Countdown

26 May 2014

TS DAY OUT Permulaan Tahun Melawat Selangor 2015

ARTIKEL ASAL DARI LAMAN SESAWANG RASMI LIBUR.

Paradise Valley di Bukit Broga, Semenyih









Berlangsung 26 April yang lepas, Tourism Selangor Sdn Bhd kembali mengadakan aktiviti TS DAY OUT di mana ia memang terkenal dengan program mencabar kecekalan peserta. Kali ini, Paradise Valley di Bukit Broga, Semenyih dipilih sebagai lokasi untuk menilai tahap adrenalin peserta termasuk media.

Bergerak dari pusat berkumpul di perkarangan pejabat Tourism Selangor iaitu di tengah bandar Shah Alam pada jam 8.30 pagi, perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang satu jam lebih untuk sampai ke destinasi. Jika sebelum ini, hanya peserta yang terdiri daripada blogger tetapi kali ini ia turut disertai oleh sekumpulan media dan selebriti bagi memeriahkan perjalanan program.

Pemilihan blogger dan media adalah secara tidak langsung dapat membantu menaikkan lagi nama Selangor sebagai pusat pelancongan yang berpotensi seiring dengan kedatangan Tahun Melawat Selangor pada tahun depan.

Penganjuran TS DAY OUT pada tahun ini bukan sekadar membawa peserta mengenali keindahan dan kemudahan yang terdapat di Selangor tetapi mahu membuktikan kepada peserta bahawa Selangor juga mempunyai lokasi untuk melakukan sukan ektrim. Menerusi program ini, para peserta berpeluang mencabar diri sendiri dalam sukan lasak yang terdapat di Paradise Valley selain berpeluang menikmati keindahan panorama hijau di sekitar Bukit Broga.

Sebaik saja menjejak kaki ke Paradise Valley, anda pasti merasa lebih teruja kerana ia menawarkan pelbagai aktiviti seperti 'flying fox', 'wall climbing', berkayak dan berbasikal. Inilah masanya anda mencuba kesemua aktiviti dan menilai kekuatan fizikal tanpa perlu pening memikirkan lokasi sukan lasak.

Menariknya ketika program TS DAY Out ini, terdapat satu pertandingan telah diadakan malah hadiah wang tunai turut diberi jika para peserta berjaya merakamkan gambar atau kenangan yang paling kreatif. Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu 'Blogging', 'Instagram', 'Fotografi' dan 'Video YouTube'.  

Menjelang Tahun Melawat Selangor 2015, program seumpama ini bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi sebagai satu usaha positif dari Tourism Selangor dalam mempromosi industri pelancongan khususnya berkaitan sukan lasak. Jom layan beberapa gambar menarik dari para peserta yang bertungkus-lumus menamatkan sukan lasak ini!


16 May 2014

Kenapa Perlu Melancong?


Cuba anda bertanya kepada orang di sekeliling anda. Siapa tidak suka melancong? Lebih 80% akan mengatakan, “Ya, saya ingin melancong!” Mungkin tidak lebih 10% sahaja yang mengatakan tidak ingin melancong. Betulkah? Jika diajukan pertanyaan ini kepada saya, memang sudah pasti  saya ingin! Siapa yang tidak mahu kan? Jika berkesempatan, saya ingin pergi ke semua negara. Itupun jika ada rezeki dan diizinkan Allah. Ada juga yang mengatakan, “Dari pergi melancong, bukankah lebih baik menunaikan umrah atau haji?” Ya, semua orang ingin melalukan ibadah mulia itu termasuklah diri saya, Insha-Allah. Semua bergantung pada niat dan usaha. Namun persoalannya sekarang, kenapa perlu melancong?

Melancong adalah aktiviti yang paling menyeronokkan di dunia! Kerana apa? Kerana kita dapat melihat budaya dan gaya hidup negara orang. Bak kata pepatah, “jauh berjalan, luas pemandangan.”



Mungkin di sini boleh dikongsikan sedikit sebanyak kenapa perlu melancong. Jom kita lihat dibawah!

1.Mempelajari dalam menyesuaikan diri.

Kita boleh merancang destinasi mana yang ingin dituju, tetapi tidak semestinya apa yang kita rancang kita akan miliki, apabila di negara orang, kita perlulah mempelajari untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang baru termasuklah orang di sekeliling dari pelbagai sudut perspektif yang berbeza. Terdapat negara yang mempunyai empat musim di mana ianya amatlah berbeza dengan negara kita, maka ianya perlulah dititik beratkan terutamanya musim sejuk.

2. Menerokai perkara-perkara baru.

Kita akan mengalami dan menemui perkara-perkara baru dalam hidup apabila bertandang ke negara orang. Melancong adalah salah satu cara untuk membuka mata dan minda serta menimba ilmu dan merasai pengalaman baru. Pergilah melancong! Bila sudah rasai sekali, pasti ingin melancong lagi sekali. Salah satu perkara yang bakal diterokai buat para pelancong ialah perbezaan budaya, udara yang berlainan serta suasana yang sangat berbeza dengan tempat sendiri. Percayalah.

3. Kejutan selera makan.

Apabila berkunjung ke negara asing, sudah tentunya kita ingin merasai makanan mereka. Apa yang penting, pastikan makanan yang dijamah itu adalah halal. Menjadi satu kerugian jika melancong tetapi tidak mengambil peluang untuk memakan makanan tempatan di situ. Sekali-sekala, cuba kita hidup tanpa makanan di negara sendiri.

4. Pengembaraan idaman.

Terokai destinasi baru, pergilah ke tempat yang diidam-idamkan. Jadikan destinasi idaman yang dikunjungi sebagai satu kenangan yang paling indah dalam hidup anda. Nikmati suasana bersama-sama keluarga, rakan-rakan dan orang yang tersayang.



Apa tunggu lagi? Jom melancong! POTO Travel & Tours ada menyediakan pelbagai pakej pelancongan yang menarik. Hubungi kami untuk pertanyaan di talian 03-9200 664 atau lawati laman sesawang rasmi kami di www.pototravel.com.my

8 May 2014

Peraduan Sempena Bonanza 5!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang dihormati. Di sini dengan suka citanya kami ingin mengumumkan peraduan sempena Pakej Melancong Bonanza 5 tahun 2014! Jom sertai peraduan ini! Hadiah menarik untuk dimenangi!


2 May 2014

Mengembara ke South Island, New Zealand! (Bahagian Kedua)

Sepanjang lawatan dari Christchurch ke Queenstown, saya terlihat banyak kenderaan jenis karavan yang lalu-lalang di sini. Sudah menjadi kebiasaan dan trend, kenderaan ini memang banyak kelihatan di atas jalan raya kerana ia memudahkan  setiap lawatan dan tidak perlu memeningkan kepala di mana untuk menginap, memasak, mandi dan lain-lain lagi! Seronok pula tengok, teringin mencubanya. Tidak ketinggalan, kami juga menemukan kambing biri-biri yang luar biasa. Mana tidaknya, kambing di sini smua gebu-gebu belaka! Queenstown ialah sebuah bandar peranginan yang terletak di barat daya Pulau Selatan. Bandar yang paling hampir dengan Queenstown ialah Dunedin dan Invercargill. Bandar Queenstown ini telah diasaskan oleh William Gilbert Rees. Beliau tiba di sini pada tahun 1861 bersama isterinya dan mereka tekah membina sebuah rumah di tepi tasik.

Queenstown ini memang terkenal dengan aktiviti lasak. Sebutlah apa sahaja, seperti lompatan bungee, bot laju, aktiviti ski, memandu bot, berkayak, terjun lelabah, memanjat gunung, penjelajahan hutan dan memancing, semuanya boleh dilakukan di situ. Bagi penggemar aktiviti lasak yang tegar, sudah sememangnya tempat ini paling tepat untuk dikunjungi!

Dikelilingi empat banjaran gunung ski, Cardrona Alpine Resort, Coronet Peak, The Remarkables dan Treble Cone serta tasik-tasik membiru seperti Lake Wakatipu yang dikelilingi bukit-bukau yang indah sememangnya cukup mempesonakan. Ia sangat luas dan cantik! Jalan raya ke bandar itu juga di lereng gunung dan memerlukan tumpuan dan kecekapan pemandu. Perlu berhati-hati bagi yang memandu lagi-lagi ketika musim sejuk, kerana jalan raya akan menjadi licin dan boleh membahayakan keselamatan. Kami tiba di sini setelah lebih kurang 8 jam berada di dalam perjalanan. Fuh, sungguh meletihkan, namun apabila melihat keindahan Tasik Wakatipu, keletihan terus hilang dibawa arus angin dan ombak. Cewah!





Selain itu, Queenstown ini meriah dengan pelbagai kedai butik dan cenderamata. Jangan lepaskan peluang untuk menaiki kereta kabel, iaitu Skyline Gondola ke puncak di salah satu gunung di sini untuk menghayati serta menikmati keindahan lembah-lembah New Zealand. Memang menyeronokkan! Kami sempat berjalan-jalan di sekitar bandar untuk membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang ke tanah air nanti. Kami memilih DF Souvenir kerana di sini harganya lebih berpatutan jika dibandingkan dengan kedai lain.




DF Souvenir
Tidak mahu melengahkan masa, perjalanan diteruskan pula ke Arrowtown. Terletak kira-kira 22km dari Queenstown atau dalam 20 minit, Arrowtown merupakan sangat unik kerana pekannya seperti pekan koboi ala-ala zaman era 60-70 an. Terdapat lebih kurang 70 buah bangunan bersejarah di situ. Terasa seperti masa berputar ke zaman hitam putih, sungguh nostalgia ketika tiba di bandar ini. Apa lagi, saya terus mengeluarkan kamera di dalam beg dan laju menekan punatnya untuk menangkap memori di sini. Sambil berjalan sambil melihat kedai-kedai untuk membeli lagi cenderamata untuk yang berada nun jauh di sana. Di sini juga boleh menemukan kedai manisan yang terkenal dengan pelbagai jenis manisan serta gula-gula. Kanak-kanak pasti suka! Apa yang membuatkan kota Arrowtown ini dikenali dunia ialah kerana kecantikan dedaun yang terdapat pada pokok-pokok ketika musim luruh. Tatkala angin menghembus ke wajah kami, terasa sangat nyaman sambil ditemani ribuan helaian daun.





Kami menyusuri Arrowtown Chinese Village, iaitu sebuah pekampungan pelombong emas dari Cina yang telah diduduki pada tahun 1865. Ianya terletak di hujung jalan Buckingham, Arrowtown, yang berdekatan dengan Bush Creek Reserve. Menurut sejarah, orang cina bertungkus-lumus untuk mencari dan menggali emas walaupun warga tempatan New Zealand berkata emas telahpun habis. Entah bagaimana, mereka berjaya menemui saki-baki emas akhirnya. Kami menemui papan tanda Chinese Settlers dan tempat tinggal mereka. Terdapat sebuah rumah dan sebuah kedai seorang pelombong emas yang bernama Ah Lum. Binaanya masih kekal dan utuh sehingga sekarang selepas penambah baikan pada tahun 1986. Beliau menjual the cina, beras, jeruk limau, halia dan juga menjadi bank tidak rasmi untuk bandar Arrowtown. Dikatakan Ah Lum menetap di sini sehingga kematiannya pada tahun 1925. Banyak binaan yang kami temui dan pelajari, sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu di dada.

Antara pondok/rumah kecil di Arrowtown Chinese Village


Rumah peninggalan Ah Lum
Tempat Ah Lum melepaskan hajat
Walaupun percutian kami ini berlangsung selama 10 hari, namun terasa sangat sekejap. Sedih hendak meninggalkan bumi Kiwi ini. Terlalu banyak kenangan manis sepanjang berada di sini. Memang disyorkan untuk ke sini bagi sesiapa yang sedang atau tengah fikir tentang percutian yang menarik. POTO Travel ada menawarkan pakej ke Pulau Utara dan Pulau Selatan New Zealand! Harga yang sangat berpatutan dari RM 10,999 sahaja! Diskaun diberikan kepada warga emas dan juga kanak-kanak. Keistimewaan pakej ialah Full Board, aturcara lawatan menarik, penjagaan waktu solat, makanan halal, dan lain-lain lagi. Hubungi kami di talian 03-9200 6640 atau layari laman sesawang rasmi di www.pototravel.com.my. Jom ikut kami melancong!