Pages

3 April 2014

Taman Mini Chima Tambah Keseronokan Legoland


ARTIKEL ASAL DARI LAMAN SESAWANG RASMI LIBUR

'Legends of Chima Miniland'


































Apabila merancang percutian bersama keluarga, destinasi percutian merupakan faktor terpenting yang perlu diambil kira. Bersesuaian dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, rasanya bercuti dalam negara adalah idea yang paling tepat. Seperti merancang percutian ke Legoland Malaysia Resort, perjalanan ke sini menjanjikan banyak pengalaman menarik. Sama ada menaiki pesawat tambang rendah Air Asia atau memandu sendiri ke Johor, anda pasti teruja. Legoland juga kini menawarkan satu lagi tarikan baru untuk seisi keluarga, Lego Legends of Chima Miniland.
 
Tema Unik Destinasi Lego
Pasti ramai yang sudah mendengar tentang Legoland sejak beberapa tahun yang lalu. Ini tidak menghairankan kerana Legoland Malaysia Resort yang berada di negara kita ini merupakan antara taman tema terbesar dunia meliputi 50 kali keluasan padang bola, berserta 15,000 model Lego yang dibina menggunakan 60 juta unit blok Lego. Untuk menambah keseronokan taman tema, permainan seperti Roller coaster, permainan air dan pertunjukan turut disediakan buat pengunjung. Memang terasa kelainan, seolah-olah kita hidup dalam dunia ‘Lego’.
 
'Legends of Chima Miniland' Tarikan Baru
Kini dengan pembukaan Legends of Chima Miniland, ia boleh menjadi tarikan baru buat pengunjung yang pernah ke sini dan juga alasan yang baik untuk kita melihat Lego dengan konsep cerita fantasi ‘The Chima’. Idea kreatif Legoland turut dikembangkan dengan tayangan filem animasi pendek Chima dalam bentuk 4D dan menawarkan keriangan lain buat kanak-kanak seperti air terjun, bebola CHI yang mampu bertukar warna, terowong istimewa dan melihat secara dekat karakter kesukaan mereka yang dibina sepenuhnya menggunakan Lego.
 
Penginapan Penuh Aksi di Hotel Legoland
Jika seharian tidak cukup untuk anda ‘bergaul’ dengan orang-orang Lego, anda boleh sahaja memilih untuk menginap di Hotel Legoland yang sungguh unik. Mereka menggunakan tiga konsep dekorasi utama iaitu 'Pirates, Kingdom dan Adventure' sebagai tema hiasan bilik. Bayangkan diri anda tidur dalam suasana ‘lanun’, memang mengujakan!
 
Menurut Pengurus Besar Legoland, Mark Gerymn itu semua hanya sebahagian daripada apa yang ditawarkan di Legoland. Banyak lagi tarikan serta aktiviti yang boleh dibuat disini serta ada yang mengikut musim seperti sambutan Haloween,  tambahan masa sepanjang  bulan Ramadan, percutian ekstravaganza sempena Krismas dan tahun baru serta pelbagai lagi.
 
Kelainan dan keseronokan menjadi keutamaan untuk diberikan kepada pengunjung. Bagi kami, ia destinasi yang mesti menjadi pilihan buat mereka yang mengunjungi Malaysia dan destinasi wajib singgah oleh warga negara ini sendiri, paling tidak sekali. – Web Libur.

1 comment: