpengalaman.

5) Kemudahan perkhidmatan angkat beg di hotel secara percuma dan termasuk bekalan air mineral setiap hari.

6) Keterujaan meneroka wilayah Antalya yang merupakan destinasi peranginan terkenal dan merupakan persisiran pantai terpanjang di Turki dengan perairan yang kebiruan.

7) Mendalami sejarah bandar kuno Greek di Ephesus, Kusadasi yang dibina pada abad ke 10 dan terkenal dengan Temple of Artemis yang dinobatkan sebagai salah satu ‘7 Keajaiban Dunia Purba’.

8) Merasai pengalaman berada di kampung atas bukit dengan pemandangan indah di Sirince Village yang bermaksud cantik.

9) Merungkai sejarah Troy yang dikatakan lokasi berlakunya Perang Trojan dan peluang melihat replika Kuda Trojan yang menjadi senjata rahsia peperangan tersebut.

10) Mengamati keindahan daerah Galipoli yang bermaksud “Beautiful City” oleh kerajaan kuno Greek kerana ianya terletak di bahagian Eropah Turki, dengan Laut Aegean di sebelah barat dan Selat Dardanelles ke timur.

11) Menikmati pemandangan indah 2 benua menyusuri Selat Bosphorus di atas “private cruise” sebagai pilihan lawatan tambahan di Istanbul.

Hubungi kami di talian 039200 6640 atau layari laman sesawang rasmi di www.pototravel.com.my

7 December 2015

Mesin ATM Di Jepun Mula Menyokong Penggunaan Bahasa Melayu

Apabila di luar negara kami akan pastikan mempunyai wang yang secukupnya. Ini adalah kerana jika anda mengeluarkan wang di negara luar, bank akan mengenakan caj tambahan. Tetapi kadang kala malang tidak berbau dan wang tunai masih perlu dikeluarkan menerusi ATM. Tetapi tidak semua ATM di negara luar menyokong bahasa Melayu. Hanya bahasa-bahasa utama dunia seperti Inggeris dan China mendapat sokongan dari bank luar negara.


Tetapi sekiranya anda ke Jepun anda kini boleh menggunakan mesin ATM menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah salah satu dari dua belas bahasa yang kini mula disokong mesin ATM di Jepun. Sebelum ini mesin ATM di Jepun hanya menyokong bahasa Jepun, Korea, China dan Inggeris. Pengenalan lapan lagi bahasa ini adalah langkah Jepun untuk memudahkan proses pengeluaran wang oleh pelancong yang melawat negara mereka. Mereka menyedari pelancong lebih gemar menggunakan wang tunai dari kad kredit. Apabila mesin ATM menyokong bahasa asing, mereka akan lebih mudah mengeluarkan wang seterusnya menjana ekonomi melalui pembelian barangan dari peniaga tempatan. Mesin ATM Seven Banks adalah yang pertama akan menawarkan perkhidmatan pelbagai bahasa ini. Selain bahasa Melayu, bahasa Indonesia, Thai, Perancis, German, Portugis dan Vietnam turut disokong.

Sumber: Amanz

2 December 2015

Bezanya Mengembara & Melancong


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca blog sekalian! Tiba-tiba hari ini admin terasa ingin berkongsi maklumat dan pendapat mengenai perbezaan di antara mengembara dan melancong. Tidak dapat dinafikan, semua orang suka bercuti. Lagi-lagi mereka yang penat kerna saban hari waktunya dihimpit kerja yang berlambak di pejabat. Bukan itu sahaja, mereka yang mengerjakan bisnes kecil-kecilan juga sibuk menguruskan hal-hal untuk pelanggan. Kadang-kala, percutian memang sangat diperlukan untuk berehat dari dunia yang sibuk. Ya, sememangnya bagi admin melancong ini pada konteksnya ialah bercuti, iaitu rehat dari segala hal-hal yang memenatkan dan memeningkan.

Admin memang salute bagi mereka yang sukakan pengembaraan. Bukan senang, ianya memerlukan mental dan tenaga yang kuat kerana anda perlu membuat research sendiri mengenai tempat yang ingin dilawati. Kebanyakan si pengembara lebih memilih untuk menginap di hostel/asrama kerana dapat menjimatkan wang ringgit yang akan digunakan untuk perkara yang lain. Orang kata, adventure is a challenge! Ya, betul tu. Anda akan rasa penat sebab perlu meneroka, menjelajah ke tempat asing, sedangkan di dalam malaysia belum habis diterokai dan kadang-kadang boleh tersesat juga. Namun, inilah cabaran bagi si pengembara. Mereka walaupun penat, tetapi rasa puas dan seronok. Memang tidak berasa selesa, kurang dari segi level of comfort. Namun, ianya tidak menjadi suatu masalah, kerana di penghujungnya memberikan warna pada sebuah percutian.

Tidak semua sanggup bersusah-payah dalam mengembara lagi-lagi mereka yang ingin bercuti dan bersantai sahaja kerana ingin berehat. Maka, mereka lebih memilih untuk bercuti bersama agensi pelancongan. Kesitimewaan yang terdapat pada agensi pelancongan ialah segala penyediaan diuruskan dari A-Z, dari segi tiket penerbangan, hotel, tempat lawatan, susun atur jadual, pengangkutan dan juga khidmat pemandu pelancong. Kiranya, hanya perlu sediakan duit perbelanjaan peribadi. Bukan itu sahaja, anda akan sentiasa dijaga oleh ketua rombongan, atau lebih senang dikenali sebagai Tour Leader. Ketua rombongan ini berperanan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan para pelanggan. Anda tidak perlu gusar mengenai waktu solat dan sebagainya, jika ada apa-apa kemusykilan, boleh bertanya kepada Tour leader dan juga Tour guide. Kerana itulah bayarannya mahal berbanding anda mengembara, kerana segalanya telah disediakan & worry-free, tidak perlu risau kerana insha Allah perjalanan anda sentiasa teratur dan selesa!

Di sini terdapat beberapa perbezaan bagi pelancong dan pengembara yang dikongsi oleh blogger yang lain:

  • Pelancong membeli-belah di shopping mall, pengembara lebih suka keluar masuk pasar.
  • Pelancong menginap di hotel bertaraf 3-4 bintang, pengembara pula tidur di hostel
  • Pelancong menaiki bas khas yang selesa, pemgembara menaiki bas awam sahaja.
  • Pelancong di "escort" oleh pemandu pelancong yang boleh memberikan pelbagai info dan maklumat mengenai tempat yang dilawati, pengembara pula meneroka dan menjelajah sendiri ke tempat yang dikunjungi
  • Pelancong dijaga oleh ketua rombongan, pengembara tidak.
  • Pelancong dibawa ke restoran yang menyediakan makanan lazat yang pelbagai lauk, pengembara makan di mana-mana sahaja asalkan halal atau megi.
  • Pelancong tidak perlu memikirkan mengenai flight, hotel, makanan, tempat lawatan kerana semuanya telah diuruskan, pengembara perlu menguruskannya sendiri.

Dua konsep yang berbeza. Mengembara itu seronok, dan melancong itu juga seronok. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri untuk membuat pilihan yang manakah sesuai untuk percutian yang lebih bermakna. Yang penting, kita dapat keluar dari tempurung untuk melihat ciptaan-NYA yang indah!

Bagi yang ingin melancong, POTO Travel & Tours menyediakan pelbagai pakej destinasi menarik untuk dipilih, dari negara asia sehinggalah eropah kami boleh membawa anda mengelilingi dunia. Insha Allah, perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik untuk memastikan percutian dan perjalanan anda lebih teratur dan selesa.
Untuk melihat pakej yang ada, boleh layari laman sesawang rasmi di www.pototravel.com.my atau hubungi khidmat pelanggan di talian 039200 6640.

Jom ikut kami melancong!

1 December 2015

Solat di Ruang Udara







SOLAT merupakan tiang agama, waima walau di mana kita berada. Setiap umat Islam tidak terlepas daripada kewajipan melaksanakannya walaupun berhadapan segala kemungkinan sama ada situasi cemas atau sebagainya.
Hal itu menggambarkan bahawa solat adalah asas kepada sesuatu pegangan umat Islam selain ia merupakan ibadah berbentuk harian jika dibandingkan kewajipan lain seperti zakat, puasa dan haji yang dilaksanakan dalam tempoh tertentu.
Hal berkenaan termasuklah jika seseorang umat Islam sedang dalam perjalanan, sama ada menerusi pengangkutan darat, udara dan air.
Namun demikian, jika berada di darat atau di atas laut iaitu berada di atas muka bumi, kita boleh menunaikan dengan mudah sekali. Bagaimana pula ketika di udara?
Ketika diajukan soalan berkenaan kepada penumpang kapal terbang, mereka terus menjawab bahawa tidak melaksanakan kerana sedang berhadapan kesulitan.
Tanggapan itu sebenarnya adalah salah kerana tuntutan solat hanya gugur apabila seseorang itu berada dalam keadaan pengsan, haid bagi wanita dan sebagainya.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya. Dr. Muhd. Najib Abdul Kadir, solat wajib dilaksanakan walaupun berhadapan kesulitan termasuklah ketika penerbangan.
Namun ahli Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan itu berkata, namun demikian terdapat cara tertentu ketika berhadapan situasi menunaikan solat dalam penerbangan yang terbahagi kepada cara penentuan waktu dan kaedah pelaksanaannya.
Kaedah pelaksanaan
Jelas Muhd. Najib, perkara pertama yang perlu diketahui adakah ketika itu telah masuk waktu solat mengikut waktu tempatan, misalnya tibanya Zuhur sewaktu berada di ruang udara Pulau Pinang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Madinah.
"Maka ia boleh menunaikan solat Zuhur mengikut waktu Pulau Pinang sama ada hendak menjamakkan takdim dengan Asar ataupun sebaliknya.
"Namun dalam perjalanan itu, dia berada di Bangladesh dan masuk waktu Zuhur. Oleh demikian seseorang itu tidak perlu tunaikan solat itu lagi," terang Muhd. Najib.
Berkenaan waktu solat, penulis buku Rahsia Haji itu berkata para penumpang boleh bertanya sendiri kepada anak kapal dengan mereka akan merujuk kepada juruterbang.
Berhubung arah kiblat, Muhd. Najib berkata kebiasaannya dalam kapal terbang mempunyai paparan skrin yang menunjukkan lokasi dan arah tuju sesuatu penerbangan.
Muhd. Najib berkata, menerusi paparan itu memudahkan penumpang mengetahui arah kiblat. Namun ketika sedang menunaikan solat, arah kiblat bertukar maka dia tidak perlu mengulanginya semula.
Solat hormat waktu
Bagaimana hendak mengambil wuduk ketika dalam penerbangan sedangkan penggunaan air adalah terhad. Jika air berlebihan, boleh mendatangkan kemudaratan kepada kapal terbang.
Sehubungan itu, Muhd. Najib berkata penumpang boleh bersembahyang tanpa berwuduk dengan melakukan Solat Menghormati Waktu.
Muhd. Najib berkata, ada ketikanya, sama ada akibat darurat atau sebagainya, kita tidak dapat berwuduk atau bertayamun bagi menunaikan solat. Dalam hal ini umat Islam boleh menunaikan solat hormat waktu.
Tambah ahli akademi itu, pada asalnya solat ini bermaksud wujudnya kecacatan syarat yang tidak mencukupi iaitu tidak boleh berwuduk dan tayamum sama ada ketiadaan kedua-duanya atau keuzuran, sedangkan waktu solat masih ada ketika itu.
Namun jika masih dalam waktu solat, Muhd. Najib berkata, ia perlu mengulanginya. Tetapi jika sudah luput waktu solat, ia perlu menggantikan (qada).

Artikel asal: Utusan Online

18 November 2015

40 Jenis Penipuan Yang Perlu Anda Tahu Ketika Melancong ke Luar Negara


Kita sebagai pengembara atau pelancong agak mudah untuk terdedah kepada penipuan atau “scam” di kawasan tumpuan pelancongan di seluruh dunia. Bila ditipu, kita akan kehilangan wang ringgit dan juga barang berharga serta boleh membahayakan keselamatan.
Laman web Justtheflight.co.uk telah menggariskan 40 jenis penipuan utama yang berlaku terhadap pelancong di seluruh dunia.
Jom kita lihat dan baca infografik dari laman web berkenaan tentang 40 jenis penipuan yang perlu anda ketahui dan hindari.

Melanconglah bersama POTO Travel & Tours, sebuah syarikat 100% milik bumiputera dan merupakan pakar dalam pelancongan muslim sektor eropah ke destinasi impian anda.

Pakej percutian muslim yang berkualiti serta adunan aturcara pakej pelancongan yang mengasyikkan.
Maklumat lanjut hubungi khidmat pelanggan di talian 039200 6640 atau layari laman sesawang rasmi di www.pototravel.com.my

Jom ikut kami melancong!

8 Fakta Menarik Tentang Aurora Borealis Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Adakah anda masih lagi tertanya-tanya, apakah itu Aurora Borealis? Dimana boleh melihat Aurora ini? Apa yang menarik mengenai Aurora Borealis?

Disini admin kongsikan kepada anda semua mengenai 8 fakta menarik mengenai Aurora Borealis dari The Voket.

ARTIKEL ASAL: The Vocket

Nota Editor: Perkongsian tentang Aurora Borealis  ini telah paparkan di Facebook Azmira Amran, seorang pelajar University of Oulu, Finland dalam jurusan International Master Programme in Education and Globalisation. Ikuti perkongsian menarik beliau di bawah.

1. Juga dikenali dengan nama Northern Lights. Berlaku di kawasan berdekatan Kutub Utara. Di Kutub Selatan, ia dikenali sebagai Aurora Australis. (Ingat tak eksperimen batang magnet dan serbuk besi masa zaman sekolah dahulu? Serbuk besi akan menghasilkan corak yang kuat di bahagian kutub magnet. Begitulah juga medan magnet bumi).
2. Berlaku apabila partikel yang terhasil dari ‘solar wind‘ matahari bertembung dengan medan magnetik bumi. Lebih kuat dan laju partikel yang datang dari ‘solar wind’ ini, lebih kuat Aurora akan kelihatan di medan magnetik bumi.
3. Finland adalah salah satu negara yang berada dalam lingkungan kutub utara. Negara-negara utara lain adalah Norway, Sweden, Canada, Iceland, Greenland






4. Lebih kerap terjadi semasa musim sejuk.
Nota: musim sejuk di Oulu bermula lebih kurang pada bulan 10/11 dan berakhir pada bulan 4/5. Pada musim sejuk, matahari jarang kelihatan. Keadaan gelap ini membolehkan aurora dilihat dengan jelas.
5. Planet-planet lain juga mengalami aurora di medan magnet planet mereka.
6. Aurora boleh dilihat dari kapal terbang yang berada dalam kawasan aurora.
7. Mengambil gambar dan video aurora adalah sangat mencabar kerana persekitaran yang gelap gelita. Kamera perlu disetkan dengan shutter speed yang lebih perlahan, aperture yang besar dan ISO yang lebih tinggi.
8. Pada pendapat saya, Aurora Borealis kelihatan seperti langsir laser yang ditiup angin. Menonton aurora pula memerlukan keazaman yang tinggi kerana suhu di luar amat rendah. Tapi nasib baik semalam suhu cuma -4°.





Semasa di Lapland tahun lepas, saya menonton aurora dalam suhu -20°. Tapi sempat juga berpiknik, bawa air teh dalam termos dan sandwich digulung dalam aluminium foil. Walaubagaimanapun, kaki sudah kebas walaupun memakai boots berketahanan -20°. Jadi, ya, memerlukan keazaman yang tinggi.

11 makanan wajib makan semasa melancong ke Turki

Turki adalah salah sebuah negara Islam. Bagi pelancong yang pertama kali melancong ke sana, makanan halal bukanlah menjadi satu halangan kepada anda.
Menariknya mengenai makanan Turki ini, setiap hidangan pasti wajib dimakan dengan sup dan juga roti, disamping itu anda juga boleh memilih untuk dimakan bersama daging atau ayam.
Disini ada berberapa hidangan makanan Turki yang perlu dicuba sewaktu berkunjung ke sana, apa yang pasti anda akan sangat merindui makanan mereka setelah kembali ke tanah air.



Istanbul dibahagikan kepada dua iaitu sebelah Europe dan Asia. Makanan dua belah ni tak sama. Saya lagi suka makanan belah Asia sebab bagi saya, lagi sedap tapi hubby saya pulak cakap, makanan di Turki semua sedap. Tambahan pula, isu cari makanan halal hampir tak ada.


KUMPIR (HIGHLY RECOMMENDED)

Kami makan Kumpir banyak kali jugak lah. Seingat saya,  dua kali di restoren nama Simit. Kumpir ialah kentang bakar yang besar, ditengahnya diletak pelbagai jenis bahan seperti buah zaitun, keju, sosej, mayonis, salad dan lain-lain. Bunyi macam tak sedap, tapi rasanya cukup sedap.

MANTAR DOLMASI

Dalam English, stuffed mushroom. Dua kali makan ni dan dua-dua sedap. Mushroom dibakar dengan keju, dan ada sos. Terbaiklah, jangan lupa makan Mantar Dolmasi jika anda ke Turki ya. Serius tak menyesal.

DONER


Datang Turki wajib makan kebab. Ia bukan kebab macam di Malaysia tapi mostly daging dan beberapa jenis side dish seperti salad dan lain-lain.

ISKENDER (HIGHLY RECOMMENDED)

Daging dihiris nipis-nipis makan dengan yogurt dan roti. Sungguh sedap, saya pernah makan Iskender di Bhosporus Restaurant di Pavilion. Mungkin anda juga boleh cuba

IKAN TROUT BAKAR

Ikan trout bakar ni saya makan selepas trekking di Ihlara Valley di Cappadocia. Ikan segar yang dibakar dan dimakan dengan sayuran. Ikan ni sedap sebab segar je kot. Tapi kan, ikan apa-apa pun sedap kalau segar.

BALIK EKMEK

Balik (Ikan), Ekmek (Sandwich). Balik Ekmek boleh didapati di kedai-kedai sekitar Galata Bridge. Sedap juga, perah jus lemon atas ikan tu.

PIDE

Pide ni Pizza Turki. Roti macam pizza biasa tapi sedikit crunchy, dan toppingnya pun kita boleh pilih ikut kehendak atau berdasarkan menu. Ada banyak tempat yang jual makanan ni. Anytime boleh makan sebab ia agak famous di Turki.

ISLAMA KOFTE (HIGHLY RECOMMENDED)

Islama Kofte ini ialah makanan popular berasal dari AdapazariSakarya. Kofte tu maksudnya meat ball. Di makan dengan roti dan tomato bakar. Sedap jugak yang ni.

LOKUM

Lokum ni kueh tradisi Turki. Jika anda terbang dengan Turkish Airlines, memang mereka akan hidangkan Lokum sebaik je pesawat take off.

PISTACHIO AISKRIM

Entah kenapa, rajin dan gigih betul saya cari kedai aiskrim untuk rasa aiskrim pistachio. Lain kedai, lain rasanya. Sedap eh. Rasa pistachio yang sungguh kaw.

HAMSI (HIGHLY RECOMMENDED)


Yang ni saya sangat-sangat nak rekemen. Setakat ni, inilah ikan goreng celup tepung paling sedap pernah saya makan. Masuk mulut sekor-sekor, rasa macam keropok lekor tapi ianya ikan sebenar. Anda boleh dapat di mana-mana restoren ikan. Senang je nak jumpa restoren ikan atau seafoods ni, cari restoren yang tulis Balek, contohnya Istanbul Balek Restaurant. Balek tu maksudnya ikan.
Lepas baca ni, tak ada rasa lapar ke? Atau, tak ada rasa nak pergi melancong ke Turki? Hihi
ARTIKEL ASAL: Travelog.my