Pages

26 March 2014

Aduh, Venezia!


Venice sememangnya mendapat gelaran sebagai kota yang paling romantis. Tidak lengkap jika pengembaraan ke Eropah tidak singgah di sana. Ia merupakan satu destinasi yang wajib dimasukkan dalam senarai untuk percutian yang lebih bermakna. Saya suka bertandang ke sini sebagai terapi minda dan fizikal setelah penat dengan longgokan tugasan di tempat kerja. Sekali-sekala, apa salahnya berada di luar negara dan mendalami bagaimana kehidupan dan suasana di tempat orang lain. 

Seingat saya, saya pernah berkunjung ke Venice tidak lama suatu ketika dahulu. Bersama rombongan dengan travel agensi, lawatan  di sana sangat memberi kenangan dan menggamit memori yang sangat indah! Sejak dari dulu lagi, saya sudah tertarik dengan namanya sebelum menjejaki ke negara itu lagi. Alhamdulillah, saya berpeluang sekali lagi untuk mengikuti pengembaraan ke sini dengan POTO Travel & Tours yang sentiasa menjadi pilihan rakan pelancongan!

Venice, atau Venezia namanya merupakan satu-satunya kota di dunia yang dibangunkan dengan persekitaran yang dikelilingi air. Ianya dipisahkan oleh sebuah sungai yang digelar sebagai Canale Grande atau Grand Canal. Oleh kerana inilah yang menjadikan Venice sebagai sebuah kota yang unik, selain mempunyai pelbagai sejarah yang disimpan. Sungai ini memiliki kira-kira 3.5 km panjangnya yang dikenali sebagai “The great street of Venice”. Venice ini terletak di tengah-tengah Laguna yang mempunyai sebanyak 21km panjang dan 14km lebar di hujung barat laut Adriatik, yang menghubungkan sebanyak 118 pulau! 

  

Kami tiba di landmark pertama, iaitu Piazza San Marco dengan menggunakan perkhidmatan water bus. Bagi yang tidak tahu, water bus dan water taxi adalah pengangkutan utama yang digunakan di Venice. Harganya pula berbeza, di mana water bus hanya mengenakan bayaran sebanyak 6 euro manakala water taxi memberikan caj sebanyak 140 euro untuk satu teksi! Sebelum ini saya pernah mencuba water taxi yang seperti menaiki kereta limo. Sangat sangat selesa dan best. Untuk pertama kali berkunjung ke Venice, perlu mencuba, kalau tidak sangat rugi! Water bus pula terasa seperti hanya menaiki bas awam yang penuh dengan para penumpang yang berdiri.

Oh ya, paling penting jika bercuti ke Venice ialah jangan pernah terlepas untuk berkunjung ke Rialto Bridge, sebuah jambatan yang sangat terkenal di sini. The Rialto Bridge adalah salah satu daripada empat jambatan yang merentasi ke Grand Canal di Venice, Itali. Ia adalah jambatan tertua di seluruh canal, dan merupakan garis pemisah bagi daerah San Marco dan San Polo. Rialto Bridge atau Ponte di Rialto adalah jambatan yang pertama di bandar Grand Canal. Ianya telah dibina pada tahun 1180 dan diperkukuhkan lagi dengan pembinaan batu marmar sekitar tahun 1588-1592. Jambatan indah ini mempunyai anak tangga untuk menaikinya dan juga kedai-kedai di mana merupakan lokasi kegemaran bagi pelancong yang datang bercuti. Saya lihat berdekatan dengannya ialah sebuah pasaran menjual hasil segar dan ikan-ikan serta barangan jualan yang lain. Pertama kali singgah di sana terus saya mengeluarkan kamera dari poket beg dan menangkap gambar sebagai kenang-kenangan. Cuma kali ini, saya dapat merungkai memori bersama rakan-rakan lain yang mengikuti rombongan ini.

Rialto Bridge
Sangat cantik!
Water Bus

Water Taxi



Berbalik kepada Piazza San Marco, dalam nama lainnya ialah Dataran St Mark. Ianya dikelilingi oleh bangunan-bangunan bersejarah seperti St Mark Basilica dan juga Doge’s Palace. Di situ terletaknya juga menara loceng, Bell Tower Campanile yang tinggi menggunung yang boleh membuatkan orang ramai berteduh jika waktu panas terik.  Merupakan sebuah menara yang mempunyai ketinggian sebanyak 98.6 meter (323 kaki), dan berdiri berdekatan dengan hadapan gereja. Kini, menara ini telah dibina semula dengan menggunakan bentuk yang terkini pada tahun 1912 selepas kejatuhannya pada tahun 1902. Kawasan itu sangat sesak dihimpit pengunjung-pengunjung lain sehingga saya agak susah untuk bernafas. Nasib baiklah beg yang dibawa tidak banyak, kalau tidak sudah tentunya akan tersekat di jalan mahupun tercampak di timbunan orang ramai. 

Saint Mark Basilica ini pula adalah sebuah gereja besar Roman Katolik Archdiocese Venice, utara Itali. Ia dinobatkan sebagai gereja yang paling terkenal oleh kerana seni binaanya yang diambil dari gaya ala  Italo-Byzantine. Pada asalnya ia adalah sebuah gereja daripada Doge, dan hanya menjadi katedral di bandar ini sejak tahun 1807. Bangunan ini juga mendapat gelaran sebagai Chiesa d’Oro, Gereja emas kerana reka bentuk binaanya yang mewah, dengan mozek tanah emas serta kerana statusnya sebagai satu simbol kekayaan dan kekuasaan Venice, yang bermula pada abad ke-11.  Saya tidak masuk pun ke dalamnya, kerana lebih prefer untuk mengambil gambar dari luar bangunan itu sahaja.

Aktiviti di situ ialah memberi makanan kepada merpati yang sangat jinak! Siap boleh melepak di atas kepala lagi sambil menunggu makanan. Harga makanan untuk merpati adalah segenggam gandum yang berharga 1 euro. Semua orang kelihatan sangat gembira, ada yang kelihatan takut-takut semasa memberi makanan kepada burung merpati.


St Mark Basilica
Menara loceng, Bell Tower Campanile

Setelah puas berjinak-jinak dengan merpati, kami singgah pula ke Istana Doge atau dalam bahasa Italinya yang lebih dikenali sebagai Palazzo Ducale. Pada asalnya, ia adalah sebuah istana dibina dalam ala gaya Gothic Venetian, serta merupakan salah satu mercu tanda utama di bandar Venice, utara Itali. Istana ini telah dibangunkan sekitar tahun 1240 dan merupakan kediaman bagi  Doge Venice,  iaitu pihak berkuasa tertinggi di Republik Venice dan ianya dibuka sebagai muzium pada tahun 1923. Istana ini diperluaskan lagi dari segi seni binanya pada tahun 1424 dan siap sepenuhnya kira-kira tahun 1442 dengan terbinanya Porta della Carta, iaitu pintu masuk utama ke istana Doge.

Sepanjang kunjungan ke sini, saya dimaklumkan bahawa istana ini pernah mengalami kebakaran yang besar pada tahun 1483 sekaligus telah merosakkan sebahagian daripada sisi istana itu. Ianya dibangunkan semula oleh Antonio Rizzo dengan gaya seni bina Renaissance. Hari ini, ia adalah salah satu daripada 11 muzium yang dikendalikan oleh Fondazione Musei Civici di Venezia. Muzium ini dikunjungi kira-kira 1.4 juta pada tahun 2010. Istana ini mempunyai hiasan dalaman dan seni bina yang indah dengan banyak siling yang dicat termasuklah Titian, Carpaccio dan Tintoretto.  Ianya sekarang masih tersergam indah sebagai salah satu mercu tanda San Marco. Paling menarik pada binaannya yang diperbuat dari mamar putih yang menjadi kebanggan Venetian sehingga kini!

Walaupun ianya berupa muzium, namun apa yang dipamerkan bukanlah karya-karya daripada artis-artis terdahulu tetapi isi mengenai istana itu sendiri dengan statusnya sebagai bangunan yang bersejarah. Saya begitu kagum melihat struktur dan seni binaanya yang sangat unik. Biarpun sudah berabad lama, tetapi bangunannya tetap dan masih tersergam indah. Seperti biasa, aktiviti mengambil gambar dan ber’posing’ di hadapan bangunan bersejarah itu.






Selepas puas membelek bangunan Istana Doge, seterusnya kami berkunjung ke Bridge of Sighs. Boleh menaiki gondola untuk terus melawat Venice Jail. Dikatakan bahawa Bridges of Sighs ini merupakan sebuah jambatan rintihan yang dibina pada tahun 1609 yang direka oleh Antoni Contino. Ianya diperbuat daripada batu kapur putih serta dilengkapi dengan tingkap yang diperbuat daripada bar batu. Jambatan ini merentasi Rio di Palazzo dan menguhubungkan penjara baru dengan kawasan bilik soal siasat yang terletak  di Doge Palace. Menurut informasi sejarah yang saya baca, nama jambatan ini digelarkan dan diberikan oleh Lord Byron pada abad ke-19 di mana puisi terkenal yang diambil daripada Childe Harold yang bertajuk “ I stood in Venice on the Bridge of Sighs, a palace and prison on each hand” di mana banduan-banduan menghabiskan masa terakhir mereka dan mengeluh sebelum dipindahkan ke penjara. 

Namun pada realitinya, penyiasatan dan hukuman telah lama berakhir sebelum siapnya jambatan. Di bawah bumbung istana itulah terletaknya penempatan bagi banduan-banduan yang melakukan jenayah kecil dan mereka tidak dapat melihat suasana dari jambatan ini akibat dilindungi oleh gril batu yang menutupi tingkap. Terdapat satu lagenda menyatakan bahawa pasangan-pasangan yang sedang bercinta akan diberikan kebahagian yang kekal abadi jika mereka pergi ke bawah jambatan ini dengan menaiki gondola  ketika terbenamnya matahari.



 

Saya berserta jemaah yang lain diberikan aktiviti bebas di sini. Setelah meneliti lokasi-lokasi yang menarik, saya bercadang untuk menaiki gondola yang berharga dalam lebih kurang 80 euro. Ianya tidak terasa sangat jika dinaiki oleh beberapa orang lain. Rugi kalau tidak mencuba jika sudah sampai ke sini. Saya menaikinya dengan beberapa rakan rombongan yang lain untuk menikmati suasana yang ada di sekitar kota ini.  Boleh juga kalau ingin suruh si pengayuh gondola menyanyi sepanjang perjalanan merentasi bangunan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi caj berlainan akan dikenakan. 

Gondola

Banyak kedai yang dapat ditemukan di sini untuk membeli barangan antaranya ialah Hard Rock café yang terletak di belakang Piazza San Marco sahaja. Selain itu, bagi peminat-peminat Murano Glass bolehlah berkunjung di sini. Ianya seperti jenama Pandora di mana harganya murah jika dibandingkan di negara kita. Makanan halal juga senang didapati di sini, jadi tidak perlu risau. Menu yang terkenal di sini ialah pizza dan juga spaghetti. Sangat lain rasanya, tidak seperi pizza dan spaghetti yang kita makan sebelum ini. Harganya dalam lingkungan 12 Euro untuk spaghetti dan 10 Euro untuk pizza. Berbaloi dan mengenyangkan!



Murano Glass


Oleh kerana kota ini kecil dan tidak sebesar mana, agak mudah untuk berjalan-jalan di sekitar sini, namun awas juga kerana mungkin akan sesat jika tidak biasa ke sini. Pentingnya membawa tourist map bersama agar masa tidak dibazirkan begitu sahaja dengan mencari jalan untuk ke sesebuah destinasi.  Ternyata, Venice tidak pernah membosankan dan mengecewakan saya. Jika diberikan kesempatan lagi, saya pasti akan berkunjung kembali bersama keluarga pula untuk menikmati suasana yang unik di sini suatu hari nanti, insha-Allah. Para pelanggan bolehlah layari laman sesawang rasmi POTO di www.pototravel.com.my mengenai pakej-pakej pelancongan yang menarik atau hubungi di talian 03-9200 6640.

No comments:

Post a Comment