Pages
▼
29 January 2014
Jom Menjelajah Bumi Balkan Bersama-sama dengan POTO!
Mari menjelajah tinggalan perang di Balkan bersama-sama dengan POTO Travel & Tours pada 27 Februari 2014. Lawati tempat-tempat yang bersejarah seperti Bosnia, Croatia, Macedonia, Montenegro dan Albania! Pakej 12 Hari 9 Malam ini adalah termasuk tiket penerbangan, penginapan hotel 4-5 bintang, pengangkutan dan santapan harian.
Harga terhebat bermula daripada RM8,999 seorang. Diskaun akan diberikan kepada warga emas dan kanak2. Ayuh, cepat mendaftar segera. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada link ini: http://www.poto.travel/janmac/balkan.pdf
Berikut adalah 2 artikel yang disediakan oleh seorang penulis akhbar Harakah yang telah ke Balkan pada tahun lepas bersama-sama dengan POTO Travel & Tours:
Harga terhebat bermula daripada RM8,999 seorang. Diskaun akan diberikan kepada warga emas dan kanak2. Ayuh, cepat mendaftar segera. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada link ini: http://www.poto.travel/janmac/balkan.pdf
Berikut adalah 2 artikel yang disediakan oleh seorang penulis akhbar Harakah yang telah ke Balkan pada tahun lepas bersama-sama dengan POTO Travel & Tours:
28 January 2014
Lokasi 'Nightlife' Paling Havoc Sekitar KL
ARTIKEL ASAL DIAMBIL DARI LAMAN SESAWANG LIBUR.
Pusat bandar Kuala Lumpur adalah lokasi tepat dengan beberapa pilihan lokasi yang mampu memberi keseronokan pada waktu malam terutamanya anak-anak muda dan juga pelancong yang gemarkan hiburan sepanjang jalan. Mana hendak lepak malam ini?
Chinatown Nightlife
Hiburan malam di Chinatown mempunyai tarikannya yang tersendiri. Tolak tepi kelab malam, pab mahupun bar yang biasanya menawarkan alkohol! Sebaliknya, kunjungan anda di Petaling Street memberi harapan buat peniaga di sana. Lampu neon, bunyi bising tawar-menawar dan mainan lampu berwarna-warni akan lebih bertenaga jika anda berkunjung di malam hari.
Pasar malam Petaling Street memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lot-lot kedai dan gerai di sini menjadi lebih 'hidup' apabila peniaga cuba menarik perhatian pengunjung. Jika anda menjiwai suasana pasar malam Petaling Street, anda boleh melihat gelagat peniaga yang gigih mencari rezeki, pelancong yang mahukan buah tangan untuk dibawa pulang dan rakyat tempatan yang yang mahukan barangan 'berjenama' dengan harga murah.
Jalan Bukit Bintang
Jalan Bukit Bintang menawarkan hiburan tanpa had terutama menjelang tengah malam. Biarpun Jalan Bukit Bintang adalah antara jalan yang tidak pernah lengang baik siang mahupun malam, Jalan Bukit Bintang menjadi laluan pilihan ramai pelancong dari luar negara.
Terdapat banyak restoren yang menyediakan hiburan dan suasana meriah bermula dengan mainan lampu berwarna-warni sehinggalah live band. Selain deretan kelab malam dan pusat karaoke disekitarnya, anda boleh terhibur dengan gelagat anak-anak muda yang berbakat dan berjiwa seni membuat persembahan.
Bazar Larut Malam (Uptown)
Jika kota Kuala Lumpur menyesakkan anda, lokasi bazar larut malam yang terletak pinggir kota bukan lagi perkara baru buat pengunjung tempatan. Danau Kota yang terletak di Setapak dan KL Downtown Cheras adalah lokasi menarik untuk dilakukan pada malam minggu. Biasanya, aktiviti perniagaan bazar larut malam bermula jam 10 malam sehingga 4 pagi.
Lokasi bazar larut malam bukan saja terkenal dengan barangan bundle tetapi terdapat jualan produk kraftangan, barangan antik, barangan berbentuk hobi dan produk tradisional. Pada masa yang sama, anda boleh mencuci mata untuk membeli pakaian, aksesori,cenderahati, kasut, perhiasan dan lain-lain.
Kami tahu ada banyak lokasi lain tetapi lokasi diatas hanya sebahagian hiburan malam yang boleh diperolehi sekitar Kuala Lumpur. Sesekali memandu untuk lepak bersama teman-teman setelah penat bekerja tidak ada salahnya asalkan anda tidak melakukan kesalahan.
Terasa seperti hendak menjamu hidangan mamak pula malam ini. NZ Curry House yang terletak di Bukit Bintang juga merupakan 'port' lepak terbaik pada waktu malam sambil mencuci mata melihat gelagat pengunjung kelab malam yang berdekatan!
27 January 2014
Percutian Musim Bunga (April-Jun)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelanggan yang dihormati,
Pakej-pakej percutian musim bunga telahpun diumumkan untuk perlepasan bulan April-Jun! Jom melancong bersama POTO, banyak tawaran yang menarik untuk anda! Untuk tempahan, sila layari di www.pototravel.com.my atau hubungi kami di talian 03- 9200 6640.
Info lanjut boleh disemak di link ini: MUSIM BUNGA APRIL-JUN 2014
Pakej-pakej percutian musim bunga telahpun diumumkan untuk perlepasan bulan April-Jun! Jom melancong bersama POTO, banyak tawaran yang menarik untuk anda! Untuk tempahan, sila layari di www.pototravel.com.my atau hubungi kami di talian 03- 9200 6640.
Info lanjut boleh disemak di link ini: MUSIM BUNGA APRIL-JUN 2014
23 January 2014
Manisnya Berbulan Madu di Bali!
Wanita-wanita di Bali berpakaian kebaya tradisional mereka |
Selepas
majlis akad nikah dan persandingan selesai, soalan pertama yang sering menjadi tanda
tanya oleh kebanyakan pasangan mempelai adalah destinasi yang sesuai untuk
pergi berbulan madu. Banyak faktor yang memainkan peranan penting di dalam
proses membuat pilihan yang tepat; kos, jarak, masa, minat si suami dan si
isteri serta banyak lain.
Ramai
yang terbang ke Eropah, tidak ketinggalan juga yang memilih destinasi dalam
negara sahaja. Namun begitu, bagi pasangan yang inginkan suatu pengalaman yang
unik, destinasi yang tidak terlalu jauh dan berkos sederhana, Bali merupakan
jawapan yang terbaik.
Bali,
yang juga dikenali sebagai Pulau Dewata, adalah sebuah pulau jajahan Indonesia
yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Ibu kota Bali ialah kota
Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan
yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.
Tarian klasik masyarakat Bali |
Istana Cinta di Bali
Pulau
Bali menyediakan pelbagai jenis penginapan menarik di lokasi-lokasi yang
terindah bagi pasangan yang baru sahaja diijab kabul.
Bagi
mereka yang mementingkan kemudahan dan keselesaan ketika bercuti, pilihan
hotel-hotel bertaraf 4 dan 5 bintang di Bali sememangnya menjanjikan kenangan bulan
madu yang istimewa. Hotel-hotel seperti Harper Kuta Hotel, Ramada Bintang Bali
Resort, Hard Rock Hotel dan Pullman Bali Legian Nirwana sering menjadi pilihan
para pengunjung dari serata dunia.
Pengunjung
boleh memilih jenis bilik yang standard
ataupun suite mewah, bergantung
kepada bajet masing-masing. Kelebihan menginap di hotel-hotel seperti di atas
adalah ianya tersedia dengan kelengkapan asas seperti restoran, spa, kolam
renang dan servis pengangkutan.
Selain
hotel, Bali juga terkenal dengan penginapan di villa-villa untuk pasangan yang
gemarkan privasi. Villa-villa ini mempunyai keluasan yang besar dan dilengkapi
dengan kolam renang, ruang tamu, dapur dan servis tukang masak sekiranya
diperlukan. Lokasi-lokasi yang strategik untuk penginapan villa di Bali adalah
seperti Kuta, Legian, Ubud, Seminyak dan Nusa Dua.
Hard Rock Hotel Kuta, Bali |
Sejoli Bercanda
Bali
tidak pernah kontang dengan aktiviti-aktiviti menarik yang tersedia untuk para
pengunjungnya, terutama pasangan yang sedang berbulan madu. Perkara paling
romantis yang sesuai dilakukan di Bali adalah melihat sunset ataupun waktu matahari jatuh di Tanah Lot. Pemandangan cukup
indah yang sangat tidak ternilai.
Tanah
Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau Bali, Indonesia. Di
atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot yang menjadi tarikan
utama para pelancong yang bertandang di situ.
Tanah
Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia
mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan
berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya.
Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci
untuk mengagungkan Tuhan laut Bali.
Tanah Lot |
Tanah Lot ketika senja |
Selepas
menyaksikan senja merah di Tanah Lot, pasangan boleh pergi menikmati makan
malam ala candlelight dinner di kawasan
persisiran pantai Bali. Terdapat banyak restoran yang menawarkan ruang makan
malam outdoor di tepi pantai dan
rata-ratanya menghidangkan pelbagai jenis makanan laut yang segar.
Memang
enak bersantap bersama-sama insan yang tersayang sambil dibuai angin bayu laut
yang menyamankan serta bunyi deraian ombak yang menghempas pantai. Masa ini
amat sesuai bagi pasangan untuk berbual tentang kenangan-kenangan manis ketika
majlis perkahwinan berlangsung. Aduhai, romantis sekali!
Setelah
penat menghabiskan masa di luar, pasangan suami isteri boleh bersama-sama
mengunjungi pusat-pusat spa untuk memanjakan diri masing-masing. Servis rawatan
seperti urutan kaki refleksologi, urutan badan aromaterapi, rawatan muka dan
rawatan mandi stim memang cukup popular sekali.
Makan malam di kawasan persisiran pantai |
Panorama yang Menenangkan Jiwa
Tiada
apa yang boleh menenangkan jiwa selain daripada menatap pemandangan yang indah.
Setelah mengharungi riuh-rendah majlis perkahwinan, menghabiskan masa di Bali berduaan
pasti boleh membuat minda menjadi rileks.
Salah
satu tempat yang paling popular di Bali dek kerana keindahan semulajadinya
adalah daerah Ubud. Kawasan ini acap kali dikunjungi pelancong yang ingin
melihat kecantikan teres-teres sawah padi yang menghijau di lereng-lereng
bukit. Begitu berbeza sekali dengan hamparan sawah padi di Malaysia yang
mendatar rata.
Kawasan sawah padi di Ubud |
Selain
Ubud, daerah Uluwatu juga tidak kurang menariknya. Terdapat curam tinggi di
Uluwatu yang menghadap hamparan laut yang membiru. Terdapat beberapa pura (kuil hindu Bali) dengan
senibina yang sangat menarik di kawasan ini. Uluwatu juga popular kerana
pertunjukan tarian kecak yang dipersembahan setiap hari ketika waktu senja.
Penulis di Uluwatu |
Pertunjukan tarian kecak di Uluwatu |
Daerah
Kintamani pula merupakan kawasan tanah tinggi di Bali, persis Cameron Highlands
dan Fraser’s Hill. Kintamani terletak di bahagian timur Bali, berada sekitar
400 meter di atas permukaan laut. Dengan udara yang sejuk, Kintamani menawarkan
pemandangan Gunung Batur serta Danau Batur yang merupakan danau terbesar di
Bali.
Kawasan pergunungan di Kintamani |
Membeli-belah Dekor Rumah
Pasangan
suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga boleh juga meluangkan
masa di Bali untuk membeli barangan perhiasan dalaman rumah seperi lukisan
kanvas, perabot kayu jati, barangan tembikar dan perkakasan dekor rumah yang
lain. Pasti sang isteri rambang mata memilih yang mana harus dibeli. Sang suami
pula tidak perlu risau, barangan di Bali dijual pada harga yang berpatutan.
Malahan, harga-harga tersebut boleh ditawar bagi mendapatkan lebih diskaun.
Tempat-tempat
yang sesuai untuk membeli-belah di Bali adalah seperti Kuta, Ubud, Legian,
Seminyak dan Kerobokan.
Salah sebuah kedai yang menjual kedai perabot unik di Bali |
Selain
bershopping barangan dekor rumah, pastikan peluang untuk mencuba juadah-juadah
enak ketika di Bali tidak dilepaskan. Walaupun makanannya seakan sama sahaja dengan
masakan orang Melayu di Malaysia, namun terdapat sedikit kelainan daripada
aspek rasa dan cara penyediaan. Pengunjung muslim tidak perlu risau kerana
rata-rata restoran di Bali menyediakan makanan yang halal. Paling popular
adalah sajian nasi goreng ala Bali bersama ayam bakar.
Nasi goreng ala Bali |
Sebuah kawasan pasar di Bali |
Ikatan Cinta Terpateri
Percutian
bulan madu di Bali pastinya tidak akan menghampakan pasangan yang baru
berkahwin. Kecantikan semulajadi dan keunikan budaya masyarakat Bali bakal
memukau deria para pengunjung.
Tambahan
pula, jaraknya dari Malaysia hanyalah 2 jam menaiki penerbangan sahaja dan kos
berbelanja di Bali tidaklah begitu tinggi. Faktor-faktor ini membuatkan Bali
sentiasa menjadi pilihan untuk destinasi bulan madu yang ideal.
Kepada
bakal-bakal pengantin, peluang berbulan madu di Bali semestinya tidak boleh
dilupakan. POTO Travel & Tours, sebuah syarikat pelancongan 100% bumiputera
ada menawarkan pakej-pakej premium ke Bali yang sangat sesuai untuk dijadikan
percutian bulan madu.
Untuk
maklumat lanjut, sila layari www.pototravel.com.my
atau hubungi kami di 03-9200 6640 dan email di info@pototravel.com.my.
Ibu Pura di Bali |
Penari-penari kebudayaan di Bali |
Penulis di salah sebuah kuil di Bali |
Seindah Namamu, Pamukkale…
Seawal
jam 7 pagi lagi saya sudah terpacak di depan hotel selepas mencubit sedikit
roti untuk breakfast memandangkan
perut ini masih terlalu awal untuk menerima sebarang makanan. Saya bangun pada jam
5 pagi untuk bersiap-siap kerana semata-mata ingin meluangkan seharian masa untuk
melawat ke tempat-tempat yang ada di Pamukkale. Gembira? Teruja? Usah ditanya!
Pamukkale,
memang tidak semua tahu mengenai keistimewaan yang terdapat pada bandar itu.
Rata-rata daripada mereka lebih mengenali Instabul, Izmir atau Ankara yang
sememangnya telah popular dan megah di kalangan para pelancong. Namun,
Pamukkale apa juga kurangnya? Mempunyai keistimewaannya sendiri sehingga diangkat
dan diwartakan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Alhamdulillah, sekali
lagi saya diberi kesempatan untuk mengunjungi ke bandar yang indah ini!
Pamukkale,
merupakan bahasa Turki, di mana “Pamuk” adalah kapas dan “Kale” pula bererti
benteng yang membawa maksud Cotton Castle
atau istana kapas. Ia juga digelar sebagai istana putih. Ia adalah sebuah kolam
air panas semula jadi yang terletak di Denizli di barat daya Turki. Mengapa ia
dikenali sebagai istana putih adalah kerana kepekatan calcite yang tinggi di dalam air sehingga menyebabkan
persekitarannya menjadi putih dan terbentuknya seperti mineral teres
berkarbonat.
Setelah
tiba di sini, kelihatan Travertines dari
jarak jauh semasa menuruni bas di mana ia
merupakan tarikan utama pelancong di sini. Apa itu Travertines? Ia terhasil akibat kolam air panas meninggalkan deposition batu kapur. Maka, terjadinya
pembentukan staglatit dan staglamit serta tekstur yang menarik hasil dari
pergerakan air yang secara bertingkat-tingkat. Mempunyai ketinggian kira-kira
100 meter, ia kelihatan juga seperti air terjun yang membeku jika diamati dari
jarak yang lebih dekat, mungkin disebabkan enapan batu kapur serta kawasan
landskap memutih yang bagaikan salji. Menarik kan?
Cantiknyaaa! |
Dari jarak yang jauh sedikit |
Terdapat
lebih kurang 17 mata air panas yang bersuhu antara 35 sehingga 100 darjah
celcius. Saya berserta dengan pengunjung lain datang ke sini dan tidak
melepaskan peluang untuk merendamkan kaki di dalam salah satu daripada takungan
air mineral ini! Tempat ini sememangnya menjadi kegemaran para pelancong dari
negara-negara barat terutamanya pada waktu musim panas. Tertulis di dalam
sejarah di mana kolam ini pernah dijadikan sebagai tempat untuk bermandi-manda.
Namun, telah berlaku kerosakan pada Pamukkale akibat pembinaan hotel di atas
runtuhan Hieropolis sejak pada abad pertengahan ke-20. Kesemua hotel-hotel
telah diruntuhkan dan dijadikan sebagai kolam buatan.
Disebalik
keseronokan dan keselesaan meletakkan kaki ke dalam air, lagenda ada mengatakan
bahawa air takungan mineral ini mempunyai banyak khasiat yang baik untuk
kesihatan. Ia boleh digunakan untuk merawat kebanyakan penyakit seperti tekanan
darah tinggi, masalah peredaran darah, gangguan saraf, keletihan, penyakit
kulit, penyakit jantung dan lain-lain
lagi penyakit. Untuk menjalankan proses penyembuhan dan mendapatkan hasil yang
berkesan, perlu merendam kaki ke dalam air panas sekurang-kurangnya selama 15
hari.
Terdapat
sebuah kisah yang berlaku di Istana Pamukkale, di mana seorang gadis tempatan
yang mempunyai wajah yang kurang jelita sehingga tiada seorang lelaki pun yang
ingin menikahinya. Oleh kerana tertekan, gadis tersebut telah memutuskan untuk
membunuh diri di salah satu kolam di Pamukkale. Gadis itu telah bertukar
menjadi seorang yang sangat jelita! Lalu, dia pun telah bernikah dengan seorang
pemuda bangsawan dan hidup bahagia buat selama-lamanya.
Kawasan
di sekitar Pamukkale ini dibawah perlindungan secara berterusan bagi tujuan
memelihara kecantikannya agar kekal dan tidak dimusnahkan. Hanya beberapa
kawasan sahaja yang boleh dilawati dan sentiasa dipantau oleh golongan polis.
Bagi mereka yang ingin memijak batu kapur serta merasai mata air, stoking dan
kasut hendaklah ditanggalkan sebagai langkah penjagaan.
Terletak
bersebelahan dengan Istana kapas ialah Kota Hierapolis dengan
keluasan sebanyak 2,700 meter panjang dan 160 meter tinggi. Ia berasal dari
perkataan Greek iaitu bandar suci, iaitu kota lama kerajaan Greek-Roman yang telah
wujud lebuh 2,000 tahun dengan kesan peninggalan runtuhan kota purba ini.
Diasaskan oleh Raja Eumenes II, ia hampir musnah akibat berlakunya gempa bumi
semasa dibawah penaklukan Rom pada abad ke-17 Masihi. Terletak kira-kira 450km
dari bandar Bursa di Lembah Sungai Menderes, bandar lama ini telah menyimpan
sejarah awal kerajaan Turki.
Sebuah
kuil telah didirikan oleh orang Phrygia pada sekitar awal abad ke-3 sebelum Masihi.
Lokasi pembangunan kuil ini telah bertukar menjadi Hierapolis dan dikembangkan
menjadi sebuah spa pada abad ke-2 untuk ditunjukkan kepada Raja Pergamon,
Eumenes II oleh Roma. Namun begitu, nama Hierapolis ini masih lagi
diperdebatkan kerana sebahagian daripada mereka mempercayai bahawa namanya
telah diambil sebagai penghormatan kepada Hiera, isteri Telephos yang telah
menubuhkan dinasti Attalid. Ada juga yang berpendapat bahawa ia diambil dari
sebuah kuil Hieron yang telah dibina di tempat itu.
Tinggalan yang ada di kota purba Hierapolis |
Colonnade atau deretan tiang yang terdapat di kota Hierapolis |
Seperti
yang dinyatakan sebelumnya, kota lama ini telah dirosakkan oleh gempa bumi dan
hampir hancur keseluruhannya oleh gempa yang lain. Kemudian, ia dibangunkan
semula ala-ala gaya Romawi pada awal abad pertama Masihi. Kota Hieropolis terus
berkembang selama tempoh dua abad serta didirikan sebuah teater yang terkenal
oleh Kaisar Hadrian, Roman Theater. Teater besar yang terletak di bandar
ini dibina pada tahun 206 di lereng bukit dan di bawah pengaruh Teater Greek
yang mampu memuatkan seramai 12 ribu penonton. Selepas berlakunya gempa bumi
yang besar , ia mengambil masa kira-kira selama 144 tahun untuk membangunkannya
semula. Jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini dan melawat teater yang
sudah menjangkau 1800 tahun ini. Walaupun mungkin terdapat teater Rom yang lain
di Turki, namun di sini merupakan salah satu teater yang terbaik yang
dipelihara oleh orang-orang yang tinggal di Efesus dan Bodrum. Teater purba ini
telah menjadi tuan rumah bagi majlis perayaan dan konsert selepas pemulihan
dijalankan pada tahun 2013.
Saya
mengangguk-angguk tanda faham apabila diceritakan oleh tour guide yang membawa kami ke sini. Banyak perceritaan sejarah mengenainya
yang telah dikongsikan sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan dari luar
negara. Lanjutan penjelasan yang diberikan ialah kota Hieropolis ini diberikan
status khusus yang disebut sebagai Neocoros oleh Kaisar Caracalla pada awal abad
yang ke-3, secara tidak langsung memberikan Hieropolis jumlah hak istimewa di
dalam sistem hukum Romawi.
Tambahan
oleh Tour Guide kami, Hieropolis
terus berkembang maju dengan populasi yang mencapai sehingga lebih dari 100
ribu orang! Kota ini semakin dikenali ramai kerana mata air dan juga pelbagai
kuil yang dibina. Selain itu, terdapat sejumlah 50 orang Yahudi yang dijadikan
sebagai tempat tinggal bagi orang-orang Kristian dan Yahudi.
Separuh
dari abad yang pertama Masihi, orang Kristian mula keluar dan berpindah ke
Hieropolis dan dipercayai hampir secara keseluruhannya membanteras kepercayaan
pagan yang dahulunya telah berkembang di kota ini. Plutonium, yang merupakan gua
suci ini pula diisi dengan batu oleh orang-orang kristian untuk melambangkan
dominasi mereka. Ia dijadikan sebagai pintu masuk menuju dunia bawah tanah dan
tempat mandi yang dibina tidak ubah seperti sebuah gereja. Gua ini selalu
ditutup kerana dipercayai mempunyai aroma gas yang beracun.
Hierapolis
telah direbutkan semasa berlaku Perang Salib namun ditinggalkan apabila tiba
akhir abad ke-14. Sekali lagi, kota ini dilanda gempa sekitar abad ke-16 tetapi
tiada seorang pun yang mendiami kota itu, lalu ianya tidak lagi diperbaiki
apabila mengalami kerosakan. Keruntuhan dan kerosakan pada kota lama yang tidak
tersentuh itu dilakukan penggalian semua pada akhir abad ke-19 sehingga pada
awal abad ke-20.
Plutonium dan di hadapnnya ialah tempat mandi-manda |
Aroma gas yang keluar dari gua itu menyebabkan kehidupan mati seperti burung |
Bagi
saya, kota Hieropolis ini merupakan tapak yang menawan yang dpenuhi dengan
pelbagai runtuhan arkeologi serta saki-baki keindahan seni bina Hellanistik dan
Rom. Saya telah menghabiskan masa selama hampir 2 jam untuk mencari
selok-belok mengenai kota purba ini. Yang
menariknya, saya dapat melihat Roman Theather di atas bukit kecil apabila
berdiri di sekitar kawasan sacred pool
yang hanya memakan masa 10 minit sahaja dengan mendaki bukit kecil itu.
Sacred pool adalah
kawasan yang mudah dijadikan sebagai landmark
kerana sekitar kolam ini boleh menemukan bangunan lain seperi Hierapolis Museum, Travertines
dan Kuil Apollo. Merupakan kolam air tinggalan Roman yang dibangunkan serta
dimajukan, ianya terbuka untuk para penungujung yang ingin bermandi-manda air
mineral semula jadi di kawasan tertutup. Kos kemasukan selama dua jam ke dalam
kolam ini adalah berharga 18 TL untuk dewasa dan 7 TL untuk kanak-kanak
lingkungan 6 hingga 12 tahun. Sememangnya kolam ini juga adalah bagus sebagai
rawatan kesihatan!
Keruntuhan
Kuil Apollo yang
terletak tidak jauh dari kolam renang suci itu dipercayai telah dijadikan
sebagai dewa pelindung kota ini. Terdapat saki-baki dan beberapa anak tangga
kuil yang dibangunkan dengan model Yunani. Ia juga terletak di sebelah selatan gua
Plutonium. Boleh lihat runtuhan tiang
yang telah terhumban di dalam kolam suci itu. Jika ini bermandi-manda di sini,
perlu diingatkan agar tidak membuka mata semasa menyelam kerana akan membuatkan
mata menjadi pedih.
Hierapolis Museum, adalah sebuah
muzium khas di istana kapas yang dibina bagi menarik lebih ramai pengunjung
sebagai langkah insiatif pihak berkuasa Turki di atas tapak bekas mandian Rom
di kota lama Hierapolis pada tahun 1984. Pelbagai tinggalan artifak bersejarah
yang dipamerkan termasuklah artifak dari Attuda,
Collossae, Laodiceia dan kawasan-kawasan lain di Lembah Lycos selain kota kuno itu.
Sacred pool atau kolam suci dengan timbunan tiang, saki baki runtuhan kuil Apollo |
Kuil Apollo |
Muzium Hierapolis |
Patung Artemis |
Perayaan Dionysus |
Saya
pulang ke Malaysia dengan satu perasaan yang gembira. Sememangnya, sangat
berbaloi melawat ke kawasan Pamukkale, biarpun kota ini tidaklah sebesar mana
jika nak dibandingkan dengan yang lain. Kerana keunikan yang terdapat di bandar
ini, maka tidak hairanlah mengapa ia diangkat dan diiktiraf sebagai Tapak
Warisan Dunia oleh UNESCO. Pastikan ada memasukkan Pamukkale ini sebagai antara
senarai destinasi lawatan yang utama
jika ingin melancong ke Turki!
Dengan
mengikuti pakej ke Turki, banyak lagi tempat menarik yang akan dikunjungi iaitu
Konya, Bursa, Instanbul dan lain-lain lagi selama 9 hari 7 malam, dengan harga
RM 5,288! Diskaun istimewa diberikan kepada warga emas dan juga kanak-kanak.
Untuk mengetahui info lengkap mengenai pakej ini untuk perlepasan bulan
April-Jun, sila layari laman sesawang rasmi POTO di www.pototravel.com.my
atau hubungi kami di talian 03-9200 6640.