Pages

22 January 2014

7 Gajet Mesti Bawa Saat Bercuti

ARTIKEL ASAL DI LAMAN SESAWANG RASMI MAJALAH LIBUR

Gambar hiasan. Kredit foto dari getty images

Membawa gajet ketika sedang bercuti membantu memudahkan percutian  anda dengan lancar. Bayangkan jika anda tidak membawa gajet bersama, anda bukan saja tidak dapat merakam kenangan menerusi gambar dan video tetapi terpaksa berdepan dengan beberapa masalah lain. Berikut adalah gajet terbaik perlu dibawa ketika bercuti.
 
1. Headphones
Anda akan tahu peranan peranan 'headphones' ketika di dalam kapal terbang. Apabila anda di dalam penerbangan, bunyi bising bukan saja datang dari bunyi enjin tetapi bunyi bising dari penumpan lain. Meskipun 'headphone' tidak dapat menghindari bunyi bising sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya anda tidak merasa terganggu dengan bunyi persekitaran.

2. Pengecas mudah alih
Anda bukan lagi hidup di tahun 2007 di mana anda perlu mencari kedai atau USB untuk mengecas telefon bimbit anda. Oleh demikian, jangan lupa 'power bank' anda supaya telefon bimbit anda sentiasa mempunyai bateri yang penuh. Pastikan anda mengecas kedua-dua telefon bimbit dan pengecas mudah alih anda setiap malam untuk penggunaan saat kecemasan.

3. Komputer riba
Meskipun anda merasakan anda boleh mendapatkan apa saja menerusi telefon pintar tetapi lebih baik bawa komputer riba kerana kini terdapat komputer riba yang bersaiz 10 inci, nipis serta mempunyai isian program yang lengkap untuk memudahkan anda melakukan sesuatu perkara penting. Mungkin anda boleh mendapat sumber inspirasi untuk menghasilkan jurnal atau novel ketika bercuti. Dari komputer riba anda terus menaip idea anda!

4. Telefon pintar penuh bateri
Gajet terpenting hari ini pastinya 'smartphone' atau telefon pintar. Melalui telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi penting untuk mendapatkan tiket murah dengan pantas, mendengar muzik denagn mudah, menulis nota peringatan dan banyak lagi. Aplikasi penting seperti kalkulator tukaran wang asing, terjemahan dan banyak lagi memudahkan percutian anda di negara asing dengan hanya hujung jari.

5. Kindle Paperwhite
Elak membebani diri dengan membawa novel yang banyak kerana akan menambah berat beg anda. Telefon pintar anda boleh menjadi 'bahan bacaan' dengan adanya Kindle Paperwhite. Adanya skrin yang halang silau, anda boleh membaca novel kegemaran tanpa menghiraukan cahaya. Malah ia direka khusus seperti pembaca buku elektronik (e-book reader).

6. GPS
Bukan tidak boleh menggunakan GPS yang terdapat pada telefon pintar anda tetapi ia akan mempercepatkan penggunaan bateri anda. Tambahan pula, telefon bimbit anda sudah pastinya mempunyai servis di luar kawasan. Jika anda mempunyai alat GPS, anda boleh mengesan lokasi tanpa bimbang dikenakan caj tambahan. Malah, alat GPS tidaklah seberat mana pun!

7. Kamera DSLR
Telefon bimbit anda mungkin hanya boleh mengambil gambar tanpa fokus tentang keindahan percutian anda. Untuk melengkapkan lagi gambar kenangan anda, semestinya anda memerlukan kamera DSLR yang canggih dengan kanta zoom yang besar. Memiliki kamera DSLR mungkin memerlukan perbelanjaan yang besar kerana memerlukan tripod, beg, kad memori atau kanta tambahan. Anda juga boleh membawa kamera yang mempunyai 'wi-fi' di mana gambar yang diambil akan dihantar terus ke komputer anda.

Pelancong yang bijak tidak akan mengeluh untuk membawa gajet-gajet ini kerana gajet hari ini memang sangat berguna walau penggunaan hanya di hujung jari. Bahkan, anda boleh melanjutkan percutian anda ke tempat lain pula hanya dengan bantuan aplikasi yang macam-macam ada!

No comments:

Post a Comment